Pages

Monday, November 29, 2010

Kedudukan Terkini Liga Perdana Inggeris 2010/2011: Minggu 15

Credit: espn

Kedudukan Terkini Liga Perdana Inggeris 2010/2011: Minggu 15:
  • Manchester United merampas takhta liga perdana daripada Chelsea setelah Man Utd menang besar, 7-1 ke atas Blackburn. 5 gol oleh Berbatov sangat ditunggu-tunggu oleh peminat Man Utd dan sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini. The one and only club yang tidak pernah kalah

  • Chelsea berada di tangga yang ke-2 setelah seri 1-1 dengan Newcastle. Salah faham antara penjaga gol dan pemain pertahanan menyebabkan mereka kehilangan 2 mata penting. Walau bagaimanapun, Chelsea dan Arsenal so far telah menang paling banyak iaitu 9 perlawanan berbanding Man Utd 8 kali

  • Arsenal yang menang 4-2 ke atas Aston Villa berada di tangga ke-3 walaupun berkongsi 29 mata dengan Chelsea. Ini kerana Chelsea merekodkan perbezaan gol sebanyak 19 manakala Arsenal sebanyak 15 gol. So far top 3 adalah diduduki oleh Man Utd, Chelsea dan Arsenal

  • Manchester City sekadar seri 1-1 dengan Stoke City minggu lepas berada di tangga yang ke-4, iaitu 5 mata di belakang pendahulu liga. Tangga ke-4 memang penting kerana mereka akan bermain di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara manakala top 3 dapat masuk terus di dalam liga yang diidam-idamkan oleh pasukan di Eropah
Minggu ini adalah minggu yang menarik dan sudah pasti minggu yang ke-16 nanti sudah pasti saingan semakin sengit dan itulah yang menarik mengenai Liga Perdana Inggeris kerana masing-masing cuba memperbaiki dan mempertahankan kedudukan.

8 comments:

  1. ulasan memang menarik la...wartawan surat kabar ker nih?

    ReplyDelete
  2. tak jauh sgt MU dgn chelsea arsenal suma tu..

    ReplyDelete
  3. boloque: he he he suka-suka aja

    relevan: man utd, chelsea, arsenal dan man city......

    hans: liverpool akan bangkit nanti

    sahrom: alamak, sebab apa ya?

    velasrizal: memang dekat2 aja

    wan gerrard: ramai betul peminat liverpool ni

    ReplyDelete