Pages

Friday, December 30, 2011

Harga Emas Menjunam Lagi 2.31% Terburuk Dalam Masa 3 Bulan: 29 Disember 2011

Sebelum ini harga emas turun 3.3% kepada USD1,576.50 per auns pada 14 Disember 2011. By the way, semasa entri ini ditulis pada 29 Disember 2011, ianya turun 2.31% kepada USD1,527.90 untuk satu auns.

Penurunan ini adalah disebabkan antara lain pengukuhan dolar Amerika Syarikat, kebimbangan mengenai hutang negara Eropah dan krisis kecairan yang menyebabkan bank terpaksa menjual aset seperti emas untuk memperoleh tunai.

Adakah harga emas akan turun sehingga USD1,200 per ounce seperti dijangka oleh sesetengah pihak? Apa-apa pun kita tunggu dan lihat apa akan terjadi pada emas. Ada yang mengambil peluang untuk menambahkan pelaburan semasa penurunan harga dan ada juga yang menjual bagi mengelakkan kerugian. Apa-apa pun yang anda buat, I wish you all the best. Pelaburan dalam emas adalah untuk jangkamasa panjang. Tinggal sehari lagi dagangan emas untuk Disember 2011 dan juga penghujung 2011 sebelum kita masuk tahun 2012. Nantikan harga emas untuk tahun depan.

12 comments:

  1. owh... masa yg bagus utk beli emas...

    ReplyDelete
  2. tapi kat malaysia harga emas, tak turun pun.. ;-(

    ReplyDelete
  3. Ada duit lebih time nilah belikan isteri barang kemas.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Jangan pajak dan di larang pajak emas..kecuali berlaku tahap2 yang kritikal..

    ReplyDelete
  5. harga turun, elokla nak beli kan. cuma pelaburan jangka panjang..rasa tak mampu lagi nk invest emas..hehe

    ReplyDelete
  6. ada duit lebih... masa nie la nak membeli kan?

    ReplyDelete
  7. macam bro sure akan tambah stok wang dinar emas kan....bila harga dah turun nie...

    ReplyDelete
  8. Assalam...
    "Oh modal...di mana kau modal?"

    ReplyDelete
  9. Sharing is POWERING!

    Jom share “Apa Azam Anda untuk 2012 ?”

    hadiah hadiah menarik disediakan.

    Kalau taknak hadiah pun, apa salahnya sharing ?
    after all, sharing is caring right ?

    Boleh KLIK SINI-tuanbri.com untuk menyertai

    ReplyDelete