Pages

Tuesday, March 30, 2010

KWSP: Skim Baru Pembelian Rumah

Mengikut the star, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan skim baru bagi pembelian rumah tidak lama lagi.

Dengan skim ini, pencarum KWSP boleh mendapatkan pinjaman yang lebih tinggi berdasarkan simpanan di dalam akaun 2 KWSP. Skim adalah kesinambungan daripada Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan / Perdana Menteri pada 23 Oktober 2009.

"Selaras dengan objektif menggalakkan pemilikan rumah dan menikmati taraf hidup lebih selesa, Kerajaan akan melancarkan satu skim yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan simpanan sedia ada dan mengambil kira simpanan masa depan dalam Akaun 2. Ini bertujuan untuk mendapatkan jumlah pembiayaan yang lebih bagi membolehkan mereka membeli rumah yang bernilai tinggi atau membeli rumah tambahan. Skim ini meningkatkan daya pembelian pencarum KWSP dan adalah terhad pada pembelian satu rumah pada satu masa serta tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh KWSP. Skim ini akan dilancarkan pada Januari 2010."

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat apakah skim baru ini. Di harap ianya dapat memberi lebih manfaat kepada pencarum KWSP untuk memudahkan mereka membeli rumah yang berharga lebih tinggi memandangkan harga rumah sekarang semakin naik dan kemungkinan besar mereka tidak dapat membelinya jika hanya berdasarkan gaji sekarang. Walau bagaimanapun, gunalah wang simpanan ini dengan sebaik yang mungkin kerana ianya untuk masa depan yakni semasa bersara kelak.

9 comments:

mamai said...

make sure bank tak blacklist

♥S@R@♥ said...

hope bagus la skim ni.. coz plan nak beli rumah this year..huhu

|| NaFiRaa || said...

wahhh!! bagus lah..harap2 skim nih mampu membantu ai untuk membeli rumah..mekasih ye diatas info ini..:)

Anonymous said...

mujur ada kwsp kan..yela..harga rumah skrg..huh...takut aja tgk harganye...

JAI said...

Betul ke info dia nie? Dilancarkan Januari 2010??

Sharinginfoz said...

JAI: memang betul, itu teks ucapan yang dibentangkan di parlimen tahun lepas semasa bajet, so dijangka akan dibuat pada bulan Januari 2010 tapi sampai sekarang belum lagi, so behind teh schedule le.. apa-apa pun, mengikut KWSP ianya akan dilaksanakan sebelum akhir tahun ni... kita tunggu le macam mana

Solehah said...

skim yang bagus ni

Kaseh NazLieza said...

bgus..mmg memudahkan..

Anonymous said...

Link dia adalah:
http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2members&pg=bm_p2members_wdrawtype&ac=3320