Semalam berkesempatan pergi ke KLIA2 setelah hantar MIL kat KLIA. Since KLIA2 tak jauh dengan KLIA so kitaorang pi terjah aja sebab just nak tengok macam mana rupanya KLIA2 yang menjadi sebutan ramai. Of course kat situ ada mall yang menjual pelbagai jenis barangan dan ada supermarket Jaya Grocer.
Masa parking kebetulan ada keta nak kuar so rezeki kami le tak perlu tunggu lama.
Kat sini guan tiket berbanding dengan KLIA yang menggunakan token. Kalau tiket ni rasanya tak bolehlah nak recyle kan.
Kami dok kat KLIA2 ni tak le lama sangat, sejam lebih so maknanya kadar parking yang kami bayar ialah RM8 iaitu RM4 untuk sejam. Jam ke-4 hingga jam ke-9, kadarnya turun kepada RM3 sejam dan jam ke-10 hingga jam ke-17 turun kepada RM2 sejam.
Senang citer kalau sehari kadarnya adalah RM46 dan kalau 3 hari ianya sebanyak RM138, kalau seminggu RM322 dan kalau nak parking sebulan @31 hari jumlahnya adalah RM1,426. Ada berani nak parking selama sebulan kat KLIA2.
Of course kadar parking kat KLIA2 ni mahal sedikit jika dibandingkan dengan LCCT dulu. So begitulah harga parking kereta kat KLIA2.
2 comments:
sapa tak tahu memang jenuh nak membayar
hahaha
tak pernah sampai lagi kat sini...
Post a Comment