Pages

Thursday, July 17, 2014

Melabur dalam Perak Rugi 45% dalam Masa 3 Tahun?

Tadi ada baca status kawan kat facebook yang menyatakan dia rugi sebanyak 45% dalam masa 3 tahun setelah melabur dalam jongkong perak 100 gram. Masa beli pada tahun 2011 harga untuk 100 gram adalah RM410 manakala harga sekarang adalah RM223. 
So saya baru teringat yang pada bulan Mei 2011 saya ada beli 10 dirham Kelantan yang berharga RM300. Anyway masa beli dulu adalah untuk simpanan dan kenang-kenangan dan bukannya untuk pelaburan.
Ni le resit pembelian saya. Of course, bila beli kita kena ambil kira pelbagai faktor i.e. risiko, spread (perbezaan harga belian dan jualan) dan sebagainya. Since pembelian tersebut adalah bukan pelaburan so turun naik harga tidaklah memeningkan sangat.
By the way, mengikut harga pada hari ni, 17 Julai 2014, dalam website Ar-Rahn, nilai 10 dirham adalah RM227 (RM113+RM45+RM23+RM23+RM23). Ini bermakna dalam masa 3 tahun nilai perak tersebut telah jatuh sebanyak 24%.
Ini adalah harga masa beli dulu pada tahun 2011. Kalau kita tengok yang 1 dirham, spreadnya adalah 10% manakala pada 17 Julai 2014, spread tersebut telah turun kepada 8%. By the way, untuk yang 10 dirham, spread masih sama iaitu 10%.

So secara keseluruhan, risiko dalam pelaburan ada tak kira kita melabur dalam emas, perak, saham, unit trust, hartanah dan macam-macam lagi. Kalau nak kurangkan risiko dan tenang dengan pelaburan, pilihlah Amanah Hartanah Bumiputera yang mana menawarkan dividen sebanyak 6.5% setahun ot Tabung Haji yang mana return lebih kurang 5%. Apa yang penting kita melabur dalam instrumen yang halal. 

1 comment:

Abam Kie said...

as salam. sy dulu ada berkira2 nak melabur dlm perak n emas...tp sbb pasaran turun naik skrg maka sy kena KIV dulu............