Pages

Wednesday, July 27, 2011

Cantik Betul Duit Syiling Baharu Malaysia

Pada awal tahun depan, 2012, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling baharu (ingat yang bukan baru sebab maknanya berbeza) untuk edaran kepada orang ramai. Anyway kalau yang nak tengok dengan mata sendiri boleh beli kat Bank Negara Malaysia HQ dan cawangan mulai 26 Julai 2011.

Memang sungguh cantik, lebih kecil, ringan bagi memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling peringatan (Commemorative Coins) ini dikeluarkan sebanyak 500,000 set pada harga RM10.

Kat depan duit tu bermotifkan 50 sen (sulur kacang), 20 sen (orang asli), 10 sen (bunga melur) dan 5 sen (destar siga). Di samping itu, ada 14 titik melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara (kecuali 50 sen).

Kat belakang duit syiling pula ada motif Bunga Raya, bunga kebangsaan Malaysia, tahun dibuat, nilai duit syiling dan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA".

Apa lagi jom pi terjah Bank Negara Malaysia untuk memperoleh duit syiling baru (oopppppsss baharu). In the mean time, tengoklah gambar-gambar ni ya sebelum anda dapat tengok di depan mata.

21 comments:

  1. wah..memang cantik..nampak moden..

    ReplyDelete
  2. awalnya diorang bawak keluar untuk edaran.. karang ader je stiling palsu.. susah mau bayar parking.. hhooho

    ReplyDelete
  3. baru jelas skit...tgk kat paper tak jelas...

    tq for de info

    ReplyDelete
  4. kenapa baharu bukan baru?
    comel duit syiling tu..macam coin nak main game kat jusco kids..hehe

    ReplyDelete
  5. mesti ringan mcm duit 200 rupiah indon nie...anyway satu pembaharuan....

    ReplyDelete
  6. tunggu ajelah dpn mata nnt

    P/s: Klu beli syiling peringatan tu, ada nilai ke klu kita nak jual blk d tahun2 mendatang?

    ReplyDelete
  7. kalau diorang keluarkan bulan pose nie boleh la buat duit raya kan....

    ReplyDelete
  8. untuk koleksi je ke atau ntuk kegunaan?..kalau tak keberatan,letak blog saya di bloglist blog ini kerana saya sudah lama letak link blog ini di blog saya dan saya pembaca setia blog ini.. ^_^

    Terhangat Dari Oven :
    Kawasan Melihat Anak Bulan Bagi Seluruh Malaysia !!
    Penjelasan PDRM Mengenai Isu baharuddin Ahmad!!

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. cantik sungguh. jangan sayang nak pergi beli sudah :)lmbt plak 2012.

    ReplyDelete
  12. memang cantik la design syiling ni. sure ramai yang berpusu-pusu ke sana nanti

    ReplyDelete
  13. wah cantek cantekk..! eh ni mmg akan ganti syiling sekarang kah..?

    ReplyDelete
  14. Assalam..
    Ingatkan dah keluar, boleh buat duit raya...

    ReplyDelete
  15. suka dengan duit syiling baru ni..nampak cantik..(:

    ReplyDelete
  16. Hime: mengikut DBP, Baru bermaksud 'just', contohnya baru tiba manakala baharu bermaksud 'new', contohnya seperti buku baharu, baju baharu dll.

    lagenda: in term of nilai tak sure le ianya lebih kepada kenang-kenangan

    hazman: ok juga bagi duit raya 50 sen

    awan fantasia: yang ni untuk koleksi sebab ianya dah ada special packaging, anyway dah letak dalam bloglist

    hans: apa kata kita ramai2 pi ke bank negara, semuanya 500,000 set mesti semua berpeluang

    izan: ya betul bermula awal tahun depan

    ReplyDelete