Pages

Friday, May 6, 2011

Harga Perak Menjunam @Crash 30% Dalam Masa 4 Hari

credit: ibtimes

Mengikut ibtimes, harga perak (silver) dalam matawang USD telah turun @menjunam sebanyak 30% hanya dalam masa 4 hari. Penurunan ini adalah daripada USD50 per auns kepada USD35 per auns. Antara sebab-sebab penurunan @crash ini adalah;
  • Desas-desus bahawa Soros mula menjual dan pelabur-pelabur turut serta melupuskan pegangan komoditi ini

  • Kenaikan kadar faedah dan juga peningkatan margin untuk pembelian silver

  • Kenaikan kadar matawang USD setelah Amerika membunuh Osama bin Laden
By the way, kalau tak silap dalam masa yang sama harga emas hanya turun sebanyak 6%. Semasa entri ini ditulis harga emas adalah USD1,488 untuk satu auns jika dibandingkan dengan harga tertinggi dalam sejarah beberapa hari sebelum ini @USD1,575 per ounce.


Tapi satu perkara yang saya sangat pelik, harga Dirham Perak yang dikeluarkan oleh Kelantan, masih berada pada tahap RM30 untuk satu Dirham. Jika kita tengok, harga Dirham Perak semasa saya tulis entry pada 19 Ogos 2010 adalah RM13 untuk satu Dirham. Ianya adalah kenaikan lebih 130% untuk kurang dari setahun. Tapi sebelum beli, kena faham betul-betul mengenai instrumen ni termasuk dengan spread (perbezaan belian dan jualan).

16 comments:

  1. malaysia lmbat sket effek bile turun harga ni...tpi kalu naik, cepat je diorang bertindak..huhu...

    tpi mmg mahal la dirham 30 kan... jauh beza masa mula diperkenalkan dulu...

    ReplyDelete
  2. tertarik dengan ulasan pasal dirham kelantan. jika ada masa, bro buat ulasan menyeluruh sket....

    ReplyDelete
  3. kena kaji masa yang seswai utk membeli

    ReplyDelete
  4. itu la..
    gelombang harga lain mcm skrg, ikut peristiwa dunia..
    mngkin akn terus mnjunam..
    mmg x ssuai utk mlabur dlm komoditi ni saat ni..

    ReplyDelete
  5. silver kalo jatuh mmg banyak tapi kalau naik pon byk tu...

    ReplyDelete
  6. boleh citer psal dirham nie huhuhhh

    ReplyDelete
  7. waa..mmg susah nak faham sebab tak pernah ambik tau pasal ni.

    ReplyDelete
  8. pusing pusing kepala bila baca entry pasal komoditi emas/perak nih.. ^^

    ReplyDelete
  9. bro..ader update tak info dinar iraq?

    ReplyDelete
  10. mrsid: sorry tak tahu, dinar iraq yang kertas ke? adakah ianya legal tender?

    ReplyDelete
  11. ha'a dinar iraq yg kertas..diorang dok berkira2 harga nak naik thn nie

    ReplyDelete
  12. mrsid: ada juga dengar sebelum ini, kemungkinan besar ianya adalah something yang dibuat oleh pihak2 yang mengambil kesempatan, cuba check ngan pengurup wang untuk mengetahui kesahihan ataupun bank, just my opinion

    ReplyDelete
  13. resiko dirham jatuh adalah sgt tinggi ker..???
    sy nak beli tapi masih takut

    ReplyDelete
  14. itulah masalahnya bila umat islam masih menganggap perak atau dirham sebagai pelaburan. padahalnya ia wajib dijadikan matawang

    ReplyDelete