Pages

Saturday, March 5, 2011

Safee Sali Jaring Gol Kemenangan Pelita Jaya Dalam Penampilan Sulung @5 Mac 2011

credit: detiksport

Bekas penyerang Selangor, Safee Sali menjaringkan gol sulung @kemenangan bagi kelab barunya, Pelita Jaya menentang Sriwijaya FC dalam Indonesia Super League (ISL) pada 5 Mac 2011 (Sabtu). Gol Safee Sali untuk Pelita Jaya dalam youtube.

Dengan kemenangan 1-0 di tempat sendiri, Pelita Jaya melonjak dari tangga terbawah (15) ke tangga 13 (berkongsi 13 mata dengan Persela Lamongan tapi perbezaan jaringan gol). Sriwijaya FC menduduki tangga ke-6.
Perlawanan ini adalah perlawanan pertama di dalam pusingan kedua liga setelah sebelum ini setiap pasukan telah bermain sebanyak 14 permainan. Keputusan terkini menggembirakan banyak pihak.

Tahniah diucapkan kepada Safee Sali. Semoga beliau dapat mengharumkan nama Malaysia di luar negara dan juga membantu Pelita Jaya meningkatkan kedudukan di dalam ISL. Jom sambil-sambil kita meraikan penampilan sulung Safee Sali, kita minum milo dan menangi pelbagai hadiah termasuk iPad, iPhone dan macam-macam lagi.

credit: wikipedia

6 comments: