Betul nasi kandar Line Clear sudah berada di Kuala Lumpur sekarang. Ianya bertempat di nombor 113, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru. Nak tahu lebih lanjut boleh call 010-388 3326 atau 019-422 3753 atau 017-409 6129.
Ianya berada di sebelah Plaza Rah dan berhadapan dengan Restoran Garuda.
Memang tempatnya luas dan lebih baik jika dibandingkan dengan yang di Penang.
Masa pergi semalam ada le beratur lebih kurang 15 minit. Not bad sambutan Restoran Line Clear di Kampung Baru ni. Memang ramai penggemar nasi kandar kat KL ni.
Tempatnya memang selesa. By the way, saya parking tadi kat tepi jalan. Dengar citer ada parking yang luas kat belakang, tak pi survey le pulak.
Ni senarai harga makanan / lauk kat sini. Sorry tak jelas tapi lebih kurang kalau ayam RM5.50 seketul, udang RM13, sotong RM4 dan macam-macam lagi le.
Yang sedap nasi kandar ni ialah kuahnya apabila dicampur. Memang ummmmmppph.
Yang ni nasi kandar ayam goreng ngan sotong @RM13. By the way, saya tapau aja. So kalau makan kat sini lagi sedap since bila tapau tu nasi tu dah kembang.
Yang ni pulak nasi kandar ayam goreng ngan telur masin @RM6.50.
So untuk 2 bungkus RM19.50. Boleh tahan harga nasi kandar kat Line Clear di cawangan KL ni kan. So lain kali boleh terjah lagi.
Monday, February 8, 2016
Nasi Kandar Line Clear Kini di Kampung Baru, Kuala Lumpur
Thursday, February 4, 2016
Dividen Tabung Haji 2015 Sebanyak 8% (5% + 3%)
Dividen tabung haji bagi tahun kewangan 2015 sebanyak 8% (5% + 3% bonus haji) diumumkan hari ini. Kadarnya lebih rendah jika dibandingkan 8.25% (6.25% + 2%) bagi tahun 2014.
Tuesday, February 2, 2016
Akhirnya Dapat Juga Mango Cheese Cake di Kula Cakes @Kuantan
Weekend lepas kami pi Kuantan. So lepas lunch kat Berjaya Megamall singgah kejap kat Kula Cakes yang bertempat di 98A, Jalan Besar, Kuantan. Nak tahu lebih lanjut boleh call 017-9711 396 atau 012-6644 054.
Ianya dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. By the way, kalau tak silap waktu perniagaan adalah dari kul 1.00 petang hingga 9 malam.
Kat dalam cafe ni tak banyak tempat duduk, ada le 2 meja.
Selain daripada mango cheese cake, nutella pavlova pun ada.
Toblerone cheese dan red velvet pun ada. Tapi for me, mango cheese cake yang sedap kat sini.
Kalau nak makan kat sini boleh pi kat sebelah cafe tu, luas juga kawasan tu dan ianya lebih santai.
Cantik juga hiasan kat sini.
Ada basikal yang digantung ya, teringat masa pi Penang, Art Street.
Afiqah tengah makan pavlova, not bad juga.
Tengok le mango cheese cake ni, memang sedap especially ada mango sos tu. Saya lebih prefer makan kek ni dalam keadaan ianya tak begitu keras since ianya jenis frozen, tunggu le kejap ya.
Pavlova ni sedap juga tapi kat Alexis Garden lagi sedap.
Air pula beli iced cocoa dan pandan cooler. Yang pandan tu ada rasa serai gak.
Untuk semua ianya RM24.40.
Ni lepas makan kami tapau pula untuk bawa balik ke hotel.
Apa lagi kalau tak mango cheese cake
Satu lagi beli nutella pavlova. Yang nutella rasanya lebih sedap daripada yang original.
The next day kami singgah lagi kat Kula Cakes untuk bawa balik ke KL. So belilah 3 ketul lagi. Yang ni cakap kat diaorang nak travel so diaorang bungkus dalam aluminium foil dan letak sos mangga ni asing so tahan lama sikit dan rupan kek ni tak rosak sebab maklumlah keju kan mudah cair.
So semua sekali kami spend RM64.50 kat Kula Cakes Kuantan untuk menikmati mango cheese cake.

Subscribe to:
Posts (Atom)