Pages

Tuesday, April 5, 2011

Keputusan dan Kedudukan Terkini @Semasa Liga Super: 5 April 2011

Keputusan dan Kedudukan Terkini @Semasa Liga Super yang berlangsung pada 5 April 2011 setelah tamat permainan:
  • 7 gol telah dijaringan bagi perlawanan Kelantan vs T-Team setelah Kelantan bolos 4 gol dan dengan keputusan tersebut Kelantan telah jatuh ke tangga ke-3 jika dibandingkan kedudukan teratas sebelum ini

  • Selangor menang lawan Harimau Muda A dengan keputusan 2-1. Selangor melonjak ke tangga teratas manakala

  • Perak menang 2-1 vs Perlis dan naik ke tangga kedua. Perak masih mengekalkan rekod tanpa kalah. Di samping itu Perak hanya bolos 3 gol dalam 9 perlawanan

  • Kedudukan terkini Liga Super setelah perlawanan pada 5 April 2011: sumber (sokernet)


Keputusan Terkini @Semasa Liga Super yang berlangsung pada 5 April 2011 bagi separuh masa kedua:
  • Kelantan 3-4 T-Team

    Perlawanan masih diteruskan dengan Kelantan masih mencari gol penyamaan. Wisel penamat telah dibunyikan dengan T-Team mendapat 3 mata penuh. Keputusan akhir Kelantan 3-4 T-Team

    Chanturu dijatuhkan dan sepakan penalti untuk Kelantan. Gol untuk Kelantan dijaringkan tetapi tendangan penalti dibatalkan kerana pemain T-Team telah masuk terlalu awal. Tendangan kali kedua masuk tetapi tak sure siapa yang mengambilnya, Kelantan 3-4 T-Team

    81": Haris Safwan menjaringkan satu lagi gol untuk T-Team

    77": Norshahrul dilayangkan kad kuning kerana menolak pemain T-Team. Penjaga gol T-Team diberi amaran kerana melambat-lambatkan permainan. Pada separuh masa pertama dilayangkan kad kuning atas sebab yang sama

    Pada separuh masa kedua Kelantan menguasai permainan

    Kelantan mengejar T-Team dengan 2-3 setelah dua gol dijaringkan oleh Danial Fazly dan Chanturu. Sungguh sengit perlawanan malam ini memandangkan Kelantan ketinggalan 0-3 kepada T-Team, sekarang ini dah 72 minit perlawanan

  • Johor FC menang 2-1 lawan Kedah setelah 5 minit masa tambahan di tempat lawan

Keputusan Terkini @Semasa Liga Super yang berlangsung pada 5 April 2011 bagi separuh masa pertama:
  • T-Team mendahului Kelantan dengan 2-0 jaringan Zairo Anuar (minit ke-32) dan satu lagi oleh Mohd Nor Farhan (masa tambahan). Kalau keputusan ini berkekalan, Kelantan yang sekarang ini berada di tangga teratas bakal terancam sekiranya Selangor seri atau Perak menang

    Bagi perlawanan Kelantan vs T-Team boleh dengar melalui radio di trwfm

  • Selangor ketinggalan 0-1 lawan Harimau Muda A di Stadium Shah Alam

  • Perak juga bolos satu gol vs Perlis di tempat sendiri, Stadium Perak

  • Nampaknya ketiga-tiga pasukan yang berada di tangga tiga teratas Liga Super ketinggalan kepada lawan masing-masing

6 comments:

  1. fuh,.. t-team tapau kelantan.. hebat2.. cmna kedah leh kalah main home nih.. haihss..

    ReplyDelete
  2. kalah lagi nogori walaupon dah tukar coach..

    ReplyDelete
  3. xtahu la apa nsib kedah pasnie...hurm :(

    ReplyDelete
  4. yeahh,, selangor menuju puncak.. hahaha

    ReplyDelete