Pages

Wednesday, October 20, 2010

Cukai Perkhidmatan Guna Astro @6% :Pandangan@Komen Bajet 2011

Sudah hampir seminggu pembentangan bajet 2011 telah dibuat. Tetapi banyak benda yang perlu kita kupasi, teliti dan juga fahami betul-betul kerana ada benda yang berkait rapat dengan kita dan ada juga yang tidak.

Apa yang saya nak cerita kat sini ialah cadangan pengenalan cukai perkhidmatan sebanyak 6% ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar (Astro). Apakah implikasi ke atas pengguna, Astro dan juga Kerajaan.
  • Pengguna
    Of course pengguna akan membayar lebih iaitu pada kadar 6% setiap kali dapat bil. So let say, jika bil paling murah (basic) iaitu RM37.95 so campur 6% jumlahnya RM40.25 (naik RM2.30) so kalau yang RM100 naiklah RM6. Jangan risau bak kata sesetengah orang, ianya masih murah kan, bukan saya yang cakap.

    Kalau average RM82 sebulan, dalam setahun cukai perkhidmatan yang akan dibayar oleh pengguna adalah RM59

  • Astro
    Kemungkinan, jumlah yang sedang melanggan dan baru nak melanggan akan berkurangan tapi pada hemat saya ianya tidak memberi kesan yang besar, or tak beza pun jumlah pelanggan

  • Kerajaan
    Ini yang kita nak tahu berapa agaknya jumlah cukai yang bakal dipunggut oleh Kerajaan hasil daripada pengenalan tax ni. Mengikut Astro, jumlah pengguna di Malaysia adalah seramai 2.93 juta as at 31/1/10 dan purata revenue setiap pengguna adalah RM82 so dalam setahun, pengguna Astro membayar RM2.88 billion dan jika tax sebanyak 6% dikenakan, pendapatan kasar Kerajaan adalah RM173 juta setahun.
So itulah financial impact setelah pengenalan cukai perkhidmatan ke atas pengguna Astro nanti. Sama-sama le menyumbang untuk pembangunan negara. So apa pandangan@komen anda?

16 comments:

  1. Nak tak nak terima saja..sebab kawan suka Channel 411,412 dan 413..

    ReplyDelete
  2. selagi laki aku tak kate ape2, masih selamat lah astro kat umah tu, hehehhehe :)

    ReplyDelete
  3. nak tak nak, suka tak suka..
    harus dibayar gak...

    ReplyDelete
  4. awok nampak bende ni seghampang due amte kerajaan....

    1st....
    misi utame nak dapatkan cukei le....

    2nd...
    nak menyekat monopoli Astro yang melampo2...... sampeikan siaran tibi berbayo lain gulong tiko .......


    tapi yang kene tanggong nye.....
    kite le yang membayonyee.....

    ReplyDelete
  5. hmmm...isu ni pulak yg timbul skg..duit2..

    ReplyDelete
  6. aduh.. kalau macam tue nak tak nak kena la.. terima seadanya...

    ReplyDelete
  7. dni lagi la astro pon tak ado. abah cakap tunggu adik2 semua dah habis skolah baru pasang ;p

    ReplyDelete
  8. mmg melampau la...tp nk wat cmner
    -_-'

    ReplyDelete
  9. aku duk kampong..klu tak pakai astro, TV9 tak dpt dan tv yg RTM plak tak terang..siap kne ketuk tv lg...huhuhhu..lame2 jahanam tv aku..so, aku redha je la dgn dasar kerajaan ini huhuhuh..:-(
    aku rasa sape yang amek pakej asas tak patut dikenakan..mungkin pakej RM 60 keatas sahaja yang patut dikenakan kerana kebanyakaan kawsan kampong terpaksa pakai astro kalau nak tv clear..
    p/s; buatla dasar mcm bil elektrik ..RM 20 kebawah tak perlu bayar

    ReplyDelete
  10. so, the knife is on our hand..kalau channel yg tak perlu tu unsubscribe je kan..huhu bil astro ku pun 100++ monthly..

    ReplyDelete
  11. 6 peratus tu murah sebenarnya,bayar pun sekali jer sebulankan.sedangkan kfc,mcd,pizza,tgk wayang sebulan lebih 5 kali xper,sedangkan semua itu ada cukai 5 peratus.

    ReplyDelete
  12. cukai sana, cukai sini....bonus????

    ReplyDelete
  13. Sharinginfoz: amik pakej yg basic je...

    ReplyDelete