Pages

Friday, May 28, 2010

Petrol@Minyak Mungkin Naik 15 Sen Satu Liter???

ENTRY TERKINI 15 JULAI 2010 (MINYAK NAIK 16 JULAI)

Semua tahu kan sekarang ni petrol RON95 dijual dengan harga RM1.80 untuk satu liter. Article daripada malaysiandigest, yang memetik sumber reuters, melaporkan bahawa kerajaan mungkin akan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak 15 sen kepada RM1.95 sen pada tahun ini, 2010.

Cadangan tersebut telah dibuat dan dipersembahkan kepada public pada hari ini, 27 Mei 2010 bagi mengurangkan bajet defisit Malaysia yang mana berada pada 7 peratus daripada GDP 2009. Ianya merupakan kadar tertinggi dalam masa 20 tahun.

Di samping itu, mengikut cadangan yang dibuat, ianya juga akan menaikkan harga petrol sebanyak 20 sen pada tahun 2011 dan dua kali kenaikan sebanyak 20 sen setiap satu pada tahun 2012.

Anyway ini adalah dalam peringkat cadangan, dan kalau tak silap hari ini, ada sessi feedback di mana public boleh memberi pendapat / cadangan mengenai pengurangan subsidi yang berlansung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

13 comments:

  1. hairan dgn isu minyak ni...negara lain pengeluar minyak, minyak murah kaya raya tapi negara kita..?

    ReplyDelete
  2. Ha ha..ada banyak lagi yang mau naik..Subsidi pun mau tarik..pelan pelan..

    ReplyDelete
  3. Naik tu pasti berlaku.. tunggu masa je tu

    ReplyDelete
  4. Aku rasa dah minyak mesti naik lagi.

    ReplyDelete
  5. Semua harga barang naik. Sob sob sob.

    ReplyDelete
  6. naik lagi?adushh.....makin sengsarala hidup rakyat

    ReplyDelete
  7. biasa...dah agak dah...aduhh...

    ReplyDelete
  8. maknanya pilihanraya umum lambat lagilah !

    ReplyDelete
  9. harga barang naik - predicted

    gaji pekerja tak naik naik - apa cerita??

    ReplyDelete
  10. huh..naik lagi.em..apela nasib..

    ReplyDelete
  11. saya faham kerajaan nak mengurangkan subsidi. tetapi memandangkan isu minyak ni sensitif, eloklah kerajaan buat penilaian semula.

    subsidi boleh dikurangkan atau sasarkan pada yg layak.

    minyak naik= semua naik--->> itu trend peniaga dan golongan yg suka ambil kesempatan

    ReplyDelete