Pages

Friday, April 15, 2011

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Umum Dividen 2.17%, Bayar 18 April 2011

Update: Dividen Kedua @19 Oktober 2011

Hari ini, 14 April 2011 Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) mengumumkan dividen sebanyak 2.17% dan pembayaran akan dibuat pada 18 April 2011 (Isnin) dan bolehlah check akaun bank pada hari tersebut. Ini adalah dividen pertama bagi pelabur-pelabur

Dividen ini adalah untuk tempoh 4 bulan memandangkan dana AHB baru sahaja dimulakan pada bulan Disember 2010. Ini bermakna dividen untuk setahun adalah 6.5% (2.17 X 3). Untuk pengetahuan AHB, akan memberi dividen (jika ada) setiap 6 bulan i.e. after 31 Mac dan juga 30 September setiap tahun.

Apa-apa pun yang penting Amanah Hartanah Bumiputera adalah berlandaskan shariah so ianya lebih sesuai bagi pelabur-pelabur yang beragama Islam. Kita tengok nanti dividen bulan September 2011.

27 comments:

  1. As salam..
    Wahh, bestnya..pohon dah nak berbuah...

    ReplyDelete
  2. bgus gk ada bank yg berlandaskan shariah ni

    ReplyDelete
  3. lebih kurang ASB kan..kalo estimate utk tahunan..

    ReplyDelete
  4. memang menarik ni.. mpdal je takda..heheehe

    ReplyDelete
  5. salam,

    dalam news cakap 2.17 sen bukan 2.17%.
    Mana betul?

    ReplyDelete
  6. Miecyber: Bukan 5 bulan tapi 6 bulan sekali. Dah update ur blog in blogXchange

    hafiz: sama le sebab 2.17 sen maknanya 2.17% sebab harga satu unit ialah tetap pada kadar RM1

    ReplyDelete
  7. bagus jugak nih..tak payah tunggu setahun baru pungut hasil..ha ha..

    ReplyDelete
  8. mantap bebeno le.. teman nih nak juge meghase dividen nih hoo... HAHAHA

    ReplyDelete
  9. dividen 2 kali stahun ye?
    menarik jg tu..
    tp TK xde pun saham tu..

    ReplyDelete
  10. agak2 berbaloi ke 2.17% tu macam sikit je,,kalau macam tu tinggi dividen asb lagi kan

    ReplyDelete
  11. TK: dua kali setahun sesuai untuk golongan yang suka collect hasil dengan cepat

    ahmad munir: kalau annualise ianya 6.5% lebih tinggi dari tabung haji dan kwsp but yang penting ianya berlandaskan shariah

    ReplyDelete
  12. ahb sekarang dh penuh.tp akn dibuka kembali.jgn risau.

    ReplyDelete
  13. Saham AHB ni kenapa tak de ape2 surat atau black and white yang dijanjikan untuk dihantar sebagai pengesahan sebab pembelian unit saham telah dibuat di Maybank- ade sesiapa dpt info mohon penjelasan

    ReplyDelete
  14. mmg bgus, but yg xbrape puas hatinye sbb xda black n white.

    ReplyDelete
  15. Agak bagus jugak pulangan AHB ni.. tnggu dividen 30 September pulak.. Huhu..

    ReplyDelete
  16. skang dah 4 oktober....xder dgr pon khabar berita dividen utk bln september??any news guys?

    ReplyDelete
  17. Berita baik bagi pemegang unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Dividen kedua bagi tahun 2011 sudah pun diumumkan pada 6 Oktober 2011 sebanyak 3.25%. Ianya akan dikredit ke dalam akaun bank pada 19 Oktober 2011 nanti. So nanti bolehlah check dalam akuan Maybank ke dan dalam penyata yang akan dihantar nanti.

    Dengan pemberian dividen AHB yang kedua, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 5.42% (pertama: 2.17%) bagi 10 bulan. So ini juga bersamaan dengan 6.5% setahun. Bagi saya pulangan from dividen AHB boleh dikatakan memuaskan dengan mengambil kira risiko dan yang penting ianya berlandaskan Syariah.

    By the way, dividen dibayar setiap 6 bulan iaitu pada bulan April dan Oktober. So kita tunggu 6 bulan lagi pada April 2012 untuk dividen seterusnya.

    ReplyDelete
  18. Saudara semua

    kepada mereka2 yg ada lebih simpanan dan berminat nak cari instrument simpanan dgn pulangan yg baik sptg AHB, jgn lupa pintu terbuka kepada bumiputra yg berminat dalam Bank Persatuan. Mulai Aug-2011, limit simpanan pun dah di naikkan. Sila check website BP. Dividen tahun lepas dalam 7% dan tahun2 sebelumnya dalam 10%. saya rasa berbaloi dari AHB yg skrg ni pun dah penuh.

    ReplyDelete
  19. Maybank umum AHB dividen 3.25% berakhir 31 MAC 2012. Esok masuk akaun..alhamdulillah..

    ReplyDelete