Pages

Tuesday, June 1, 2010

Keputusan Penuh (Full Results) TM Liga Super (Super League): 1 Jun 2010

Hari ini, Selasa 1 June 2010 ada 7 perlawanan bola sepak TM Liga Super. Selepas ini, perlawanan liga super akan direhatkan sempena dengan Piala Dunia 2010. Perlawanan telah pun dimulakan pada pukul 8.45 malam ini.

Sudah tentu, ianya tertumpu kepada perlawanan yang melibatkan pendahulu liga, Selangor yang bermain di gelanggan lawan dengan pasukan dua tercorok, Johor. Di samping itu juga, perlawanan di antara tuan rumah, Kelantan yang berada di tangga kedua dengan Perak, yang berada di tempat ketiga daripada bawah.

Kedudukan sebelum perlawanan malam ini adalah seperti berikut:

Keputusan (yang bold menang) penuh akan dikemaskini selepas perlawanan-perlawanan tamat nanti:
  • KL Plus 1-1 Johor FC
  • Pahang 1-0 Kuala Lumpur
  • Terengganu 1-1 Negeri Sembilan
  • Johor 1-2 Selangor
  • Perlis 0-1 T-Team
  • Kedah 0-0 Pulau Pinang
  • Kelantan 2-0 Perak


Since ada siaran langsung kat Astro Arena, nak share sikit mengenai perlawanan di antara Kelantan dan Perak, di Stadium Muhammad IV. Kelantan berjaya mendapat 3 mata penuh setelah mengalahkan pengunjung dengan 2 goals berbalas 0. Tapi Che Hishamuddin, yang hanya bertahan tak sampai 1 minit setelah bahunya terseliuh akibat terjatuh.

Di samping itu juga, Indra telah diberi kad kuning kerana menyiku pemain Perak. Other than this incident, permainan malam ini sangat menyeronokkan. Di harap, pemain-pemain dapat bermain dengan lebih baik lagi di masa akan depan, jangan emosi.

Jom Beli Tudung Ariani, Ada Sale (Kat Cawangan)

Jom apa lagi sekarang ni Ariani, kedai yang menjual pelbagai jenis tudung yang mana Ekin dan Wardina menjadi duta mereka sekarang ni. Anyway jualan murah berganda secara besar-besaran diadakan pada 26 Mei hingga 28 Jun 2010.

Nak tahu cawangan ariani, ni saya sertakan, dapat kat website ariani.

ARIANI Kuala Lumpur #1
No. 127, Jalan Bunus Off Jalan Masjid India
50100 Kuala Lumpur
Tel : 603 2691 9786

ARIANI Kuala Lumpur #2
No. 135, Jalan Bunus Off Jalan Masjid India
50100 Kuala Lumpur
15100 Kota Bahru, Kelantan
Tel : 603 2698 8978
Fax: 603 2698 7871

ARIANI Kota Damansara (The Strand)
No.15, Jalan PJU 5/20A,
Pusat Perdangangan Kota Damansara,
Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya,
Selangor.
Tel : 603 6142 7786
Fax: 603 6142 9786

ARIANI Johor Bahru
No.12, Jalan Titiwangsa 3,
Taman Tampoi Indah,
81200 Johor Bahru,
Johor.
Tel: 607 241 6786

ARIANI Bangi
No.38, Jalan Medan,
Pusat Bandar 4,
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor.
Tel: 603 8925 3264

ARIANI Melaka
No.31, Jalan BPM 1,
Taman Bukit Mutiara,
Bukit Piatu,
75150 Melaka.
Tel : 606 284 7237
Fax: 606 284 7249

ARIANI Kuantan
B13, Jalan Pasar Baru 3,
(Bekas Tapak Lama Globe Silk Store)
25000 Kuantan, Pahang
Tel : 609 513 8694

ARIANI Kelantan
PT 556, Taman Damai Perdana SPJ,
Mukim Padang Enggang,
Wakaf Che Yeh,
Jalan Kuala Kerai
15100 Kota Bahru, Kelantan
Tel : 609 741 3969
Fax: 609 741 3968

Apa-apa pun, berbelanjalah secara berhemah

Nak Telefon Ke Bawa Kereta

Hmmmmm telefon ialah alat untuk kita berhubung dengan orang lain tak kisahlah sama ada nak bercakap ke, sms ke, hantar e-mail ke atau apa-apa le. Dan kereta tu boleh bawa kita pi sesuatu tempat, nak bawa laju ke slow ke terpulang le.

Tapi apa akan jadi kalau kedua-dua benda alah ni dibuat pada waktu yang sama, i.e. pegang stereng dan bercakap melalui telefon tanpa alat bantuan, apa orang cakap hands free kit.

Itulah benda yang paling tak suka mengenai pemandu selain suka memotong tanpa bagi signal. Memang bahaya sangat bila cakap pas tu bawa kereta. Kalau tak sayangkan nyawa sendiri sayangilah orang lain.

Kadang2 boleh agak bila kita bawa kereta orang kat depan ke sebelah tu, kereta diaorang lain macam aja, macam nak ke kanan ke kiri... Memang tak stabil betul. Apa-apa pun, kalau kat jalanraya kenalah ikut peraturan takkan nak main redah aja. Fikir-fikirkan le.