Pages

Tuesday, February 8, 2011

Penyerang Malaysia, Safee Sali Sah Ke Pelita Jaya, Indonesia

Mengikut kosmo, penyerang Malaysia yang juga menjadi penjaring terbanyak semasa Piala AFF Suzuki 2010 sah ke kelab bola sepak Indonesia, Pelita Jaya. Safee Sali akan mengikat kontrak selama setahun bersama Pelita Jaya iaitu sehingga 31 Januari 2012.


"Perlawanan antara Selangor dengan Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu ini akan menjadi perlawanan terakhir buat Safee dengan Selangor."

Mengikut laman web Liga Indonesia, Pelita Jaya berada di kedudukan tercorot @terbawah di dalam Indonesia Super League (ISL) dan perlawanan terakhir pada 6 Februari 2011, menyaksikan Pelita Jaya kalah 0-1 kepada Persib Bandung hasil jaringan Gonzales.

Mengikut thestar, Safee Sali bakal menerima gaji sebanyak USD10,000 (RM30,360) sebulan di Pelita Jaya. Rasanya gaji terbaru ini dua kali ganda gaji yang diterima Safee Sali di Selangor.

Apa-apa pun semoga Safee Sali mendapat kejayaan dan pengalaman yang berharga apabila berada di Indonesia nanti agar ianya dapat membantu skuad bola sepak Malaysia memperbaiki mutu permainan keseluruhannya.

17 comments:

  1. tahniah safee..aku ingatkan dia nk pegi persib bandung...

    ReplyDelete
  2. PELITA JAYA FC MERUPAKAN KELAB MENDUDUKI KELAB TERBAWAH LIGA SUPER INDONESIA.. HARAP LEPAS SAFEE SALI KE SANA, BOLEH MELONJAKAN KELAB TERSEBUT..

    ReplyDelete
  3. tu la.. tadi dengan kat hot fm.. isk iskkk sedih lak dia pegi sana

    ReplyDelete
  4. kawan setuju sangat pemain2 kita dapat bermain kat luar negara. tapi sebolehnya biarlah tempat yang tu yang boleh meningkatkan lagi mutu permainan mereka & dapat belajar sesuatu. penting untuk jangka masa panjang serta generasi akan datang

    ReplyDelete
  5. Tahniah safee sali.cuma kenapa pasukan tercorot yang dipilih?apapun,kalau untuk kebaikannya,bagus juga kan..semoga dia lebih mantap..

    ReplyDelete
  6. ya la..ingat dia pi persib bandung..tp sy sokong dia pi sana..at least, ade platform....

    ReplyDelete
  7. bagus tu...dpt experience & exposure...

    ReplyDelete
  8. Dah tertulis itu rezeki dia. semoga dia terus succes kat sana...:)

    ReplyDelete
  9. Semoga berjaya buat Safee di Pelita Jaya....tak kesahlah ke mana dia pergi, kalau dia pemain yang berkualiti, ke mana saja dia pergi pasti akan berjaya...jaga nama Malaysia!

    ReplyDelete
  10. perghh...banyak betul gaji kat indon..pasukan corot sampai RM30000..gud luck to safee

    ReplyDelete
  11. kurang minat bola..
    suka ragbi..
    hehe..

    ReplyDelete
  12. kalau gaji besar, haruslah direbut... cukup setahun, balik laa semula ke malaysia, lepas dah kutip semua pengalaman kat sana... ya..?

    ReplyDelete
  13. ADa yg setuju & ada gak yg bangkang pasal penghijrahan SS nih. Apa2 pon semoga ss berjaya di sana.

    ReplyDelete