Pages

Thursday, July 8, 2010

Masalah Kewangan, Jom Tengok Sebab Apa!

Kali ini nak berkongsi mengenai sebab-sebab utama mengapa seseorang menghadapi masalah kewangan. Tak kira le, sama ada, ianya orang kaya ke, orang tak kaya ke, tua ke, muda ke, masalah ini tidak mengenal sesiapa pun.

Mereka yang bermasalah untuk membayar hutang menyatakan bahawa sebab utama kerana perbelanjaan perubatan yang sangat tinggi. Golongan ini adalah sebanyak 26%. So boleh dikatakan 1 daripada 4 orang yang menghadapi situasi. Memang betul, cuba le kalau anda sakit lepas tu pi klinik, demam biasa RM20 memang tak cukuplah. Itu tak termasuk lagi dengan pembedahan ke, pi klinik swasta ke. Sebab tu le kita digalakkan ambil insurance (ambil takaful ya).

Lagi satu sebab utama adalah pengurusan kewangan yang tak teratur. Golongan ini adalah sebanyak 25%. Bukan mudah kan nak urus kewangan, kena pulak kalau perbelanjaan selalu melebihi pendapatan. So berhutang le jawapannya. Apa kata kalau government buat satu matapelajaran khas bagi pelajar sekolah, i.e. menengah. benda ni kena terapkan lebih awal.

Yang ketiga ialah sebanyak 15% iaitu hilang kawalan penggunaan kad kredit. Ramai juga yang bankrup disebabkan credit card kan. Sepatutnya ianya sebagai mode of payment bukannya untuk kita berhutang. Kadar faedahnya sangat tinggi.

So sama-sama le kita cuba sebaik yang mungkin untuk menguruskan kewangan.

Sumber: thestar

11 comments:

  1. betul..kita kena tepuk poket, tanya pendapatan dahulu sblm buat apa2..

    ReplyDelete
  2. klu dah nama duit....selalu jer tak cukup..

    ReplyDelete
  3. bila la nak ok kewangan aku ni..ehehehhe...asyik dipinjam je...

    eh kes org pinjam dikategori tak?

    ReplyDelete
  4. kalau ada Rm 1000 habis sebulan...
    Kalu RM2000 pun boleh habis sebulan...
    Tak pernah rasa duit cukup... Ramai orang macam tue.. termasuk lah mas..

    ReplyDelete
  5. tapi semakin besar periuk,makin besar keraknya...

    ReplyDelete
  6. belanja perubatan tu bleh atasi dgn amik insurans

    ReplyDelete
  7. ermmm.seb bek x pakai kad kredit.
    setuju gak yg kos rawtan tu. demam je pun. paling cikai kena RM 50..huhu

    Latest entry : Pengakuan Terbuka : Aku Curang Pada Kekasihku!

    ReplyDelete
  8. kalau fikir gal duit, memang merana.hahaha!! neway, german kalah!!! kehkehkeh. meh lah jadi lalang :P

    ReplyDelete