Dua minggu yang lepas Hentian Bas Puduraya dibuka semula setelah ditutup untuk proses pembaikan dan pengubahsuaian. Bebarapa hari yang lepas kebetulan pergi ke Hentian Puduraya untuk melihat sendiri keadaannya.
Memang tidak dinafikan ianya cukup berbeza dengan sebelumnya, tempat menunggu bas sungguh selesa dengan banyak kerusi yang disediakan.
Kaunter tiket pula memang tersusun dan dilengkapi dengan karpet yang cantik. Harap-harap lepas ini keadaan dapat dikekalkan terutamanya dari aspek kebersihan. Kita tengoklah nanti musim perayaan dan cuti sekolah sama ada ianya dipenuhi dengan "ulat-ulat" tiket ataupun tidak.
Kedai-kedai yang menjual makanan, minuman dan bahan bacaan pun tersusun kemas tetapi masih banyak lagi kedai yang tidak dibuka. Di samping itu, banyak skrin yang memaparkan waktu perjalanan disediakan di tempat-tempat yang strategik.
Yang nampak perbezaan sangat ialah kehadiran sekuriti yang menjaga keselamatan orang ramai. Kalau tak silap setiap tingkat lebih daripada 30 orang petugas.
Berdekatan dengan pintu masuk Hentian Puduraya juga ada pondok polis. Memang sangat bagus.
Kaunter pertanyaan juga ada disediakan untuk orang ramai membuat pertanyaan. Yalah nak buat apa lagi, takkan nak letak beg kot.
Tingkat bawah adalah terminal bas yang mempunyai nombor yang jelas bagi memudahkan orang ramai mencari bas.
Mesin pengeluar wang automatik (ATM) masih belum ada lagi walaupun tempat khas ada disediakan. Telefon pun sama juga. Tempat makan di tingkat 4 masih dalam proses pengubahsuaian. Pejabat pos tak sure ada ke tak tapi macam tak ada aja.
Anyway secara keseluruhan, memang bagus dan yang penting memberi kemudahan kepada orang ramai. By the way kadar parking adalah RM3.00 untuk sejam pertama dan RM2.00 untuk sejam berikutnya.
dah lama tak pergi, heheh..
ReplyDeletenampak kemas dan tersusun. dah ala-ala airport jugak la ni yer..
ReplyDeletetp kenapa la guna karpet kt tempat2 bakal crowded mcm ni, mcm tak sesuai je.
berbeza btol dgn yg dulu..
ReplyDeleteBagus banget....
ReplyDeleteHandphone untuk orang buta
bagusla kan... dah canggih manggih begini
ReplyDeletemmg beza sangat dari yg dulu... baguslah untuk kemudahan semua...selesa sangat nih~
ReplyDeletehuhuhu, hentian putra & jalan duta bila pulak nak upgrade yer....
ReplyDeleteada lagi tak bau asap bas? itu yang paling aku tak tahan kalau masuk puduraya dulu2.
ReplyDeletebagus la bro buat coverage kat sini.....tempat tu skang dah ada aircond kan...arap2x kedai makan tu tidak lagi dikuasai peniaga indonesia... huhuhu
ReplyDeletedah mcm airport tgk..hope xde ulat tiket lagi..kite tunggu raye nnti mcm mane...hehe
ReplyDeleteperghhh...cantik giler.kelas nya.teringin nak pergi...
ReplyDeletememang lain sangat la..cantik dah sekarang..parking tu mmg mahal macam tu ke dulu?
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeleteTransformasi yg lebih baik dari dahulu.
Jom join
http://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/04/contest-ga-sempena-dua-hari-di-shangri.html
Klu jawapan ada dlm foto. Cobain.
dah lm tinggalkan dunia bas..5tahun berlalu...dulu selekeh jer puduraya..tpmt yg agak menakutkan jugakla...
ReplyDeletebaru je lps lali smlm
ReplyDeletedah lama tak pergi, klu pergi mesti sesat agaknya :-)
ReplyDeletedah lama juga tak pergi kat hentian puduraya.
ReplyDeleteSemasa muda belia dulu selalu ke Hentian Puduraya ni.. Hentian lama..
ReplyDeletedah lama x pegi. dulu selalu singgah sini
ReplyDeletekemudahan utk org OKU cemana? memuaskan ??
ReplyDeletemastura: sorry to say that tak nampak pun ada kemudahan untuk OKU, maybe kena sahkan dengan pihak puduraya
ReplyDelete