Mengikut thestar, Melaka akan membuka sekolah bagi pelajar hamil pada 16 September 2010 di Jasin. Buat masa ini terdapat 3 pertanyaan melalui Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melalui hotline 06-2333333.
Ianya daripada seorang wanita yang berumur 30 tahun, seorang yang mengandung akibat dirogol dan sorang lagi from Negeri Sembilan.
Response adalah begitu lambat kerana kurang pendedahan mengenai kewujudan sekolah ini. Kerajaan Melaka akan memperuntukan RM500,000 setahun bagi menyelia sekolah ini termasuk dengan kos bersalin.
Pada pandangan saya, sekolah ini adalah wajar selagi ianya tidak mengalakkan hubungan yang terlarang dan bagi membantu mereka yang teraniaya atau menyesal atas perbuatan mereka. Ini adalah penting bagi membolehkan mereka meneruskan pelajaran.
Thursday, September 2, 2010
Wednesday, September 1, 2010
Ogos 2010's Performance
Bulan Ogos 2010 baru sahaja tamat dan sekarang ni dah masuk bulan September 2010 kan. Nak share jumlah pengunjung ke blog sharinginfoz bagi bulan Ogos. Jumlah unique visitors adalah sebanyak 18,588 (just over 600 sehari) iaitu peningkatan sebanyak hampir 60% jika dibandingkan dengan bulan Julai. Terima kasih kerana anda semua masih datang ke sini.
Bagi referrer pulak, dalam top 15, terdapat 6 blog yang menyumbang kepada trafik iaitu:Tidak lupa juga kepada semua yang telah menyumbang trafik.
Topik yang hangat bulan Ogos adalah berkenaan dengan Imam Muda. Maklumlah ramai yang nak tahu siapa juara Imam Muda. Sekali lagi nak ucapkan terima kasih kepada semua kerana datang melawat kat sini.
Wee Meng Chee @Namewee
Namewee atau nama sebenar Wee Meng Chee. Dia dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1983 dan melanjutkan pelajaran di Ming Chuan University, Taiwan. Namewee sebelum ini menimbulkan kontroversi setelah "menerbitkan" lagu negarakuku dan juga video mengenai TNB yang mana dia marah disebabkan elektrik tiba-tiba terputus melalui youtube.Terbaru video Namewee telah diupload kat youtube mengenai ketidakpuas hatinya mengenai kes pengetua sekolah, Siti Inshah Mansor dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra Kulai Jaya, Johor, yang dia sifatkan perkauman.
Tengok kat fan page namewee lebih daripada 250,000 yang like the page.Bagi saya satu aja, perlu gunakan hikmah untuk menangani sesuatu isu dan elakkan menggunakan perkataan yang kasar or lucah. Memang tidak dinafikan, seseorang ada buat salah dan kekadang kerja sesuatu agensi tidak menepati standard kita, tapi percayalah kita perlu gunakan cara yang terbaik untuk menangani situasi ini bukan dengan cara yang tidak betul.
Yang penting kita perlu hidup dalam suasana harmoni dan perlu tindakan sewajarnya kepada yang buat salah, tak kira mana-mana pihak sekali pun agar ianya tidak menimbulkan tidak puas hati pada pihak yang lain. I am sure kat luar sana ada yang setuju cara namewee dan ada juga yang rasa ianya tidak. Sama-sama le kita memainkan peranan masing-masing untuk menjadikan Malaysia satu negara yang aman damai.
Keamanan tidak datang begitu sahaja ianya perlu kerjasama semua pihak. Yang salah kita perlu tegur dengan cara yang betul. Diharap kes ini tidak dipanjangkan lagi dan ianya perlu diselesaikan oleh pihak yang berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)