Pages

Tuesday, April 19, 2011

Macam Mana Skim Cepat Kaya Boleh Beroperasi?

Siapa tak suka duit kan tapi cara mendapatkannya mestilah cara yang betul. Ni nak cerita mengenai skim cepat kaya @piramid skim. Skim cepat kaya ni berjaya disebabkan oleh "law of large numbers" maknanya lagi ramai orang masuk lagi berjaya skim ini.

Skim cepat kaya akan "musnah" sekiranya tiada "pelabur baru" dan bila pihak berkuasa mengambil tindakan. Tiada perniagaan yang dijalankan tetapi hanya recycle duit aja, maknanya duit pelabur baru akan diberi kepada pelabur lama.

Sebagai contoh, setiap orang akan "sumbang" RM100 then pihak penaja akan menjanjikan pulangan 2.5% sebulan so dalam setahun dapatlah 30% (2.5X12). Lepas tu orang yang dapat akan memberitahu orang lain dan mereka akan masuk dan bertambah ramailah pelabur. Kiranya iklan dari mulut ke mulut. Penaja pun cakap yang perniagaan mereka dalam bidang emas le, ternakan le dan macam-macam lagi. Ada juga yang bagi barang sebagai contoh gelang ke, minuman berkhasiat ke untuk mengaburi mata orang. Actually benda yang diberi tidak setimpal dengan duit yang pelabur beri.

So nasihat saya, jauhi daripada aktiviti macam ini:
  • Tidak ada duit mudah
  • Jangan tamak
  • Fahami dengan apa kita melabur
  • Jangan terpedaya dengan "bank statement" yang menyatakan duit masuk setiap hari
  • Cari yang halal
  • Jangan tertarik dengan perkataan "skim sedekah", "bantu-membantu"
  • Check dahulu dengan pihak berkuasa tentang skim ini sebelum melakukan apa-apa. jangan bila dah hilang penaja baru nak buat complaint

17 comments:

  1. hrp2 tak terjebak dengan skim cepat kaya..amin..

    ReplyDelete
  2. paling ramai tergoda bile tgok check palsu upline tu...kononnya bonus dah masyuk la...iskhhh....huhuhu

    ReplyDelete
  3. betul tu..x ada jalan mudah utk mudah! Tak ada manusia yg nak bg free2 je duit

    ReplyDelete
  4. tu laaa.. banyak jugak skim cepat kaya.. tetapi ramai jugak yang terpedaya.. nak cepat kaya laaa katakan..
    Lelongan Tupperware di Kajang!

    ReplyDelete
  5. SCK sama la dgn MLM.... semua tak leh pecaya...

    ReplyDelete
  6. Setuju bro.. takda jalan mudah nak dapat duit.. ada orang kata buat blog senang dapat duit.. Sapa cakap senang.. kalau takda usaha nak cari trafik mana ada duit senang masuk.. betul tak?

    ReplyDelete
  7. betul bro nik.takde jalan mudah nak kaya..

    ReplyDelete
  8. slalunya bselindung dngn lesen jualn MLM.. tp jual apa ntah la..

    benar tu, bukan mudah nk dpt duit..
    emas pun kena lombong, bukan turun d tadah macam ujan..

    lg kerajaan benteras, lg ramai jd mangsa.. x serik2..

    ReplyDelete
  9. Skim cepat kaya ramai pengikut dan penyokong...

    ReplyDelete
  10. jangan mudah terpedaya dengan janji manis skim cepat kaya

    ReplyDelete
  11. duit takkan datang bergolek kalau kita tidak berusaha..
    Rezeki hanya datang dari Allah SWT bila Dia berkehendak..

    ReplyDelete
  12. abah dni 20 tahun lalu penah kena ngan skim cepat kaya. tatau skim cepat kaya sebenarnya sebab katanya simpanan koperasi

    ReplyDelete
  13. sy pegang pd satu je.."bkn senang org nak bg duit"...itu je...

    ReplyDelete
  14. memang tak percaya semua yg janji dt masuk akaun tanpa usaha tu huhu

    ReplyDelete
  15. jgn biar perasaan tamak menyebabkan kita tertipu..

    ReplyDelete