Pages

Sunday, September 11, 2011

Keputusan Terkini @Semasa Piala Malaysia Peringkat Kumpulan: 10 September 2011

Keputusan Terkini @Semasa Piala Malaysia Peringkat Kumpulan: 10 September 2011

Keputusan tamat perlawanan:
  • Kelantan mendapat kemenangan kedua setelah menang juga malam ini lawan Johor FC dengan 2-1

  • Negeri Sembilan mendapat kemenangan besar setelah menjaringkan 5 gol dan tidak dibolosi

  • Selangor menang selesa 2-0 di tempat sendiri setelah kalah pada perlawanan pertama

  • Jumpa lagi di lain masa tapi jangan lupa check ya sama ada anda betul-betul rakyat Malaysia

Keputusan terkini:
  • Negeri Sembilan mengatasi dengan 5-0 menentang Sime Darby

Keputusan Terkini @Semasa Piala Malaysia Peringkat Kumpulan: 10 September 2011 bagi separuh masa pertama kecuali permainan antara Kedah vs Sabah sudah memasuki minit ke-70:
  • Sabah, Perak dan Negeri Sembilan mengatasi lawan masing-masing

  • Bagi perlawanan-perlawanan yang lain menyaksikan masih terikat dengan seri. Kita nantikan kesudahan perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia. Masih ada 4 perlawanan lagi sebelum kita tahu pasukan manakah yang bakal melangkah ke pusingan 8 pasukan @suku akhir

Saturday, September 10, 2011

Berapa Kos Transfer Strata Title

Beberapa hari yang lepas terima surat daripada developer condo mengenai pindahmilik @transfer strata title. So hantar e-mail kepada abang ensem @sifu hartanah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai transfer strata title antara lain kos yang bakal dtanggung. Dengan pantas, abang ensem jawab melalui blog beliau, "Kos Guaman Bagi Pindahmilik Hakmilik Strata". Thanks a lot abang ensem untuk penerangan yang diberi.

Sebelum saya buat ringkasan mengenai kos transfer strata title, apa kata saya citer mengenai serba sedikit kandungan surat:
  • Boleh guna peguam asal yang menguruskan sale & purchase agreement, S&P (perjanjian jual beli) ataupun peguam yang peguam yang baru dilantik oleh pemaju

  • Transfer perlu dibuat dalam masa 12 bulan dari tarikh notis yang dikeluarkan oleh pemaju

  • Kalau gagal buat dalam masa 12 bulan, kena penalti tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM10,000

  • Kos penyimpanan sebanyak RM10 sehari dikenakan jika bagi penyimpanan strata title oleh pemaju selepas 12 bulan

  • Procedure bagi transfer juga disenaraikan bagi kemudahan pembeli @tuan punya hartanah
Jom kita tengok apa kata abang ensem mengenai pindahmilik hakmilik strata:
  • Dua kos yang bakal dikenakan iaitu "Legal Fees" dan "Disbursement Fees"

  • Bagi Legal Fees @berdasarkan harga hartanah yang dibeli dahulu
    • Caj sebanyak 1% akan dikenakan bagi RM150,000 yang pertama ;
    • RM850,000 yang berikutnya, 0.7% akan dikenakan ;
    • RM2 juta yang berikutnya o.6% ;
    • RM2 juta seterusnya 0.5% ;
    • RM2.5 juta terakhir, 0.4% dikenakan

      So kalau guna peguam yang sama semasa S&P dahulu dapat diskaun 50% tapi kalau peguam yang lain diskaun hanya 25%. So kalau peguam yang sama, let say harga hartanah RM170,000, legal fees adalah RM1,500 (RM150,000 X 0.01) + RM140 (RM20,000 X 0.007) = RM1,640. So lepas diskaun 50% jadilah RM820.

  • Bagi disbursement fees pula, ianya bergantung kepada peguam yakni tidak standard macam legal fees
Begitulah lebih kurang mengenai kos untuk transfer strata title di Malaysia. Nanti bila saya dah buat benda alah ni, saya akan share untuk maklumam semua. Selamat berstrata title semua.

Friday, September 9, 2011

Nak Melabur Kat Mana? RM1,000, RM5,000, RM...

Bagi yang ada duit dan ingin mengetahui kat mana nak melabur, bolehlah beli majalah Personal Money keluaran September 2011 @RM9.00. Tak kiralah anda ada RM1,000 ke, RM5,000 ke, RM10,000 ke or RM20,000.

Nak share sedikit kat mana anda boleh melabur berdasarkan informasi yang dikongsi di dalam majalah ini;
  • RM1,000
    • Unit trust / amanah saham boleh dipertimbangkan bagi mendapat kepelbagaian, tak kiralah sama ada unit trust yang berdasarkan ekuiti / saham ataupun bon. Tapi macam biasalah apabila kita melabur tak kira dalam apa jenis instrumen, risiko kena faham betul-betul.

  • RM5,000
    • Memandangkan jumlah yang kita ada untuk investment adalah lebih, banyak benda yang kita boleh buat i.e. saham, unit trust dan juga komoditi.
    • Ada yang mula berjinak-jinak dengan pasaran saham terutamanya jumlah paling sedikit kita boleh beli sekarang ialah 1 lot @100 units. Kalau saham tu berharga RM5.00 so 1 lot ialah RM500 tetapi kena tahu charge-chargenya seperti brokerage fee dan juga clearing fee. Kalau beli online lagi murah brokerage fee.
    • Melabur dalam emas juga menjadi trend sekarang setelah harga emas di pasaran dunia semakin meningkat. Tak kiralah beli melalui akaun emas, bullion, syiling emas ataupun instrumen lain. Yang ini kena tahu spread (perbezaan harga belian dan jualan).

  • RM10,000
    • Ada yang melabur di dalam pasaran saham lua negara melalui unit trust bagi mendapat impak yang berbeza dengan ekonomi Malaysia.

  • RM20,000
    • RM20,000 untuk melabur dalam bidang hartanah? Memang betul, RM3,000 to RM5,000 untuk yuran guaman dan selebihnya digunakan sebagai bayaran 10% deposit bagi rumah kos rendah @RM150,000. Ianya boleh didapati di Seri Kembangan dan Kajang.
So itulah secara kasarnya, kalau nak tahu lebih lanjut boleh beli majalah Personal Money edisi September 2011 ya.