Pages

Saturday, June 11, 2011

Live Keputusan Terkini @Semasa Kelantan vs Terengganu: Perlawanan Final @Akhir Piala FA 11 Jun 2011

Update: Live Keputusan Terkini @Semasa: Perlawanan Final @Akhir Piala FA 11 Jun 2011
KELANTAN 1-2 TERENGGANU

  • 120": Permainan tamat dengan Terengganu menjadi juara Piala FA

  • 119": Tumpuan sekarang kepada pengadil. Fahmi sekali lagi menyelamatkan pintu gol Kelantan

  • 118": Khairul Fahmi pula menyelamatkan pintu gol Kelantan daripada dibolosi

  • 117": Rembatan leret pemain Kelantan, Khairan Eroza sedikit tersasar

  • 115": Tinggal 5 minit lagi sebelum permainan tamat, sekarang giliran pemain-pemain Terengganu yang cedera

  • 110": Ahmad Nordin Alias menjaringkan gol untuk Terengganu dan dikenakan kad kuning akibat meraikan gol dan melambat-lambatkan permainan. Nordin sebelum ini menggantikan Ismail Faruqi

  • 107": Sepakan percuma dari sebelah kiri luar petak penalti oleh Ashaari dapat ditumbuk keluar oleh Fahmi

  • 106": Kad kuning diberi kepada Rizal Fahmi kerana menaikkan kaki bagi menyekat pemain Terengganu

  • 105": Separuh masa pertama masa tambahan tamat dan 15 minit lagi akan bermain, jika keputusan masih seri, kemenangan akan ditentukan dengan sepakan penalti

  • 100": Manaf dapat mengelecek pemain pertahanan Kelantan tetapi rembatan beliau tersasar liar

  • 97": Percubaan jauh Terengganu sedikit tersasar di atas palang gol

  • 96": Pemain-pemain kelihatan keletihan dan masa tambahan menyaksikan Terengganu lebih menguasai permainan

  • 92": Terengganu membuat banyak serangan dan so far pertahanan Kelantan dapat menjaga kubu

  • Masa tambahan separuh masa pertama dimulakan dengan Terengganu membuat sepakan mula

  • Separuh masa kedua tamat dengan Kelantan 1-1 Terengganu. Perlawanan disambung dalam masa tambahan. Jom tengok gol Nurul Azwan Roya

  • 98": Daudsu menjaringkan gol sendiri walaupun sebelum ini Khairul Fahmi telah menyelamatkan keadaan

  • 95": Matyo dijatuhkan just di luar kotak penalti dan sepakan percuma dipersia-siakan oleh Kelantan

  • 94": Tambahan 4 minit lagi sebelum permainan tamat

  • 92": Sepakan percuma Terengganu terkena palang gol. Masa tambahan adalah sebanyak 4 minit. Pemain Kelantan, Shakir dibawa keluar dan Khairan Eroza dibawa masuk

  • 90": Subramanian (Kel) mengalami kecederaan dan Rizal Fahmi menggantikan beliau. Bagi Terengganu pula, Hadi dibawa keluar digantikan

  • 86": Marzuki (Terengganu) dilayangkan kad kuning setelah membuat tackle keras ke atas Chanturu. Sepakan percuma dapat ditangkap kemas oleh Sarbinee

  • 85": Tinggal 5 minit lagi permainan, Kelantan menggandakan serangan. Tendangan Matyo dapat diselamatkan oleh Sarbinee

  • 80": Nurul Azwan Roya menjaringkan gol dengan larian cantik dan meloloskan diri dari peangkap offside, thanks to hantaran yang berkualiti oleh Shakir

  • 78": Tangkapan yang tepat oleh Sarbinee setelah Nurul Azwan Roya membuat hantaran yang cantik

  • 75": Shakir diberi kad kuning setelah 3 kali membuat tackle, kali ini ke atas Manaf lagi

  • 71": Shakir membuat tackle ke atas Manaf. Manaf diusung keluar. Usung le semua orang!!!

  • 70": Daudsu (Kel) diberi kad kuning setelah tackle dari belakang ke atas Ashaari. Ashaari diusung keluar

  • 68": Pertukaran pertama Terengganu, Ismail Faruqi dibawa keluar dan Ahmad Nordin Alias dibawa masuk

  • 67": Satu percubaan yang baik oleh Ramzul dan muntahan bola tidak dapat disempurnakan untuk kali kedua

  • 63": Ramzul (Kel) dibawa masuk menggantikan Izuan. Harap dapat memperbaiki barisan tengah Kelantan

  • 61": Percubaan Manaf dapat dikeluarkan oleh pemain pertahanan Kelantan. Sepakan sudut oleh Joseph Kallang tidak mendatangkan hasil

  • 56": Sepakan cantik oleh Joseph Kallang dapat ditepis keluar oleh Fahmi dan sepakan penjuru Abdul Hadi dapat ditengkap kemas oleh Fahmi

  • Permainan disambung kembali setelah dihentikan lebih kurang 5 minit

  • 51": Pemainan dihentikan seketika akibat balingan objek @mercun ke pintu gol Terengganu, Sarbinee semasa Kelantan melancarkan counter-attack!!!!!

  • 50": Bahagian pertahanan Kelantan kucar-kacir setelah serangan-serangan oleh pemain-pemain Terengganu tetapi bernasib baik akibat sepakan sedikit tersasar

  • 49": Sepakan percuma oleh Zairul Fitree ditanduk oleh Piya yang meloloskan diri tetapi sedikit tersasar

  • 48": Ismail Faruqi (Ter) mendapat kad kuning setelah membuat terjahan ke atas Nurul Azwan Roya

  • 47": Rembatan kaki kiri Ashaari sedikit tersasar setelah pemain Kelantan gagal mengawal beliau

  • Separuh masa kedua baru sahaja bermula dengan Terengganu membuat sepakan mula

  • Setelah 2 minit masa tambahan tamat, keputusan separuh masa pertama berkesudahan Kelantan 0-0 Terengganu. Jumpa lagi dalam masa 15 minit. Ingin space yang lebih besar?

  • 45": Sepakan percuma dari sebelah tepi kiri diambil oleh Azwan Roya tetapi dapat dikeluarkan oleh Sarbinee

  • 41": Hantaran cantik oleh pemain Terengganu dan tidak dapat ditepis cantik oleh Apex dan nasib baik tidak dapat dimanfaatkan oleh Ashaari

  • 40": Percubaan yang sangat cantik so far oleh Kelantan setelah 40 minit permainan daripada Matyo tetapi dapat diselamatkan dengan cemerlang oleh Sarbinee

  • 37": Bahagian tengah Kelantan semacam tidak begitu berfungsi dan banyak dikuasai oleh Terengganu

  • 35": Lompatan yang berbahaya oleh Dausdu ke atas Manaf dan sekali lagi Kelantan bernasib baik

  • 35": Subramaniam (Kel) bernasib baik setelah tidak dikenakan apa-apa kad setelah membuat terjahan yang kuat ke atas Manaf

  • 32": Abdul Manaf (Terengganu) dikenakan kad kuning akibat membuat sepakan tinggi mengenai Chanturu

  • 31": Sepakan sudut Terengganu dapat ditumbuk keluar oleh Fahmi

  • 28": Sepakan yang cukup lemah oleh Izuan dapat dikeluarkan oleh pemain Terengganu

  • 27": Joseph Kallang dibawa keluar setelah ditackle oleh Nurul Azwan Roya

  • 25": Piya mengambil sepakan percuma tetapi tersasar di atas palang gol

  • 24": Kelantan mendapat sepakan percuma just outside kotak penalti setelah Matyo dijatuhkan oleh Ismail Faruqi

  • 22": Joseph Kallang-Ashaari-Abdul Hadi-Manaf sangat berbisa dan Kelantan perlu berwaspada dengan gandingan ini dan mengatur serangan dan menggerakkan bahagian tengah dengan lebih baik

  • 20": Rembatan Abdul Hadi sekali lagi dapat diselamatkan oleh Apex, pemain pertahanan Kelantan sedikit lalai

  • 18": Nasib baik Apex keluar untuk menghalang bola kalau tidak Abdul Hadi kemungkinan besar dapat peluang untuk menjaringkan gol

  • 15": Tackle cantik oleh Subramaniam dari sebelah kiri bagi mengelak penggempur Terengganu memasuki kotak penalti Kelantan

  • 13": Matyo mendapat peluang tetapi sukar untuk membolosi setelah ramai pemain mengawal beliau dan tiada sokongan dari pemain Kelantan lain

  • 10": 10 minit berlalu dan Khairul Fahmi telah beberapa kali dicuba tetapi penjaga gol Terengganu, Sarbinee belum lagi dicuba

  • 8": Permainan malam ini nampak laju kerana masing-masing ingin mencari gol pendahulu. Kad kuning pertama malam ini diberi kepada Farisham setelah tackle dari belakang ke atas Manaf (jersi 20)

  • 4": Terengganu membuat banyak serangan dari sebelah kanan oleh Joseph Kallang. So far penguasaan permainan adalah Terengganu 55% dan Kelantan 45%

  • 3": Serangan balas Terengganu dapat dikeluarkan oleh Farisham dan sepakan sudut pertama Terengganu dapat ditangkap kemas oleh Fahmi

  • 2": Kelantan mendapat sepakan sudut pertama setelah serangan Norshahrul (Matyo) dikeluarkan oleh pemain pertahanan Terengganu. Sepakan sudut pendek diambil oleh Badri (Piya) dan dikeluarkan oleh Terengganu

  • Kelantan membuat sepak mula dengan memakai jersi berwarna merah manakala Terengganu colour putih

  • Agong, Sultan Kelantan, Menteri Besar Kelantan, Menteri Besar Terengganu dan juga Timbalan Presiden FAM adalah antara tetamu terhormat yang hadir malam ini

  • Kesebelas utama @lineup untuk perlawanan malam ini. Just take note lineup untuk Kelantan terdapat kesilapan. Penyerang sepatutnya Izuan dan Badri (Piya) bahagian tengah dan Chanturu sayap kanan


  • Mengikut Berita Harian, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan esok sebagai cuti umum di Kelantan bagi memberikan peluang kepada anak-anak Kelantan pulang dengan selesa

  • Gambar di Stadium Bukit Jalil @4.45 petang

Hari ini, 11 Jun 2011 perlawanan final @akhir Piala FA akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pasukan manakah bakal merangkul kejuaraan, Kelantan atau Terengganu? Sama-sama kita nantikan Kelantan vs Terengganu. Bagi yang tak berpeluang untuk ke stadium, bolehlah tengok siarang langsung @live melalui Astro Arena channel 801 dan juga RTM @TV1. Sepak mula akan berlangsung pada 8.45 malam.

Barisan kemungkinan (credit: The Star) Kelantan vs Terengganu malam ini. Lineup agak seimbang bagi kedua-dua pasukan dan saya percaya mereka adalah yang terkuat dalam team masing-masing. Antara pemain-pemain yang dijangka menjadi tumpuan malam ini:
  • Kelantan
    • Khairul Fahmi Che Mat
    • Norshahrul Idlan Talaha
    • Mohd Badri Mohd Radzi
    • S. Chanturu
    • Mohd Nurul Azwan Roya

  • Terengganu
    • Mohd Sarbinee Allawee Ramli
    • Abdul Hadi Yahya
    • Mohd Ashaari Shamsuddin
    • Abdul Manaf Mamat
    • Ismail Faruqi Asha'ari
Kita tunggu keputusan semasa @terkini perlawanan final @akhir Piala FA Kelantan vs Terengganu.

10 comments: