Pages

Wednesday, February 1, 2012

SARA 1Malaysia Dapat 32% Tapi Amanah Saham 1Malaysia Dapat 6.5%

Setelah pengumuman mengenai Skim Amanah Rakyat SARA 1 Malaysia baru-baru ini, ramai juga yang berdebat mengenai status halal or haram mengenai SARA 1 Malaysia. Mengikut apa yang saya faham, wang pelabur dalam SARA 1Malaysia akan dilabur di dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M). Mengikut maklumat from website, for the past 2 years, dana ini memberi pulangan di antara 6.38% to 6.5% setahun.

Anyway, melalui SARA 1Malaysia, pelabur akan mendapat pulangan 32% setahun. Secara lebih tepat ialah 32.16% [(134X12)/5,000]. Diharap pihak yang berkenaan dapat memberi penjelasan secara lanjut macam mana boleh menjanjikan pulangan yang lebih banyak.

Or adakah bagi pelabur yang masuk dalam SARA 1Malaysia, mereka hanya dapat pulangan bulanan selama 5 tahun dan diakhir tahun ke-5, tidak mendapat kembali RM5,000 yang dilaburkan. Jika demikian pulangan adalah 12.16% setahun [(134X12X5) / 5,000] - 1 then bahagi 5.


Satu lagi bagi pelaburan dalam laporan tahunan 2011 AS1M, lebih kurang 1/4 daripada dana dilaburkan dalam industri perbankan. So diharap pihak yang berkenaan dapat sahkan mengenai status sama ada ianya menepati shariah ke tak.

Of course selain daripada dalam industri perbankan, dana tersebut juga dilaburkan di dalam industri perladangan, hartanah dan juga infrastruktur dan banyak lagi. Maybe pandangan saya mengenai SARA 1Malaysia dan AS1M adalah tidak tepat, maybe pembaca dapat memberi komen.

Satu lagi, kalau nak check sama ada kaunter saham adalah patuh shariah ke tak, boleh check kat website Bursa Malaysia, tengok yang ada tulisan [S] kat belakang nama kaunter tu.

15 comments:

  1. oic..'S' tu means Syariah ek? tq for the info

    ReplyDelete
  2. lain ke sara1m ngan as1m..konpius..

    ReplyDelete
  3. td merisik2 utk abah...

    dah la SARA 1malaysia ni hanya layak seisi rumah rm3000....

    Patut nye kena up lagi had pendapatan tu...cuba bayangkan...org berpendapatan 3k..nak bayar bulanan rm84 lagi tuk SARA 1malaysia ni..mmg dpt monthly 134...tapi kena bayo tu jugak...uhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Boleh jugak semak kat website suruhanjayasecuriti. Kat situ ada semua dana trust fund di malaysia

    ReplyDelete
  5. kne tanya dr zaharuddin abd rahman nie

    ReplyDelete
  6. SARA 1malaysia , tak layak sebab kena isi rumah 3K kebawah kan.

    ReplyDelete
  7. Tapi pelik kan, dapat 32% sedangkan AS1M saya pun dia bagi 6%++

    ReplyDelete
  8. Aku memang dari awal dah perasangka buruk pasal SARA ni bro.. Sbb skim cepat kaya je yg janjikn keuntungan tetap setiap bulan.. Mcm program online tahun 2008 dulu yang kena bekukan aset dgn bank negara..

    ReplyDelete
  9. Assalam..
    Terima kasih atas info tersebut..

    ReplyDelete
  10. something fishy going around..too good to be true...umm.....

    ReplyDelete
  11. musykil lah sy ttg benda ni. kalu fixed income tu mcm ada unsur gharar gitu..sy cuma beri pandangan aje..lgpun sy mmg x layak sbb gaji lebih drp rm3k.

    ReplyDelete
  12. patutnya pihak yang berkenaan kena berikan penjelasan umum dengan kadar segera....menariknya belum ada wartawan akhbar yang nak mengupas mengenai perkara nie...mungkin pihak bank negara dapat membantu juga...

    ReplyDelete
  13. mmg fixed income x boleh.. tiada "untung tanpa risiko" dalam pelaburan, kalau nk untung msti kena ada risiko.. untung tanpa risiko sama cam bg loan kat org, lepas tu dpt interest bulan2 or tiap2 taun..

    ReplyDelete
  14. saya rasa pihak yang berkaitan seperti majlis fatwa perlulah buat kajian dan bagitau kepada rakyat tentang hukum sebenar SARA 1Malaysia. Sepertimana yang berlaku kepada ASB yang masih lagi belum dapat status patuh syariah

    ReplyDelete