Pages

Tuesday, January 4, 2011

Cerita Hari Pertama Persekolahan Darjah Satu 2011

Nak share mengenai cerita hari pertama persekolahan murid darjah satu tahun 2011. Tengok ramai betul murid yang berkumpul mendengar taklimat daripada cikgu. Dalam ramai2 murid yang berada di perhimpunan ini, tertarik dengan seorang pelajar tahun satu yang dok kat belakang tu dalam kotak merah. Jom kita tengok apa dia buat.

Oooooo rupa-rupanya asyik main dengan pencil case arnab tu, asyik pegang-pegang dan buka-buka pulak. Memang suka betul main dengan benda alah tu. Kawannya kat depan tu pun minat sama.

Ni lah situasi di kelas Afiqah yang baru aja masuk darjah satu tahun ini, 2011. Tugasan pertama ini mewarna. Memang sungguh tekun pelajar-pelajar menggunakan kemahiran mewarna. By the way, tahun 2011 bermula dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sebelum ini adalah menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Apa itu KSSR? Nak tahu lebih lanjut mengenai KSSR boleh rujuk sini. Yang saya tahu:
  • pelajaran Matematik dan Sains sekarang ini diajar dalam Bahasa Malaysia kembali
  • mata pelajaran Sains ditukar kepada Dunia Sains dan Teknologi
  • mata pelajaran Matematik dikurangkan satu masa dan Inggeris ditambah satu masa (30 minit)
  • terdapat juga mata pelajaran elektif yang diajar di sekolah, i.e. Bahasa Arab dan Bahasa Cina (pilihan)
  • Ianya bagi meningkatkan kualiti pendidikan rendah
By the way, ni mak bapa yang tengah beratur untuk membeli buku-buku. Memang lama le menunggu sebab tu suka beli awal-awal lagi.

Mak bapa menunggu di kantin menantikan anak-anak yang akan keluar masa waktu rehat. Tapi ada juga yang menunggu di luar kelas untuk melihat sendiri anak-anak mereka.

Ni gambar Danish (sebelah kiri) yang berada di darjah tiga tahun ini. Secara keseluruhan sesi hari pertama berjalan lancar. Ada le seorang dua budak-budak yang masih menangis pergi ke sekolah.

20 comments:

  1. Sungguh meriah melihat keletah murid murid memasuki tahun 1..

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tunggu ank masuk sekolah..huhu..afiqah ok je kan

    ReplyDelete
  3. seronoknye tgk budak2 masuk sekolah, teringat zaman dolu kala, hehehe! eh,cute je cara bdk pompuan main pencil case arnab dia tu, hahaha :)

    ReplyDelete
  4. sonok tgk style bdk2 drjah 1 masuk skolah..cam kiut je...:-)

    ReplyDelete
  5. teringat masa darjah satu dulu...gementar abis..nasib baik x nangis..hehe..

    ReplyDelete
  6. Aku lupa pengalaman aku masuk sekolah..

    ReplyDelete
  7. mesti ramai mak ayah yang duduk dekat sekolah juga semalam... aku teringat zaman aku g sekolahlah..hehehe

    ReplyDelete
  8. macam-macam ragam kan?
    tengok berita di tv teringat pula masa kecik2 dahulu.

    suke je daniel posing :)

    ReplyDelete
  9. wahhh... dah masuk sekolah rendah..! bila anak2 masuk sekolah rendah, bukan anak2 je rasa lebih dewasa... mak ayah pun terasa lebih 'dewasa'... dalam hati dah sekolah dah anak aku nih.. huhu hu

    ReplyDelete
  10. tak lama lagi jumpa la kwn baru tu

    ReplyDelete
  11. parents pon sama2 nervous nk masuk sekolah kan..

    ReplyDelete
  12. tahun ni tahun pertama nana duk ground floor. selama ni duk tingkat atas. dah darjah 3... hehe. sonok tengok adik membesar

    ReplyDelete
  13. alahai, comelnya budak yang main pensel case tuh. pandai amik gambar. excited jugak hari pertama sekolah dulu tapi sayangnya dah habis sekolah dah.

    Latest Entri :
    Saya Minta Maaf, Maafkan Saya

    ReplyDelete
  14. Harap dasar pendidikan Malaysia lebih teratur selepas ini...


    Bahana dadah

    ReplyDelete
  15. rindu pulak zaman-zaman sekolah dulu. Hmmm..waktu sekolah, malas, dah kerja baru ingat nak sekolah.haish

    ReplyDelete
  16. hehe..bukan main seronok lagi budak-budak bersekolah...

    ReplyDelete
  17. Selamat kembali ke sekolah Afiqah dan Danish! Belajar rajin - rajin na..

    ReplyDelete