Pages

Monday, November 1, 2010

Gambar Kemeriahan Final Piala Malaysia 2010@Stadium Bukit Jalil

Final Piala Malaysia 2010 sudah tamat hari Sabtu lepas dan keputusan berpihak kepada Kelantan dengan kemenangan bersejarah 2-1 ke atas Negeri Sembilan. Just nak share gambar-gambar kemeriahan Final Piala Malaysia kat stadium.

Nak ucapkan terima kasih kepada eelobor yang kebenaran menggunakan gambar yang diambilnya.

Kelihatan beribu-ribu peminat setia Kelantan yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, lautan merah kelihatan.

Setia menunggu permainan pasukan kegemaran mereka. Pada perlawanan kali ini, kalau tak silap ianya full-pack dengan anggaran 90,000 dan 2/3 adalah penyokong tegar Kelantan.

Walaupun menonton bola, bila sampai waktu sembahyang tidak ditinggalkan. Baru ada berkat dalam apa jua perkara yang kita buat.

Penyokong Negeri Sembilan juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama pasukan negeri untuk memberi semangat.

Keadaan di padang semasa sebelum permainan dimulakan.

Inilah rupa burger yang dijual. Kalau tak silap barang kat situ biasalah quite mahal kan, burger RM2.00 dan air kotak pun RM2.00. Kat luar lepas permainan air kotak 50 sen pun orang tak beli. Betul ke?

Kelihatan polis yang menjaga keselamatan membawa dog canine bagi tujuan mengesan barang-barang yang tidak dibenarkan dibawa masuk, i.e. mercun tapi terlepas juga ya.

Keadaan sebelum masuk ke stadium, ianya dibuka seawal pukul 4.00 petang. Ramai betul kan?

Situasi di atas padang memang sungguh terpesona bagi mereka yang berpeluang tengok sendiri di depan mata.

Setelah wisel penamat ditiup, pemain Kelantan, Nor Farhan membuka baju untuk dihadiahkan kepada penyokong yang bernasib baik.

Kapten Kelantan, Indra menjulang Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah. Tahniah diucapkan kepada Kelantan dan juga Negeri Sembilan yang bermain dengan baik. I am sure kedua-dua penyokong pasukan berpuas hati dengan mutu permainan yang ditunjukkan. Berbaloi dengan harga tiket RM30 dan juga perjalanan jauh.

Terima kasih sekali lagi kepada eelobor yang memberi kebenaran menggunakan gambar-gambar ini untuk tatapan pembaca yang tidak berpeluang meononton secara live.

Untuk tengok lagi gambar boleh rujuk "gambar & video kemenangan kelantan vs negeri sembilan 2010".

22 comments:

  1. Kelantan memang peminat mereka terlalu fanatik.. huhu..

    ReplyDelete
  2. pernah sekali dlm hidup tengok bola kat stadium kat kuala trg, ms tu trg lawan kelantan :P

    ReplyDelete
  3. pembetulan: harga burger tuh RM2.50, langsung tak de sayur. cuma roti & daging dan di sapu sos cili mcm nak tak nak jer sapu. modal mungkin cuma tak sampai seringgit. di jual melebihi 100% keuntungan. terima kasih kepada peniaga yang mengambil kesempatan

    ReplyDelete
  4. tak bape minat sangat kat bola nih. hehe

    ReplyDelete
  5. kelantan menang , gomo kelatee . heheh :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..sib bek semua peyokong tak gaduh kan..syukur...

    ReplyDelete
  7. tgk juga sbb hasben org nogori.. tak pe la kelate menang, kasi can la,.. kang terbakar lagi stadium tu. hehe..

    ReplyDelete
  8. Tiada sebarang insiden..kira bagus kedua dua penyokong..

    Cuma mercun masih ada jugak..

    ReplyDelete
  9. aikkk kata hubby, takde orang juaii burger kat situ... takut burger jadi UFO

    ReplyDelete
  10. Sharinginfoz: paling sker tgk gambar yang solat berjemaah tu......alhamdulillah

    ReplyDelete
  11. memang meriah habes.. tahniah kelantan

    ReplyDelete
  12. mak aiii.. meriahnya.. tak penah g tgk bolakat stadium... kat rumah pun tak rajin layan bola..

    ReplyDelete
  13. meriah gila kat stadium,,kat dalam gambar lagi cantik drpd dlm tv kan.

    ReplyDelete
  14. kalah menang adat pertandingan .. tetapi kalau menang tentulah lebih bagus !

    ReplyDelete
  15. phewwwitttt.... cik epal pun singgah komen... dasat.... thks for the link tue.... patut la blog aku dapat xxxtra visitor sehari dua nie... ;-p

    ReplyDelete
  16. alhmdulillah perlawanan bola sepak kali ini berjalan dgn aman...

    ReplyDelete
  17. berbaloi brother datang dari jauh..hehe
    tgk bola tapi solat tak lupa ni paling bagus..:)

    ReplyDelete
  18. mmg kagum la tgk stadium msia penuh!!!!!!!! huhuhuh

    ReplyDelete
  19. berger gua beli hrga RM3.00 bro, rasa mcm binate jgk ar...
    ade brader tu beli air, 3inggit, dia beli bkn sebab nk minum, tapi sbb nak baling balik kt budak jual air tu. splaasshh ats dahi! hoho

    apa2pun gomo kelate gomo!

    ReplyDelete