Pages

Sunday, July 3, 2011

Apa Ada di R&R Gua Musang, Kelantan?

Bila kita melakukan perjalanan yang jauh sudah tentu perlu berhenti sama ada mengisi petrol, makan, sembahyang, ke toilet atau macam-macam lagi. So kali ini nak bercerita mengenai kawasan rehat dan rawat (R&R) di Gua Musang, Kelantan. Kalau from KL t0 Kelantan, ianya terletak di sebelah kanan jalan raya so kenalah cross. Ianya lebih kurang 20 km selepas bandar Gua Musang.

Kawasan tempat letak kereta memang luas, tapi kalau musim perayaan memang sukar nak parking. Jangan risau beberapa ratus meter from R&R ni ada stesen minyak Shell so bolehlah refill petrol ya.

Kalau anak-anak ingin menghilangkan bosan dan penat boleh berehat di pondok dan juga makan. Di samping itu, taman permainan pun ada, mainlah puas-puas ya.

Sudah tentu, tempat makan pun ada. Inilah salah satu tujuan R&R, yalah untuk menghilangkan dahaga dan juga mengisi perut yang lapar selepas maybe 4 jam perjalanan. Lebih kurang ianya boleh memuatkan 200 orang pada setiap masa.

Ada lebih kurang 8 gerai @shoplots disediakan. Makanan ringan, air, coklat, makanan berat dan macam-macam lagi. Tapi satu aja sepatutnya suratkhabar dijual di sini.

Sebab tak nak makan heavy belilah laksam, memang murah @RM2.00 siap diisi dalam bekas ni. Rasanya so-so aja, bagi rating 7.6 out of 10. Tapi memang habis juga. kuahnya boleh tahan kepekatan tapi sedikit manis, maklumlah orang Kelantan kan, sambal lada sikit aja. Kalau nak dapat A kuah tu kena kurang manis dan sambal letak banyak sikit ya.

Surau sudah semestinya, memang luas dan tempat ambil wuduk pun selesa.

Ini juga penting, toilet, memang bersih dan dijaga. Banyak beza jika dibandingkan dengan beberapa tahun yang lepas. Di harap kebersihan ini dijaga bagi memudahkan pengunjung.

14 comments:

  1. Bab keselesan di surau & tandas memang kawan setuju sangat2. Tapi bab makan memang tak puas hati. Sebab pernah terkena mahal & tak sedap langsung.

    ReplyDelete
  2. Makin selesa dah..alhamduillah..lama dah tak singgah sini..sbb balik ikut tganu..

    ReplyDelete
  3. dh byk perubahan kt sini..dulu singgah lain

    ReplyDelete
  4. tempat dia memang nampak bersih ...dan teratur....

    ReplyDelete
  5. Sudah pergi 1x Gua Musang sana..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    waaaaaaaa balik kg tak ajak!!!!
    musim biasa sini memang ok dan selesa. kalau musim perayaan fuyooooooooooooo penuh dengan orang. nak parking pun susah.

    Bab makan, memang betul2 ikut rasa kelate punya (manyak manis kureng pedassss), cuma harga tu bila musim raya, lagi mahal dari harga KL. Sesekali je balik, bolehlah sedekah duit kat masyarakat tempatan (sejukkan hati sendiri). Kalau musim biasa (bukan cuti sekolah atau perayaan) harga dia ok, bersihpun sangat ok...

    ReplyDelete
  7. kan ramai yg lalu jalan 2,mmg patut ada kemudahan2 ni.

    ReplyDelete
  8. ICEE PUN SINGGAH TIME KE KELANTAN HAITU:)

    ReplyDelete
  9. saya tak pernah singgah sini
    walau balik kelantan selalu

    ReplyDelete
  10. r n r baru ke ni?ke dah lama?

    ReplyDelete
  11. kid: ya beberapa hari yang lalu ada hal sikit

    anyss: salam, alamak apasal tak cakap nak ikut

    solehah: dah lama dah ada

    ReplyDelete