Pages

Monday, July 28, 2014

Rekod Balik Kampung Lebih Kurang 18 Jam

Hari Sabtu, kami sekeluarga balik ke Kelantan from Kuala Lumpur. Memang anak-anak seronok betul since boleh jumpa keluarga.

Mula-mula plan nak bertolak sebelum subuh tapi memandangkan MRR2 jem so kami kuar le lepas solat subuh. Kul 6.30 pagi kami memulakan perjalanan. Guess what from tol Gombak to tol Bentong ambil masa lebih kurang 4 jam @50km aja jaraknya. Then memandangkan ke Bentong jem bertingket-tingket, kami ambil LPT. Jalan memang smooth tapi lepas Jabor tu memang jem sesangat.

Nasib baik wife dan anak beli donut then kat Petronas ada bagi goodies. Masa nak refill petrol kat Shell Cheneh, memakan masa lebih kurang 2 jam. Pas tu kami berhenti solat di Masjid Hadhari Ajil. Cantik dan bersih. Sampai di Pasir Puteh, jalan ok aja tapi bila sampai kat Kota Bharu, jem lagi. So sampai kat rumah lebih kurang pukul 1.00 pagi. Memang rekod, biasanya dapat gak berbuka kat kampung dan tak makan masa lebih 12 jam.

Apa-apa pun alhamdulillah selamat sampai. Tengok tv dan internet ada kes kemalangan maut di Gua Musang dan Cheneh.

Monday, July 21, 2014

OK Juga Tudung Cloverush Ni

Tengah hari semalam pi beli tudung Cloverush yang terletak di 3 Residen, Melawati. Cloverush ni memang jenama yang tidak asing lagi bagi peminat tudung. Sebelum ni memang aktif melalui online dan sekarang ni dah mula jual secara face to face.
Tersusun rapi tudung kat rak ni.
Tudung yang hot sekarang di Cloverush adalah Lily plain. Pelbagai warna ada. Ianya diperbuat daripada material Spandex cotton yang sesuai dipakai bagi jangka masa yang lama. Ianya didatangkan dengan 3 saiz, S (RM29), M (RM39) dan L (RM45).
Kalau berminat boleh cari tudung Cloverush dekat 3 Residence tetapi make sure call dulu sebelum datang. Kalau tak silap tempat ni baru lagi.
Panas-panas ni mandi kat kolam renang ok juga ni.
Ianya tak jauh dari MRR2.
Inilah tangkapan wife tengah hari tadi.
Beli tiga helai Lily plain @Cloverush. Semua sekali RM115. Tak sure pula colour apa ni, maybe Classic Grey, Electric Blue dan Vintage Pink.
Ni le size M @RM39.
Dapat satu keychain, memang simple aja but not bad.
Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Cloverush boleh call tokeynya Afidatul Na'ima, tak kira le melalu blog, facebook, twitter or e-mail.

Friday, July 18, 2014

Pesawat MAS MH17 Terhempas di Sempadan Ukraine

Berdasarkan media statement yang dikeluarkan oleh MAS, pesawatnya MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dijangka sampai ke Kuala Lumpur pada pagi ni, 6.10 pagi telah terhempas di Timur Ukraine.

Pesawat MH17 membawa 295 orang iaitu 280 penumpang dan 15 anak kapal. Buat masa ni tak tahu lagi sebab yang menyebabkan MH17 terhempas. So jangan buat sebarang spekulasi ya.

Mengikut The Star, senarai penumpang MH17 yang tidak disahkan lagi iaitu Belanda (143), Australia (27), Malaysia (20), Indonesia (11), UK (6), Perancis (4), Jerman (4), Belgium (3) dan Canada (1). 58 orang lagi tak tahu dari negara mana.

Thursday, July 17, 2014

Melabur dalam Perak Rugi 45% dalam Masa 3 Tahun?

Tadi ada baca status kawan kat facebook yang menyatakan dia rugi sebanyak 45% dalam masa 3 tahun setelah melabur dalam jongkong perak 100 gram. Masa beli pada tahun 2011 harga untuk 100 gram adalah RM410 manakala harga sekarang adalah RM223. 
So saya baru teringat yang pada bulan Mei 2011 saya ada beli 10 dirham Kelantan yang berharga RM300. Anyway masa beli dulu adalah untuk simpanan dan kenang-kenangan dan bukannya untuk pelaburan.
Ni le resit pembelian saya. Of course, bila beli kita kena ambil kira pelbagai faktor i.e. risiko, spread (perbezaan harga belian dan jualan) dan sebagainya. Since pembelian tersebut adalah bukan pelaburan so turun naik harga tidaklah memeningkan sangat.
By the way, mengikut harga pada hari ni, 17 Julai 2014, dalam website Ar-Rahn, nilai 10 dirham adalah RM227 (RM113+RM45+RM23+RM23+RM23). Ini bermakna dalam masa 3 tahun nilai perak tersebut telah jatuh sebanyak 24%.
Ini adalah harga masa beli dulu pada tahun 2011. Kalau kita tengok yang 1 dirham, spreadnya adalah 10% manakala pada 17 Julai 2014, spread tersebut telah turun kepada 8%. By the way, untuk yang 10 dirham, spread masih sama iaitu 10%.

So secara keseluruhan, risiko dalam pelaburan ada tak kira kita melabur dalam emas, perak, saham, unit trust, hartanah dan macam-macam lagi. Kalau nak kurangkan risiko dan tenang dengan pelaburan, pilihlah Amanah Hartanah Bumiputera yang mana menawarkan dividen sebanyak 6.5% setahun ot Tabung Haji yang mana return lebih kurang 5%. Apa yang penting kita melabur dalam instrumen yang halal. 

Wednesday, July 16, 2014

Kadar Parking di KLIA2

Semalam berkesempatan pergi ke KLIA2 setelah hantar MIL kat KLIA. Since KLIA2 tak jauh dengan KLIA so kitaorang pi terjah aja sebab just nak tengok macam mana rupanya KLIA2 yang menjadi sebutan ramai. Of course kat situ ada mall yang menjual pelbagai jenis barangan dan ada supermarket Jaya Grocer.

Masa parking kebetulan ada keta nak kuar so rezeki kami le tak perlu tunggu lama.
Kat sini guan tiket berbanding dengan KLIA yang menggunakan token. Kalau tiket ni rasanya tak bolehlah nak recyle kan. 
Kami dok kat KLIA2 ni tak le lama sangat, sejam lebih so maknanya kadar parking yang kami bayar ialah RM8 iaitu RM4 untuk sejam. Jam ke-4 hingga jam ke-9, kadarnya turun kepada RM3 sejam dan jam ke-10 hingga jam ke-17 turun kepada RM2 sejam.

Senang citer kalau sehari kadarnya adalah RM46 dan kalau 3 hari ianya sebanyak RM138, kalau seminggu RM322 dan kalau nak parking sebulan @31 hari jumlahnya adalah RM1,426. Ada berani nak parking selama sebulan kat KLIA2.

Of course kadar parking kat KLIA2 ni mahal sedikit jika dibandingkan dengan LCCT dulu. So begitulah harga parking kereta kat KLIA2.

Tuesday, July 15, 2014

Coklat Loacker Beli 4 Percuma 1 @KLIA2

Tadi masa pi ke KLIA untuk hantar MIL singgah jap kat KLIA2 so cari punya cari jumpa le biskut wafer Loacker ni. Kalau harga satu kotak RM11.90, beli 4 dapat free satu.
So semua sekali RM47.60 untuk 5 kotak. Not bad juga. Memang sedap benda alah ni. Perasa Creme Noisette memang sedap.
 
Dalam satu kotak tu ada 12 keping wafer yang bersalut coklat. Yang ni coklat hazelnut. Memang sungguh pekat coklatnya dan terasa akan kenikmatan kacang hazel ni.

Saturday, July 5, 2014

Comelnya Ikan Buntal Ni

Pagi tadi masa pergi ke pasar tani, ternampak le ikan buntal comel ni. Actually ianya telah diawet dan digantung seperti belon. Memang unik cara penjual ikan bilis ni menarik perhatian pengunjung.
Bukan seekor ikan buntal ada tetapi dua ekor. Memang cantik juga.