Pages

Wednesday, April 27, 2016

Dividen Koperasi Tempat Kerja 2015

Lebih kurang 8 tahun saya menyertai koperasi tempat kerja. Kiranya ini adalah salah satu daripada cara kita menyimpan secara paksa (force saving). 18 April 2016 yang lepas, dapatlah dividen sebanyak 7.02%. Kalau dibandingkan dengan tahun-tahun lepas memang dividen kali ini adalah tertinggi.

Memang saya nasihatkan kalau kat tempat kerja ada koperasi joinlah, di samping kita dapat menggunakan kemudahan termasuk beli barangan ataupun membuat pinjaman, kita juga dapat pulangan daripada simpanan / pelaburan yang dibuat.

Tuesday, April 26, 2016

Ikan Bakar Pak Din Tanglin Memang Terangkat

Ikan bakar kat Pak Din Tanglin ni memang famous. Memang ramai juga orang kat sini kalau waktu tengah hari.
Ikan pari memang banyak dan menjadi kesukaan ramai.
Ikan kembung dan keli pun ada kat sini.
Yang sedap kat sini ialah air asam memang terangkat.
Tengoklah air asam tu memang pekat dan cukup rasa, masam dan masin serta pedas.
Kami beli bungkus, 2 ekor keli dan seekor ikan kembung.
Sotong juga. So diaorang bagi air asam 4 bungkus so memang tak kedekut Pak Din ni.
Semua sekali RM48.50 termasuk nasi putih tiga dan sayur masak lemak. Rasanya kalau makan kat sini lagi sedap kot. Tengoklah Lieya Latif makan kat sini dengan family.

Sunday, April 17, 2016

Harga Susu Dutch Lady Lebih Murah di Kedai Runcit

 Memang betul, semalam pi AEON Hypermarket, biasalah tiap-tiap minggu pi beli barang-barang keperluan termasuk susu. Memang kat sini harga sekotak susu Dutch Lady 1 liter adalah RM6.90 kalau tak silap. Memang semakin mahal harga susu. Tak beli le since kat kedai runcit kat area rumah lagi murah.

So tadi pi kedai runcit beli dua kotak susu Dutch Lady, satu strawberi dan satu full cream, harag sekotak adalah RM5.90. Memang jimat RM1 setiap kotak. So kenalah survey-survey harga ni, buat apa bayar lebih bagi benda yang sama kan? Anyway terpulanglah kepada masing-masing sebab kekadang harga bukan penentu bagi kita buat pembelian, banyak faktor lagi lagi seperti kemudahan.

Anyway apa-apa pun, jika kita beli kat kedai runcit ke kat hypermarket ke, yang untung adalah syarikat Dutch Lady, sebab tu le saham diaorang asyik naik aja. So maknanya kalau seminggu kitaorang spend RM12 untuk susu Dutch Lady, maknanya untuk 52 minggu jumlahnya dah lebih RM600, patutlah revenue diaorang tu lebih RM1 bilion setahun.

Wednesday, April 13, 2016

RM10,000 Jadi RM52,000 Tak Sampai 10 Tahun

Betul ini bukan main-main, tak sampai 10 tahun jika kita melabur dalam kaunter Dutch Lady, nilai saham pada bulan November 2006 adalah RM10,200 so pada bulan Februari 2016 nilai tersebut adalah RM52,000.
Memang banyak tu, itu tak termasuk dengan dividen yang diberi dua kali setahun kalau tak silap saya. Memang berbaloi-baloi. Tapi adakah kalau kita beli sekarang nilainya akan jadi lima kali ganda dalam masa 10 tahun lagi? By the way, saham Dutch Lady ni adalah berlandaskan syariah.
Satu lagi kalau kita tengok revenue saham Dutch Lady ni, pada tahun 2006, ianya sebanyak RM558 juta tapi kalau kita tengok pada tahun 2015, revenue / turnover adalah melebihi RM1 bilion.
Lebih tepat lagi adalah sebanyak RM1.0017 bilion.
Hmmmm memang mahal saham Dutch Lady sekarang imagine harga pada hari ini adalah RM52.32 seunit. Kalau kita tengok hanya 100 unit sahaja yang dibeli pada hari ini so nilai transaksi adalah RM5,232. Itu adalah minima unit yang boleh dibeli. Memang saham ini tak banyak transaksi. Agak-agaknya siapalah pemegang saham utama Dutch Lady ni?
Largest shareholder yang memiliki 51% kepentingan dalam syarikat Dutch Lady adalah FrieslandCampina iaitu koperasi tenusu yang terbesar di dunia yang berasal dari Belanda. Entiti Malaysia pula yang menjadi salah satu daripada major shareholders adalah ASB dan juga KWSP. So begitulah cerita mengenai saham Dutch Lady.

Tuesday, April 5, 2016

Dividen Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) 3.30% bagi 6 Bulan Mac 2016


 Dividen AHB telah diumumkan sebanyak 3.30% bagi 6 bulan berakhir 31 March 2016. Ianya akan dikreditkan dalam akaun bank pelabur pada minggu depan, 15 April 2016.