Pages

Tuesday, May 25, 2010

Sedapnya Cheese Cake, Macam Mana Nak Buat???

Credit: hanamemories

Masa jalan-jalan terjumpa blog hanamemories mengenai cara nak buat cheese cake. Memang sungguh sedap kek keju ni. Dahlah warna pink aka strawberry. Sapa tengok mesti nak makan, kena-kena waktu petang ni.

Kalau dapat minum petang bersama kek strawberi ni mesti sedapkan. Tapi nak buat sendiri macam hana ni memang tak reti le.

Nampak macam tak susah aja, he he he macam le aku reti buat benda alah ni. Apa-apa pun kalau yang berminat nak buat cheese cake ni jangan lupa lawati blog hanamemories.

Entry Mengenai Perempuan???


Credit: bby

Hmmmm masa jalan-jalan terbaca le entry mengenai perempuan. Rasa macam menarik aja untuk dikongsi. Ianya saya dapat from blog irene. Dalam entry beliau panjang juga so kat sini saya summarise le sikit.

Beliau mengupas mengenai lady daripada berbagai-bagi sudut antaranya:
  • Shopping
    Bila ada aja jualan murah atau jualan mahal, sure semangat aja nak pi tengok kan. Kalau tak dapat apa yang mereka hendaki maka muncung le mulut, betul ke?

  • Cermin
    Cermin apa lagi fungsinya kalau tak nak tengok-tengok, belek-belek tapi bila guna side mirror tak terror pulak ya.

  • Kuku panjang
    Hmmmmm tak tahu le apasal pompuan suka sangat simpan kuku. Memang kalau saya lagi pendek lagi bagus kan. Menyusahkan aja

  • Mengumpat
    Alamak mengumpat, no komen, kan saya pulak jadi kaki umpat

  • Hati
    Yang ni mengenai sifat kecil hati. Apasal nak kecil hati ya, apa yang tak puas hati?

  • Kebersihan
    Pompuan ni suka dengan kebersihan. tapi of course ada juga segelintir yang tak ambil kisah
Kiranya benda-benda kat atas tu sinonim dengan perempuan le. Hmmmmmm apa pandangan anda?

Apa Kaitan Jumlah Entry Dengan Jumlah Pelawat

Jumlah pelawat adalah salah satu indicator yang penting bagi blogger bagi mengukur sejauh mana blog yang dihasilkan diterima oleh pembaca. Banyak faktor yang membuatkan sesuatu blog menjadi perhatian ramai antaranya bahan yang ditulis.

So ramai yang tertanya berapa banyak entry yang perlu ditulis satu setiap hari, dua setiap hari, tiga, lima, 20 ataupun satu entry seminggu. Rasanya tak ada formula yang sesuai untuk semua orang.

Anyway saya just nak share mengenai kaitan or hubungan di antara jumlah entry yang ditulis dengan jumlah visitors yang masuk ke dalam blog ini. Graphnya lebih kurang kat atas tu le. Just nak guna ilmu yang belajar, so daripada data yang diperoleh saya dapat simpulkan bahawa:

Jumlah Pengunjung = 87.64 + 34.67 X (Jumlah Entry)

So untuk blog saya, katakan dalam sehari jumlah bakal pelawat boleh dikira seperti berikut:
  • 0 entry = 88 orang
  • 1 entry = 122 orang (87.64 + 34.67)
  • 2 entries = 157 orang (87.64 + 69.34)
So maknanya semakin banyak saya tulis sehari, semakin banyak pengunjung yang datang. Ingat, ini adalah mengikut data dan teori aja. Ramai tak ramai datang adalah bergantung juga dengan benda-benda lain, i.e. blogwalking, ikut mood orang dan sebagainya.

Mesti anda pelik kan, aik, tak tulis apa-apa entry, ada juga ke orang datang? Kemungkinan besar ada le juga sebab ramai juga yang masuk melalui search engine, i.e. google. Alah diaorang search something then terjumpa pulak entry yang lepas-lepas then lompat pulak kat sini. Mungkin juga untuk membalas kunjungan yang saya pergi minggu lepas ke, beberapa hari lepas ke. Maklumlah sometimes, bila kita pi tempat orang, maybe diaorang sibuk so tak boleh datang terus.

Apa-apa pun ni share untuk suka-suka aja. Apa pandangan anda?