Pages

Thursday, October 14, 2010

GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) Ditangguh

Berikut adalah siaran akhbar Kementerian Kewangan Malaysia berkaitan penangguhan GST:

"Kerajaan ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan.

Langkah ini diambil bagi membolehkan Kerajaan terus mengadakan rundingan yang lebih inklusif dengan semua lapisan rakyat. Kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan semua masyarakat supaya pelaksanaannya kelak diterima baik oleh semua pihak.

Walaupun ditangguhkan, GST adalah penting bagi memastikan kedudukan fiskal Kerajaan kukuh dan mapan untuk terus menyokong pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka masa panjang."

Memang setuju benar dengan langkah ini, kalau boleh tak perlu le kenakan GST memandangkan lebih banyak barang dan perkhidmatan yang akan dikenakan cukai. Maybe kerajaan perlu mencari dana dari sumber lain bagi tujuan pembangunan negara. Apa komen anda mengenai langkah penangguhan ini?

10 comments:

  1. tahniah ....
    langkah yang bijakkk.....
    dengo pendapat masyarakat....
    tapi kalo dapat bende ni tak dibaut....ghasenye lagi bagoih kot???

    ReplyDelete
  2. bagus jugak kalau dapat ditangguh. kurang beban kita sebagai pengguna.

    tehtarikmemoirs.com

    ReplyDelete
  3. Sharinginfoz: bagus jg.....pendapatan pon x byk mana....

    ReplyDelete
  4. uish bagus bebenor la tu..
    jimat sikit duit kita..:)

    ReplyDelete
  5. perlu diteruskan..ia adalah mekanisme terbaik berbanding sekarang cume penerangan yang konkrit perlu dijelaskan..
    p/s: AKU BUKAN PENIAGA tapi aku setuju GST dilaksanakan...

    ReplyDelete
  6. Sokong tangguh..kalu tiada terus lagi baik..

    ReplyDelete
  7. Sokong ditangguhkan. Rasanyanya buat masa sekarang cukai2 tue ditunda.

    ReplyDelete
  8. kena buat kajian mendalam dulu sebelum dilaksanakan. Kena make sure the prper execution of the idea..tkbleh nk tiru je org lain

    ReplyDelete