Pages

Tuesday, April 19, 2011

Nasi Lemak Sekolah Hanya Seminggu Sekali @Kesihatan-Obesti

Sekarang ini kecoh isu mengenai obesiti di kalangan murid-murid sekolah dan ada cadangan untuk menghadkan jualan nasi lemak seminggu sekali di sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

Memang diakui nasi lemak ini mengandungi banyak lemak @santan dan boleh menyebabkan kegemukan. Saya berpendapat ada juga kebenaran, maklumlah kalau setiap hari makan nasi lemak adalah tidak begitu baik untuk kesihatan tetapi limit penjualan sehari setiap minggu rasanya tidak begitu praktikal. Maybe perlu juga didikan ibu-bapa untuk menasihati anak-anak agar tidak mengambil menu yang sama setiap hari or bawa bekal ke sekolah.

Masalah pengambilan makanan segera juga menjadi isu kemungkinan besar masa untuk makan yang singkat walaupun waktu rehat adalah 30 minit. Kena beratur membeli makanan then selepas 15 minit rehat, murid-murid darjah 1-3 kena berhimpun sebelum masuk ke kelas masing-masing.

Perlu ada penyelesaian yang menyeluruh bagi membolehkan anak-anak mendapat makanan yang berkhasiat dan baik untuk pembelajaran so kena ambil tindakan yang lebih baik bukan sekadar menghadkan penjualan nasi lemak seminggu sekali. Apa pandangan semua?

16 comments:

  1. setuju..selain menghadkan penjualan nasik lemak tu,sediakan juga cadangan menu lain seperti nasik grg atau nasik2 lain.

    Budak2 ni kan cergas, memerlukan bnyk tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental mereka..tak kan nk makan mee je manjang!

    ReplyDelete
  2. bab nasi lemak tu kurang setuju lah. persoalannya, sejauh manakah nasi lemak tu banyak santan @ lemaknya..? in stead of let the kids makan jajan yang bukan-bukan tu, kan ke lebih baik ambil nasi lemak.

    tapi, bab waktu rehat yang sihat tu memang setuju. sebab masa sekolah dulu, dah la kena beratur panjang, baru je dapat 'meals' tu loceng pun dah nak bunyi, so penyelesaiannya makan jajan je senang...haih..sungguh tak menyihatkan.

    ReplyDelete
  3. rasenye xperlu dihadkan kot...sebab bila kat rumah dieorng ni sebat gak makanan berlemak ni..

    ReplyDelete
  4. nasi lemak sekarang tak berlemak pun, maksudnya takde guna santan dah. nasi biasa saje..


    budaya makan kita bermula di rumah, jadi tak patut salahkan kantin sekolah sebab kat rumah kita tak murid tu makan apa.. betul tak?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    Kesian nasi lemak, jadi mangsa keadaan.

    Padahal, bebudak ni lebih suka makan McD, KFC, pizza bla bla bla...2-3 kali seminggu. Fastfood macam ni yang terlebih kesannya.

    Kalau tak jual nasi, mcm nasi lemak tu...apalah yg bebudak skolah nan lasak tu nak makan. Kalau perut lapar...bukannya boleh belajarpun. Macam2 lagu adaaaaaaa dok bersenandung dalam perut.

    Kok ya pun, tak mo bagi makan jajan, tak payahlah jual kat skolah. buat sistem giliran utk rehat...barulah tak payah berebut n beratur panjang ---> sowi tauan rumah, terlebih panjang dr entri la pulak ;)

    ReplyDelete
  6. setuju..masa rehat terlalu singkat..nk kena makan cepat2..makanan x sempat nk kunyah..semua pakai telan...mcm mana nk hadam...

    ReplyDelete
  7. aku setuju.. tapi tu la nasi lemak dah jadi makanan harian pagi2 rakyat malaysia, tapi yang kita suka 2 la yang mudah dapat penyakit bila makan..

    makan makanan yang berkhasiat memang perlu dididik dari kanak2 lagi,, supaya menjadi tabiat yang baik apabila sudah dewasa..

    ReplyDelete
  8. sila mkn sekali atau selang 4,5 hari. biar lauk sederhana cth telur rebus je. ayam goreng mesti dikurangkan. pastikan budak2 dan mak, bpk, kakak, abang budak2 ni cergas beriadah & berpeluh setiap hari. jangan blogging je.. :-)

    ReplyDelete
  9. apabila makanan tradisional dipandang sebelah mata.. haiz..

    *err, berger berkhasiat taw.. sebab dia berasal dari barat.. tapi Kalau berger tuh berasal dari nenek moyang kita, dia dikategorikan sebagai tak berkhasiat.. Jadi gunakanlah segalanya dengan baik, jual la berger banyak2 kat kantin yeap.. Murah dan berkhasiat..

    ReplyDelete
  10. betul ckp anyss, x psl2 je nasi lemak jd mangsa keadaan. pdhal budak2 tu melantak fast food n junk food hari2 x kira pulak ek. benda camtu lg byk kalori. (tetibe nak emo, hehe)

    klu camtu kantin jual makanan rebus jela kat budak2 sekolah, hehehe

    ReplyDelete
  11. Tk langsung tidak beranggapan nasi lemak punca obesiti, apa kurangnya nasi goreng, mee dan roti beger?

    punca nya ialah anak2 dan remaja amik junk food yg blebihan d luar waktu sekolah, masa berada di rumah.. tngok tv makan cakedis, tngok komputer sambil gigit menda2 manis.. minum air karbonat..
    masuk pasaraya pun menda2 ni dibeli.. kan? kan? kan?

    ReplyDelete
  12. Makan pagi dengan Cengkodok pun berkhasiat apa..

    ReplyDelete
  13. betul jugak tu.takan nak tuduh nasik lemak kat sekolah je.tapi maybe pengusaha kantin boleh pelbagaikan lagi..ermmm sandwich ke?

    ReplyDelete
  14. dulu masa kat sekolah menu utama pagi2 nasi lemak, tak takde la sampai menggemukkan pun.rasanya bukan sebab makan nasi lemak boleh jadi gemuk,kekerapan makan bukan sahaja di sekolah, malah di rumah, dan juga sekarang ni kan bebudak mudah dapat makan makanan segera seperti burger, kalau di bandar ada KFC, MCD dan macam-macam lagi restauran yang menjual makanan segera, mana tak nyer budak jadi gemuk obesiti, em wajar rasanya kerajaan sarankan supaya menutup je restoran fastfood ni...wat gemuk orang jer...diorang berniaga tambah pendapatan, orang yang makan ni bertambah penyakit

    ReplyDelete
  15. saya sebelum ni dah amalkan dah pun nasi lemak sekali je makan dalam seminggu atau dua minggu..hehe.

    ReplyDelete