Pages

Friday, October 29, 2010

Pilihan Juara Piala Malaysia: Keputusan Kelantan 2-1 Negeri Sembilan?

Ada baca entry "keputusan perlawanan akhir piala malaysia 2010, siapa juara? di blog teratakarmo, wow, sungguh awal teratakarmo buat entry ni, yalah malam esok kan perlawanan akhir piala malaysia kelantan vs negeri sembilan akan berlansung.

Mengikut perlawanan-perlawanan suku akhir dan separuh akhir:

Kelantan
  • Menewaskan Selangor dengan aggregate 3-0; dan
  • Menang ke atas Kedah dengan aggregate 1-0
Secara keseluruhan empat gol dijaringkan dan tiada bolos

Negeri Sembilan
  • Menewaskan Perlis dengan aggregate 4-1; dan
  • Menang ke atas Johor FC dengan aggregate 2-1
Secara keseluruhan 6 gol dijaringkan dan bolos 2 gol

Kalau kita tengok dari segi perbezaan gol Kelantan dan Negeri Sembilan adalah sama iaitu 4 gol dan nampaknya pertahanan Kelantan lebih menyerlah. So apa jangkaan anda, saya rasa Kelantan akan menang 2-1 against Negeri Sembilan. Jangan marah ya peminat Negeri Sembilan, suka-suka aja.

14 comments:

  1. walopon Negeri Sembilan juaghe bertahan.....tapi kalini Kelantan pasukan pilihan...tapi awok lagi gemo dengan coghak permainan Negeri Sembilan...... lagi best deme main dibandingkan dengan Kelate.....dan game kali ni kompen sengit..... NS nak pertahan kejuaghaan...... Kelate pulak nak tebus kekalahan taun lepaih......
    awok predik NS 2 - 1 Kelate.....maap la ye fan kelate....

    ReplyDelete
  2. tadi dni otw balik kelantan, terserempak dengan konvoi BMW kaler sama je dengan bendera kelantan otw ke KL. agaknya konvoi geng2 BMW peminat bola kot. tergamam seketika hehe

    goodluck red warrior 9err tol tak dni eja? ;p)

    ReplyDelete
  3. Jangkaan saya kelantan boleh menang tapi sehingga masa tambahan

    ReplyDelete
  4. yep, i like this prediction!!~~ gomo bena kelate!~

    ReplyDelete
  5. kita tengok sapa yang kenaa..hehe

    ReplyDelete
  6. pisang takkan berbuah 2 kali.. kelantan la kut akan menang.. heheh..

    ReplyDelete
  7. aku pilih diorang tak gaduh pun dah syukur huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. Hmmm... aku maintain sokong Kelate sebab captain kelantan - Indra Putra tue orang PERAK ... hohoho....Gomo kelate gomo....

    ReplyDelete
  9. ermm...saya sokong kelate...eh, ambo sokong kelate deh!

    ReplyDelete
  10. Insya Allah, malam esok kemenangan untuk pasukan Red Warriors

    ReplyDelete
  11. sy semestinya sokong kelate..gomo kelate gomo..!!

    ReplyDelete