Pages

Friday, September 21, 2012

Siapa Lagi Untung Bank atau Pendeposit? Al-Awfar RM1 Juta

Produk simpanan Al-Awfar daripada Bank Islam kini menawarkan hadiah sebanyak RM1,000,000. Memang betul ianya RM1 juta kepada pendeposit yang bertuah?

Serba sedikit mengenai Al-Awfar RM1 juta ini adalah:
  • Tempoh kempen bermula 19 September hingga 30 November 2012
  • Simpanan permulaan RM1,000 dan tambahan sebanyak RM1,000
  • Setiap RM1,000 dapat satu peluang or cabutan
  • Simpanan kena dikekalkan sehingga tarikh cabutan, 28 Februari 2013 (iaitu 3 bulan selepas 30 Nov 2012)
  • Kalau tak menang, masih berpeluang memenangi cabutan bulanan @RM100,000 or suku tahunan @RM200,000
Nampak sungguh menarik tapi siapa sebenarnya yang untung? Bank Islam atau pendeposit? Jom kita buat analisi yang sempoi:
  • Katakan 100,000 orang masuk dan setiap orang masuk RM3,000
  • Jumlah deposit adalah RM300 juta
  • So jumlah kadar keuntungan perlu dibayar jika semua ni masuk simpanan tetap untuk 3 bulan adalah 0.78% (or 3.12% setahun). So jumlah kadar keuntungan yang Bank Islam perlu bayar kepada pendeposit adalah RM2.34 juta (RM300 juta X 0.78/100)
  • Jumlah kadar keuntungan bagi pendeposit di bawah simpanan Al-Awfar selama 3 bulan adalah sebanyak 0.0125% (or 0.05% setahun). So jumlah keuntungan adalah sebanyak RM37,500
  • Jumlah perbezaan simpanan tetap dan simpanan di bawah Al-Awfar adalah RM2.3 juta
  • Hadiah simpanan Al-Awfar adalah RM1.3 juta (RM1 juta + RM100,000 + RM200,000). Hadiah ni adalah hadiah utama, hadiah cabutan bulanan dan cabutan suku tahunan
  • So Bank Islam mendapat keuntungan sebanyak RM1 juta (RM2.3 juta - RM1.3 juta)
  • Keuntungan ini tidak termasuk dengan keuntungan Bank menggunakan duit pendeposit untuk bagi pinjaman kepada orang lain
So kalau anda rasa bernasib baik apa kata simpanlah RM3,000 dalam Al-Awfar dan berharaplah agar anda adalah insan yang sangat bertuah di antara 100,000 orang or 0.001%. Kalau tak bernasib baik dapat le keuntungan simpanan dalam Al-Awfar sebanyak 37.5 sen.

Tapi kalau anda rasa tak akan menang dan tak nak keuntungan simpanan sebanyak 37.5 sen, bolehlah masuk RM3,000 tu dalam simpanan tetap selama 3 bulan, dapatlah sebanyak RM23.40. 

So siapa yang lebih untung dengan simpanan Al-Awfar ni, Bank atau pendeposit? Maybe pendeposit yang bertuah, i.e. 3 orang daripada 100,000 tapi yang pendeposit lain, 99,997 hanya memperoleh 37.5 sen hasil simpanan sebanyak RM3,000 selama 3 bulan? Yang nyata Bank akan lebih untung. 

Kalau macam ni, saya pun nak buat offer macam ni tapi saya tingkatkan hadiah sebanyak RM1.5 juta! Siapa mahu masuk?

14 comments:

  1. haha sekali imbas tahu
    memang bak akan untung punya.
    merketer dah buat kira-kira awal-awal. biasanya promosi dan produk yang ditawarkan aalah promosi yang boleh 'secure' pihak bank.

    tapi ape pun bagus juga promosi ini. tak langgar hukum pun.

    ReplyDelete
  2. ooo.... baru aku tahu dia punya kira2... haaaahaaa.. nak sejuta! leh?

    ReplyDelete
  3. ohhh satu juta ringgit ohh!!byk ohhh..

    ReplyDelete
  4. Dekat bukit rimau ni tak ada bank Islam.

    ReplyDelete
  5. dah masuk bank islam tp tataw lak jenis simpanan apa, pakai masuk jer ritu bukan reti pepon bab2 cenggini ;p

    ReplyDelete
  6. hanya org yg koje bank je tahu kira-kira macam ni.. dalam apa jual sekali pun bank takkan nak rugi.. confirm2 bank mesti untung punya.. so anda boleh pilih.. nak untung atau nak untungkan bank.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Sama gak kalau masuk fixed deposit, bank juga yang untung. The bank always win :)

    ReplyDelete
  8. thanks sharinginfoz, smlam baru je bincang ngan prof dlm kelas bab al-awfar, x sngka sharinginfoz pun tulis benda yg same... sharinginfoz ngan prof sy tu ade fikiran yg sama lah.. huhu

    ReplyDelete
  9. Baru je berkira2 nak masuk..kalau macam ni, dah kurang nafsuku utk join..

    ReplyDelete
  10. Dah tentu bank akan untung..takkan dia nak merugikan diri sendiri. Pendeposit pun untung gak, cuma ciput je la sebab investment pun ciput.. Kalu nak untung banyak, kita simpan banyak2.. That's life. There's no easy money :) Fikir2 kan..

    ReplyDelete
  11. Kalau saya yang menang.........untung apa

    ReplyDelete
  12. ada sapa ke yg menang 1juta 2012 ke scam jer....

    ReplyDelete
  13. Hanya mereka yang bergantung kepada nasib dan tidak tahu buat pengiraan sahaja yang akan tergoda dengan perangkap Bank Islam ini.
    Bank mengaut untung berlipat ganda sedangkan pelangan kerugian besar bila mereka tidak bernasib baik memenangi hadiah lumayan itu.
    Wslaupun tidak bercanggah dengan syariat tetapi ianya tidak beretika kerana ketidaksamaan dari segi penbahagian dan pangagihan jeutntungan mengikut kehendak Islam.
    Satu yang bukan ori daripada Bank Islam.

    ReplyDelete
  14. SSP BSN ada bagi pelabur nombor cabutan....Bank Islam ni cabutan pakai nombor apa....hairan juga....no akaun ker....

    ReplyDelete