Pages

Tuesday, December 27, 2011

OK Juga Bau Perfume Yves Rocher Naturelle

Baru-baru ini masa pi Alamanda singgah jap kat kedai Yves Rocher. Ianya ala-ala body shop. Banyak produk kecantikan ada termasuk perfume, skin care, lotion dan macam-macam lagi.

Inilah antara produk yang ada. Kebetulan ada sales sempena krismas.

So tangkaplah satu set perfume Yves Rocher Naturelle. Baunya boleh tahan juga, tak terlalu wangi dan of course baunya sangat natural. Ianya diperbuat daripada lemon, epal dan beberapa bahan yang berdasarkan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Yang pasti according to jurujual ianya tidak dicampur dengan bahan-bahan daripada haiwan seperti kebanyankkan perfume yang digunakan untuk mengekalkan bau bagi tempoh yang lama.

Untuk satu set ini EDT 75ml bersama dengan mandian @RM158, harga biasa adalah RM200++. Memang cukup sesuai produk ini bagi mereka yang tak sukakan bau yang terlalu wangi. By the way, wife memang suka dengan wangian ini.

Anyway selain daripada Alamanda Yves Rocher boleh didapati di:
  • Subang Parade LG 18, 03-5631 5311
  • Sunway Pyramid G1.116A, 03-7494 0448
  • Suria Sabah Lot G 73A, 088-488 648
  • Alamanda Putrajaya Lot G 43B, 03-8881 1658
  • Fahrenheit88 Lot 2-26, 03-2141 4872
  • Mahkota Parade - Lot KG10B, 06-2812567
  • One Utama-LotF102B, First Floor, 03-77224187

7 comments:

  1. Mak suka bau wangian yg org pakai tapi..x suka pakai pd diri sendiri.

    Ada jugak sesekali pakai tapi biasanya memang tak pakailah! Tp klu baunya gini yg lembut dah x terlalu kuat, mmg wangilah tuh

    ReplyDelete
  2. tak perasan pun brand nie... rupa2xnya dah ada banyak cawangan...kena singgah untuk test perfume nie...

    ReplyDelete
  3. mcm best je perfume ni.. harge pn ok.. klo mahal cmni msti tahan lame kn..

    ReplyDelete
  4. jocko: baunya tak tahan lama sangat, less than 6 hours kot

    ReplyDelete
  5. Tak pernah guna lagi perfume brand ini..:) nak cuba pakai lah satu hari nanti perfume ini..:)

    ReplyDelete