Pages

Tuesday, March 29, 2011

Belanja Berhemah Atau Belanja Berhemat?

Semalam ada baca Kosmo article bertajuk "Belanja berhemah semasa kempen turun harga". Memang kita sering guna perkataan berhemah. Tapi tahukah kita apa perbezaan berhemah dengan berhemat? Kadang-kadang saya pun tersilap guna. Jom kita tengok definasi daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
  • Berhemah: berbudi pekerti (yang mulia)

  • Berhemat: berjimat, bercermat, berhati-hati, berjaga-jaga
Kalau kita cakap berbelanja berhemah, ini bererti berbelanja dengan budi pekerti yang mulia. Macam mana ya nak berbelanja macam tu?

17 comments:

  1. editor diorang tak semak betul-betul tu, heheh..

    ReplyDelete
  2. yeap.... kekadang tu typing error kat online new diorang tak perasan...

    ReplyDelete
  3. hehe.. rajin awak godek2 ye :-P

    ReplyDelete
  4. heheh..saye sendiri tak tahu beza die..

    ReplyDelete
  5. kene bersopan santun n berlemah lembut le masa membeli ..hu3...

    ReplyDelete
  6. Bm tu tak semudah yang disangka..

    ReplyDelete
  7. Akhbar Bahasa Melayu pun guna Bahasa Melayu yang tak betoi ...macam mane tu???

    ReplyDelete
  8. bershopping secara sopan santun.. jgn rebut2...ehehheh

    ReplyDelete
  9. Belanja awek dengan berhemah baru ikhlas..hehe!

    ReplyDelete
  10. Hehehehe...ada perbezaan rupanya yer, baru tau ^_^

    Kalau BARU dgn BAHARU ada beza gak ker?

    ReplyDelete
  11. agaknya, tawar-menawar dngn cr yg baik kot..
    hehe..
    tp TK seorang yg boros bblanja..

    ReplyDelete
  12. itulah, fikir macam sama rupa-rupanya lain

    ReplyDelete