Pages

Thursday, April 21, 2011

Harapan Arsenal Berkecai

Nampak gayanya harapan Arsenal untuk menjulang piala Liga Perdana Inggeris musim ini berkecai setelah berkesudahan seri 3-3 lawan Tottenham Hotspur di White Hart Lane. 5 gol telah dihasilkan pada separuh masa perlawanan dan Arsenal mendahului 3-2 setelah Walcott, Nasri dan Van Persie menjaringkan gol pada minit ke-5, 12 dan 40.

Manakala dua gol Tottenham Hotspur diperoleh daripada Van de Vaart (minit 7) dan Huddlestone (minit 44). Separuh masa kedua menyaksikan Van de Vaart menyempurnakan sepakan penalti setelah penjaga gol Arsenal, Szczesny menjatuhkan Lennon di dalam kotak penalti.

Dengan keputusan ini dan kemenangan Chelsea di Stamford Bridge 3-1 lawan Birmingham, kedudukan Arsenal telah jatuh ke tangga ke-3. Memandangkan tinggal lagi 5 perlawanan sebelum berakhirnya Liga Perdana Inggeris, harapan Arsenal untuk menjulang Liga Perdana Inggeris musim ini nampaknya berakhir di sini sahaja.

Credit (keputusan dan kedudukan liga): ESPN

7 comments:

  1. huhu tgk gak rupanya.. lps tu tgk real vs barca lak

    ReplyDelete
  2. ape nak jadi dengan arsenal..elok-elok ade peluang menang empat piala musim ni..skunk dah tak dapat nak menang ape-ape musim ni.

    ReplyDelete
  3. memang aku kecewa sekarang ni.. heheh..

    ReplyDelete
  4. Arsenal???? heheheheh....tak payah ceghite pun oghang dah tau....

    ReplyDelete
  5. isk isk isk..kesian arsenal..elok punya ada can..last2

    ReplyDelete