Pages

Monday, March 14, 2011

Pelajaran Daripada Tsunami di Jepun

credit: businessinsider

Pada 11 Mac 2011 yang lalu, tsunami berlaku di Jepun yang berskala 8.9 dan menyebabkan ramai yang maut. Tapi dalam entry ni saya nak share sedikit pengajaran yang boleh kita pelajari based on article oleh Zuhairi Ali @Cas Bateri di Kosmo Ahad (semalam):
  • Harga diri sangat penting walaupun dalam situasi bencana

  • Gunakan pengalaman menghadapi bencana untuk bangkit menjadi lebih kuat
Sedikit kisah yang dialami oleh pelajar Malaysia di tempat kejadian, Sendai, Jepun:
  • Pelajar pergi jumpa kawan di Universiti Tohoku

  • Dapat jumpa rakan tetapi nak pulang ke Tokyo menggunakan kereta api laju tak dapat disebabkan sistem pengangkutan lumpuh. By the way, jarak Sendai ke Tokyo lebih kurang 300km

  • Jalan bergegar selama beberapa minit dan merekah sehingga teksi yang dinaiki melanggar bahu jalan, pemandu meminta jangan keluar dari kenderaan

  • Gegaran sangat kuat dan cukup lama sampai berdengung telinga dan ada orang macam mabuk, berdiri pun tak boleh

  • Kaca tingkap bangunan pecah berderai dan macam-macam bunyi kedengaran, ada yang terbakar tetapi tiada bangunan runtuh

  • Rakyat Jepun saling bantu-membantu satu sama lain. Pelajar Malaysia juga sempat membawa turun seorang OKU dari tingkat tiga dan mencari anak seorang wanita

  • Seorang peruncit menolak dengan troli berpuluh-puluh botol air mineral dan snek untuk diagihkan kepada orang ramai dan kanak-kanak prasekolah

  • Sebuh kedai elektrik yang ditinggalkan dalam keadaan terbuka tidak menjadi sasaran pencuri
Begitulah sedikit sebanyak. Memang sungguh kagum dengan sikap orang Jepun terutamanya membawa air mineral dan juga peralatan eletrik tidak dicuri. Masih ingatkah kejadian lori yang membawa duit syiling dan beras terbabas dan jatuh di Malaysia. Bagaimanakah sikap orang Malaysia ketika itu, adakah mereka menolong atau mengambil kesempatan? Sama-sama le kita fikirkan.

26 comments:

arekymz said...

betul2.
org Malaysia ni suke amek kesempatan je.
xpaham la apesal.
org ngah susah.
dye leh amek kesempatan atas kesusahan org len lak.

ferri nasrul said...

Setuju dgn pendapat brother nik.

Lagenda said...

betul...beradap dan bagus sungguh org jepun ni yea.

Kita kena contohi sesuatu yang baik tak kira sesiapa pun orang itu.

toyolkiut said...

semangat perpaduan mereka kental..
sbb itu jg mereka tidak merayu ngara lain utk bntuan makanan dan perubatan..
kagum..

MiSs LaDyBiRd ^o^' said...

yup...if kita g sane..then tinggalkan barang kita mcm kamera atau ape je kat public area...barang tu tak hilang..n kita boleh ambil balik...kalo kat malaysia tak sampai seminit dah lesap..haha

Geng Borak said...

betul jugak bro... memang betul.. tak kira apa, semua nak sapu..
pandang ke Timur...

faiz said...

kena contoh sikap baik org jepun ni...teruk btol..dah 10000 org terkorban...

Fasihah Supian said...

bagusnya mereka...sangat berbeza dengan orang malaysia....

Kalamhati said...

kagum dgn bangsa mereka...patut dicontohi..

yanamib said...

beza sungguh sikap org jepun dgn org kita..hehh~ =_=

Murni Alfathunnisa said...

disiplin dan jati diri diorang yg sgt tinggi...sangat memalukan bagi rakyat malaysia..just bandingkan saja.

nur said...

kenapa jadi begitu ye?.. adakah sebab kat Malaysia ni ramai yg tak mampu dan kat Jepun tu org kaya2?..
ALL IN ONE

Zura Tahir said...

kalau kat malaysia mahunye barang elektrik dh kena sapu tue...tp baguslah sikap drg tue...

sahromnasrudin said...

uniknya orang malaysia ini adalah jika ia berkesempatan, ia akan ambil kesempatan itu

ardinihumaira said...

orang malaysia ni siap perli2 lagi kat jepun nape ntah kan..

Unknown said...

supaya dapat iktibar...

Zaila Mohamad said...

betul, kenapalah orang-orang kita tak pernah mengambil iktibar dari setiap yang berlaku??

semoga kita pun tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang buta hati itu..

allia farhana said...

memang mengkagumkan..
sikap2 yang baik tu memang patut diteruskan..

betul2 mengharapkan malaysia akan jadi negara maju...bukan hanya dr segi pendapatan..tp dr segi etika...

cik chinta said...

memg dorg ni da dilatih jadi bagus sejak zaman berzaman kan?

LiFe KaMi said...

sikap orang jepun dari dulu lagi sentiasa bersemangat dan berusaha..
kita patut contohi sikap mereka..

Qib said...

negara kita mundur 30 tahun dr depa. sebab tu aaa kita ni besikap x bertamadun...

jepun lainn..


•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*.¸.•*´¨`*•.¸¸.•*'
(\_(\ ...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
(=' ;') •::::::::HI….. :::::::::::•
(,('')('')¤...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*



|Hadiah dari Nuffnang!|
|Mintak Kongsi Ilmu boleh? |
|Cara Picit Jerawat Paling Seronok!|

cik ude hamid said...

yup..pengajaran yang harus diambil iktibar.
janagn jd enau dalam belukar..melepaskan pucuk masing2.huhuhuhu.

JMR said...

kita sgt jauh berbeza dgn mereka dr banyak aspek...tu je aku boleh katakan..

Eliss said...

bilalah mentaliti orang jepun nak sampai negara kita ni erk...

Anonymous said...

mentaliti org jepun org mesia tanak ikut..tp mentaliti barat dah sebati sangat2...

angsengal said...

aku perhatikan semua komen2 kt sini poyo je..korag tunjuk je sikap korang mcm baek sgt.. tp hati tak camtu pun.. malaysia xkemana nyer.. meniru mengikut menciplak idea org je tau..