Pages

Monday, May 3, 2010

Cukai /Caj Perkhidmatan (Service Charge) Kad Kredit Dah Kena Bayar

Hmmmmm dah terima credit card statement untuk bulan April 2010. Nampaknya mulai tahun ni kenalah bayar RM50 untuk service charge (caj) kan.

Ini adalah salah satu daripada inisitif (boleh ke guna perkataan ini) oleh Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan negara dan juga menjadikan rakyat lebih berhemah dari segi perbelanjaan. Tapi tak sure le sama ada Kerajaan dapat mencapai matlamat yang kedua tu sebab dengan pengenalan cukai perkhidmatan ini orang masih menggunakan kad kredit tapi saya dapat tahu yang ramai juga yang cancel kad kredit yang berlebihan.

Satu cukuplah, untuk kecemasan kan. Tapi yang penting cubalah dengan sedaya yang mungkin untuk menggunakan kad kredit bagi keperluan bukannya untuk kemewahan dan satu lagi bayar penuh dan jangan hanya bayar 5% daripada baki tu. Jadilah pengguna yang berhemah.

8 comments:

  1. kalau macam nila keadaanya baik tak payah pakai kad kredit

    ReplyDelete
  2. rebet cukai tak banyak la tahin nie

    ReplyDelete
  3. setakat ni masih belum terfikir nak guna kredit kad.

    ReplyDelete
  4. setahun 50 pun kira bnyk oo utk rakyat marhean cam sy..

    ReplyDelete
  5. Mungkin tk lama lgi aku pun perlukan kad kredit jg.

    ReplyDelete
  6. rm50 setahun ke? uish..gile mahal jugak tau..i da la pakai lbh dari satu kredit kad..mmg lepas ni i nak potong la 2 lagi tu..satu cukup la..

    ReplyDelete