Pages

Thursday, July 22, 2010

Jom Makan Kat Deen's Seafood Restaurant @ Gombak Utara

Sebelum ni pernah makan kat Wira Seafood Restaurant dan kali ini kita terjah kat Deen's Seafood Restaurant pulak. Ianya terletak di area yang sama, i.e Batu 8 1/2, Jalan Gombak Utara. Actually tempat ni ada 2 lagi tempat makan.

Ni just trademark le, bila pi makan ambil gambar air sebelah tempat letak tisu.

Untuk 2-3 orang dewasa set ni memang sesuai benar. Dengan RM30, anda boleh makan tomyam pokteek, ikan kembung tiga rasa, sotong tepung, baby kailan ikan masin, kerabu mangga, nasi putih dan air 2 gelas.

Pertama ikan kembung tiga rasa. Pelik juga ingatkan 3 rasa ni untuk siakap rupa-rupanya ikan kembung pun boleh juga. Masa ambil order tu tanya diaorang berapa ekor ikan kembung then diaorang cakap seekor je. Tengok2 memang besar betul ikan kembung ni. Memang garing kat luar then kat dalam lembut, not bad tapi rasanya tak ada le tahap A- so bolehlah 7.9 out of 10 or B+.

Yang ni tomyam pokteek. Tanya pelayan tu dia cakap tomyam guna susu cair. Then cakap why not. Memang sedap, ada udang, sotong, ayam dan juga ketam. Memang kepada yang belum cuba, highly recommended, dengan kuahnya masam-masam manis, cukup rasa. I give this 8.4 out of 10. Tak tahu sebab apa tak boleh bagi A, i.e. at least 8.5.

Kerabu mangga memang sedap especially mangganya yang muda dan tak masam. Tapi overall tak ada rasa sangat, just rating of 8.0, kalau nak sedap kena cuba kat Restoran Sri Niara.

Baby kailan ikan masin tapi tak masin sangat. Itu yang saya suka tapi rasanya sedikit kurang rasa tapi sayurnya rasa memang segar. Oleh itu i give you 8.1.

Yang ni menu yang terakhir iaitu sotong tepung. Hmmmm memang rasa tepung sangat-sangat. Tak garing sangat then kat dalam memang sotong tawar. Kalau garing sikit then tepung tu berperisa sikit lagi bagus so 7.9 le.

Overall dengan RM30, I think you should try makanan kat sini. Memang makanan dan environment OK. Campur-campur dan tolak-tolak, secara keseluruhan 8.1 or 8.2.

22 comments:

  1. deen! opss... hehe... angau lak dni rindu kat deen dni tuh :D



    sedapnya makanan tu... mengidam nih nak makan. nanti nak ajak deen ke sana la... pegi restoran nama beliau hehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya seafood. teringin nak try tom yatm dia tu..

    ReplyDelete
  3. oh.. deen seafood.. suke gak makan kat situ. Rase makanan die bese2 je.. tapi suke environment die. Cam banyak kayu2.. i loike.. =)

    ReplyDelete
  4. Saye penah makan kat cni^_^
    Bukak posa ngan familia lagik!
    Ayer temikai dia memang terBAEEK.

    p/s: Nak kepochik sket.Errrm en.sharinginfoz neh duk kat area Gombak eh???

    ReplyDelete
  5. rm3o... berbaloi la sebab banyak lauk. lagipun panas2 lagi kan..

    ReplyDelete
  6. Nampak begitu menyelerakan. Suka juga mencari port2 makanan terbaik ni :)

    Sejarah Header Blog Aku Dan Pengeditan Gambar

    ReplyDelete
  7. belah kanan ker kiri? sblm simpang mimaland eh? mlm nie kena cuba nih

    ReplyDelete
  8. apple: more or less dekat area tu

    maslina: memang berbaloi-baloi

    eelobor: kat sebelah kiri......

    ReplyDelete
  9. Sharingfoz,

    Wah...murah tu..

    Gombak dah dekat dah ni.

    apa landmark tempat tu ek?

    ReplyDelete
  10. ada eh kembong 3 rasa..tp kalau dia buat siakap 3 rasa utk set mcm ni, bagus gak kot..

    my hubby tak makan ikan kembung

    ReplyDelete
  11. kapaq la pulak dah...murah la tu 2-3 org dewasa mlm rm 30..

    ReplyDelete
  12. Sharinginfoz: klu saya sker ikan kembung yang kecik2 tu.....rs lemak2 je isinya.....he3....

    ReplyDelete
  13. wow, sedap tu . thanx for de info ekh .

    ReplyDelete
  14. nyum nyum....suka kerabu mangga tu...

    ReplyDelete
  15. wah~ sedap betul menjamu selera ek ? ;D

    ReplyDelete
  16. penah lalu je, tak pnh lg singgah makan cni. maybe next time kena try cni..cam menarek jer..

    ReplyDelete
  17. encek sharinginfoz : Uiks..oang Gombak?Hmmm

    ReplyDelete
  18. satu hari nanti nak singgah gak tempat ni. tgk harga cam reasonable.

    ReplyDelete