Pages

Thursday, November 18, 2010

Tips @Petua Dapat 5A UPSR

Ini bukan tips daripada saya sebab anak masih belum peringkat menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tetapi dapat from seorang uncle yang mana anaknya dapat 5A baru-baru ini:
  • Pemakanan sangatlah penting
    • Amalkan makan kismis or kurma di pagi hari sebelum menjamah apa jua makanan. Kan kita tahu ianya banyak khasiat termasuk meningkatkan daya ingatan
    • Susu juga perlu diambil dalam menu kita, selalu le ada minuman ini, tak kira le susu kotak ke, susu bancuh ke, susu apa-apa le
    • Elakkan makan junk food (alamak yang di selalu aja diberi) dan juga air berkabonat (air gas sesetengah orang panggil). Tapi kadang-kadang bolehlah maklumlah bila kita pergi kat fast food layan aja benda alah ni

  • Tumpuan dalam kelas sangat penting, yang ni tak tahu le agaknya macam mana uncle tahu sama ada tumpuan diberi ke tak. Apa-apa pun, bila kita fokus apa yang guru ajar, mudahlah kita ingat

  • Homework perlu disiapkan dengan secepat yang mungkin, so jangan suka tangguh-tangguh. Selain daripada itu, latih-tubi or latihan dengan menggunakan buka tambahan yang boleh kita beli kat kedai pun perlu dibuat. Banyak kali kita buat mudahlah kita fahami subjek tu. Anak uncle tu tak pun pergi tuisyen

  • Tidur mesti awal, maybe dalam pukul 10.00 malam paling lewat. Kalau tidur awal, bangun pun awal so minda kita tak le terburu-buru kan, tenang sentiasa

  • Kena awasi anak-anak dengan sebaik yang mungkin, maklum sekarang ni banyak benda yang boleh melalaikan, i.e. internet, TV dan macam-macam lagi le. At the same time, kita beri le mereka access teknologi ni tapi dengan monitoring daripada kita

  • Pergaulan pun sangat penting sebab kawan kita akan mempengaruhi cara mereka bertindak or berfikir. So pandai-pandai le cari kawan

  • Ambil tahu mengenai pelajaran anak-anak. Kalau boleh rapport @hubungan dengan guru penting, boleh kita bertanyakan khabar mengenai anak-anak di sekolah, apa masalah diaorang dan juga menunjukkan kita care mengenai pelajaran mereka
Rasanya itulah sedikit sebanyak yang saya ingin share, jangan malu-malu boleh tambah.

22 comments:

  1. Waaahhhh...tip yg sangat berguna untuk mak persiapkan diri anak sulong tu ngadap UPSR next year.

    P/s: Anak rileks je, mak plak yg terlebey hover bila pikir UPSR!! Hihihi...

    ReplyDelete
  2. Sharinginfoz: part makanan segera tu yg payah sikit nak elak tu.......hu3....

    ReplyDelete
  3. kena betul2 monitor anak la ni kan..
    pasal tgk tv internet tu mmg susah sket la kan.

    ReplyDelete
  4. :) jangan kasi tengpk tv banyak2 heeeee

    ReplyDelete
  5. selalunya apabila pelajar tumpukan perhatian dalam kelas, insyaAllah dia dapat score.

    ReplyDelete
  6. ni bukan utk upsr je ni..utk segala exam yg ada dalam mesia dan luar mesia pon boleh apply tips ni

    ReplyDelete
  7. rasanya boleh diaplikasikan untuk semua student yang nak amik exam nie....

    ReplyDelete
  8. setuju sgt2..my son exam dia merosot sbb main ps!! huhuhuhu

    ReplyDelete
  9. kalau saya pulak, jangan paksa anak-anak belajar.
    biar diorang rasa belajar itu keperluan dan dalam masa yang sama, sesuatu yang menyeronokkkan.

    ReplyDelete
  10. memang kebanyakkan tip yang diberi memang betul..tapi tak usahlah di dera kanak-kanak dengan tuisyen sampai nak rehatkan minda pun tak boleh...dah kira cam penderaan tau

    ReplyDelete
  11. Heheh..dulu masa kecik2 selalu buang air susu yang ayah bancuh kat dalam sinki sebab tak suka. last2 kantoi. haha

    ReplyDelete
  12. kalau den biar anak belajar dengan tenang
    tv kena bagi tgok juga
    kang jadi tension
    dunia sekolah sekarang sangat tension
    dari pagi sampai ke malam asyik belajar jer

    P/S : Gua Rasa Bangga Jadi Pengambil Daging Terakhir Tadi..Muahahahaha!

    ReplyDelete
  13. bukan untuk UPSR sahaja.. seelok2nya dijadikan amalan dari kecil dan selamanya..

    ReplyDelete
  14. tips yang bagus untuk di praktikkan..thanks bro..more tips like this plzzz...

    ReplyDelete
  15. waaa..ini sudah bagus utk budak2 nih...nice infoz

    ReplyDelete
  16. Tahun Nie saya Upsr..Harap2 berkesanlah tips ini...Aminnn....

    ReplyDelete
  17. good luck in your UPSR dear.....jangan tinggal solat..jaga hati semua orang..insyaAllah bule berjaya....jangan mengharapkan cikgu 100% dalam mendidik..usaha dari diri sendiri juga perlu... :)

    ReplyDelete