Pages

Sunday, December 12, 2010

Suami Bercinta Melalui Facebook

Di dalam harian metro ada persoalan mengenai suami bercinta melalui facebook. Berikut adalah persoalan yang diutarakan oleh salah seorang pembaca:

"SUAMI saya mengadakan hubungan terlarang dengan isteri orang di laman sosial Facebook, baru-baru ini. Hubungan mereka sampai ke tahap mengadakan hubungan seks.

Wanita berkenaan memuat turun beberapa gambar seksinya untuk tatapan suami saya.

Saya juga dapat mengesan hubungan mereka melalui telefon bimbit.

Sehingga kini saya masih dihantui kandungan e-emel dan gambar perempuan itu. Macam mana saya hendak lupakan semua itu dan mengembalikan kasih sayang suami saya demi anak saya yang masih kecil"

Bagi saya facebook ni ada kebaikan dan juga keburukan. So kita kena pandai untuk menggunakannya. Kalau rasa ianya lebih mendatangkan keburukan, baik tak usah berfacebook. Satu lagi gambar-gambar tak perlulah kita letak sebab bila aja kita "accept friends" ataupun kawan kepada kawan kita boleh access gambar kita yang berada di dalamnya jika kita tak set security.

Satu lagi ramai yang menggunakan facebook untuk chatting, bertukar-tukar pandangan or perasaan, berkongsi masalah dan macam-macam lagi. So sekali lagi, pandai-pandai le kita guna kemudahan IT ni. Apa pandangan semua?

19 comments:

  1. yups
    sokong
    kalau kita guna ke arah positif maka hasilnya positif dan begitulah sebaliknya

    P/S : Hai Akak Dan Abang Artis! Kamu Suka Menulis Cerpen? Ada Contest Untuk Kamu!

    ReplyDelete
  2. hahah..dah baca cita nie dalam paper

    ReplyDelete
  3. Kawan saya pun kena camnih jugak. Nak salahkan internet,faebook dan dunia tanpa sempadan tak boleh.., sebab dunia mesti bergerak seiring perkembangan semasa dan teknologi, baru berjaya. Yang penting kita pandai gunakannya dah. berfacebook boleh tapi biarlah berpada.

    ReplyDelete
  4. setuju bro, ada baik & buruk. terpulang pada individu untuk menggunakannya.

    ReplyDelete
  5. mmg byk keburukan dari kebaikan fesbuk ni

    ReplyDelete
  6. kebelakangan ni kat paper pun banyak memperkatakan isu2 berkaitan berfesbuk...katanya antara penyebab kpg masalah r/tangga & perceraian. Hmmm...ntah la.

    ReplyDelete
  7. sbb tu la mak x der FB dan tak sokong kalau my pakcik nak bukak FB..hahaha!

    Mencegah lbh baik dr mengubati!

    ReplyDelete
  8. hehe...
    dni tak berFB hingga sekarang

    ReplyDelete
  9. kena pandai guna. sentiasa kena ingat ada batasan dalam setiap perbuatan

    ReplyDelete
  10. bile fb digunakan dgn salah..mcm ni la jd nye!huhu,,

    ReplyDelete
  11. Facebook ibarat pisau.

    Bagus kalau guna utk potong sayur, ikan, daging dll.

    Tapi jadi haru biru kalau digunakan utk tikam orang.

    Betul?

    ReplyDelete
  12. Kalau gnakan untuk kebaikan maka tak jadi perkara yang buruk =)

    ReplyDelete
  13. Nasib baik saya ngan suami kongsi facebook, tu pun dia xreti dan x minat dengan facebook :P, kadang2 saya yg tolong bukakan facebook utk dia...ehehe

    tp tulah memang betul facebook nie ada baik dan buruknya, kalau guna dnegan betul memang bnyk faedahnya, kalau guna utk yg negatif memang melampau2 negatifnya, tgk macam kes tu sampai ke tahap nak buat hubungan seks...NAUZUBILLAH!!


    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  14. facebook semakin tak selamat. pros makin kurang n cons makin byk.

    jom ke my blog, baca Aktiviti Malam Minggu

    ReplyDelete
  15. semua sebab dunia sekarang dah TERBUKA..
    OPEN..

    kalau dah open, apa lagi kan..?

    ReplyDelete
  16. Jangan letakkan diri dalam bahaya..

    ReplyDelete
  17. Sharinginfoz; IT x salah, tp cara penggunaanya tu yg kdg2 salah.....

    ReplyDelete
  18. dah macam2 hal dengan facebook ni. jadi, semua mesti hati2 & beringat

    ReplyDelete