Pages

Saturday, January 28, 2012

Betul Ke Skim Amanah Rakyat SARA 1 Malaysia Haram?

Saya terbaca mengenai satu entri mengenai Skim Amanah Rakyat SARA 1 Malaysia, "Hukum Skim SARA 1 Malaysia - HARAM? Penulis menyatakan ianya haram disebabkan riba @keuntungan or pulangan telah ditetap sejak awal lagi. Keuntungan yang dijamin adalah dilarang.

Saya tak nak komen dalam entri ini mengenai halal dan haram cuma diharap pihak yang berkewajipan dapat memberi penjelasan lebih lanjut terutamanya mereka yang mempunyai kelayakan shariah agar perkara ini tidak menjadi masalah di masa akan datang. Bagi kita yang beragama Islam, halal dan haram adalah sangat penting dan bukannya keuntungan semata-mata.

Saya just nak bagi sedikit rumusan mengenai ciri-ciri Skim Amanah Rakyat SARA 1 Malaysia:
  • Ianya bagi mereka yang berpendapatan sekeluarga kurang daripada RM3,000 sebulan
  • Bagi yang ingin menyertai boleh menggunakan duit simpanan atau membuat pinjaman sebanyak RM5,000
  • Program ini adalah untuk tempoh 5 tahun
  • Bagi yang guna duit sendiri, dividen akan diberi sebanyak RM134 sebulan or dalam tempoh 5 tahun akan dapat RM8,040 (RM134 X 12 X 5) tapi kalau tak ambil dividen dalam tempoh 5 tahun akan dapat RM13,000. By the way, kalau yang ambil bulan-bulan RM134, tak sure modal RM5,000 akan dapat balik ke tak?
  • Tapi bagi yang buat pinjaman, bulanan akan dapat RM50 sahaja sebab RM84 akan digunakan untuk bayar balik pinjaman.
Itulah secara ringkas mengenai Skim Amanah Rakyat SARA 1 Malaysia. By the way, saya nak bagi pandangan sedikit mengenai skim ini:
  • Kalau yang buat pinjaman tu pastikan pinjaman tersebut berlandaskan shariah
  • Kedua, kena tahu kat mana pelaburan tersebut dibuat. Kalau ianya dalam tempat-tempat yang berlandaskan Islam, baguslah tapi kalau dalam for example saham-saham yang melibatkan riba atau yang tidak dibenarkan oleh Islam, faham-faham ajalah
  • Dalam pelaburan, salah satu ciri ialah mengambil risiko, so kalau menjanjikan keuntungan di awal pelaburan ianya personally bagi saya tak berapa berminat. Kalau kita fix kadar keuntungan tak apa contohnya, 50% untuk pelabur dan 50% untuk yang melaburkan duit kita
  • Macam yang saya cakap tadi, keuntungan yang banyak bukannya menjadi perkara utama tetapi yang penting ianya berlandaskan shariah.
Sama-samalah kita fikirkan. By the way, selidiki dahulu sebelum kita memasuki dalam apa-apa pelaburan. Memang sungguh menarik jika kita labur RM5,000 dan dapat RM13,000 dalam masa 5 tahun kan? Berapa keuntungan tu? Jawapannya ialah 32% setahun. Macam mana nak kira?

[(RM13,000/RM5,000) - 1] X 100 dan jawapannya bahagi dengan 5 = [(2.6-1) X 100] / 5 = 160/5= 32%

14 comments:

  1. byk btl by the way dlm entri ni.haha.by the way thanks bg info yg berguna ni.^_^

    ReplyDelete
  2. Dengar kata, belum ada chop Shariah Compliance,,,

    ReplyDelete
  3. Maybe government patut explain dekat mana nak invest patuh syariah ke tak?

    SARA 1Malaysia tawar 32.16 peratus pulangan

    ReplyDelete
  4. Sebelum melabur kita pastikan:
    1. harta kita dari sumber halal.
    2. akad / kontrak pelaburan tidak bercanggah syarak. Tiada unsur riba, gharar, judi.
    3. Kemudian baru lihat ke mana dana itu dilaburkan.

    Benda ini perkara serius. Harap skim ini daat disemak semula. Malaysia ada ramai pakar kewangan Islam. Rugi kalau tak guna khidmat mereka.

    ReplyDelete
  5. thanks info..hermm..lama xbaca suratkabor

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Saya ingin memohon kebenaran utk exchange link bersama blog sdr. Blog saya ialah blog tentang f&b di Kedah di http://sbarakbah.blogspot.com

    Link ke blog sdr sudah pun di update di blog saya.

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. yeapp....blogger aidid mu'addib pun ade bincangkan pasal perkara nie

    ReplyDelete
  8. Baru perasan tadi....

    Terima kasih buat link ke blog saya.

    Apa pun tulisan itu adalah analisis setakat maklumat yang ada.
    Jaminan untung tetap menghasilkan riba yang akan mendatangkan dosa besar.

    Skim ini bertujuan baik, tapi harapnya boleh diperbaiki.

    Harap ada pihak yang tampil memberi penjelasan nanti.

    ReplyDelete
  9. Tapi aku rasa, bila dah terbuka untuk kaum yg berlainan agama.. maybe skim ini bukan syariah lagi...

    ReplyDelete
  10. mm..rasa terbuka untuk semua tak ada masalah. Asalkan syariah compliance.

    Dana unit trust yang syariah pun banyak juga dilanggan oleh non muslim. Malah ada juga syarikat non muslim yang pelaburannya adalah syariah compliance.

    ReplyDelete
  11. nice info... susah jgk nk komen pasal hukum ni.. serahkan pd yg pakar...

    ReplyDelete
  12. tengok mufti kata apa benda nih..

    ReplyDelete
  13. jangan main redah invest, tak ketahuan halal haramnya...merana diri di hari kemudian...

    - www.faridadam.com -

    ReplyDelete