Pages

Monday, March 28, 2016

Pendapatan Minima untuk Kehidupan yang Selesa di Kawasan Urban

Baru-baru ini saya ada attend briefing, antaranya mengenai berapakah gaji yang minima untuk kehidupan yang selesa di kawasan urban. Memang kita tahu kehidupan kat kawasan urban ni kos sara hidup amat tinggi lebih-lebih lagi ketidak efisen pengangkutan so nak tak nak memang beli kenderaan tu adalah amat perlu tidak kira motosikal ataupun kereta. So kalau dah ambil loan untuk let say kereta, pendapatan boleh guna untuk benda lain adalah berkurangan.

Anyway secara kasarnya, kalau kita single minima untuk comfortable life adalah RM2,700. Maybe dengan pendapatan tu pun sukar untuk hidup dengan selesa kan terutamanya kalau yang ada pinjaman PTPTN dan juga kad kredit.

Lepas tu pulak, bagi yang baru berkahwin, kos tersebut meningkat kepada RM4,700. Ini disebabkan oleh rumah maybe kena sewa or beli. Kalau masa bujang bolehlah sewa bilik kan? Then keperluan lain pula meningkat juga seperti makan, yalah kekadang nak masak pun fikir banyak kali since tinggal berdua aja, so makan kat luar, pas tu nak juga entertainment, pi main bowling ke, tengok movie ke dan pinjaman perkahwinan?

So macam mana pula bagi yang dah berkahwin dan mempunyai dua orang anak let say? Mengikut study, paling kurang gaji seisi rumah perlu minima sebanyak RM7,200. Naik mendadak juga kan. Apa taknya, kos pelajaran anak, kalau yang kecil pula kena pampers, susu, pusat jagaan. Tambah pula dengan takaful pendidikan dan juga entertainment?

Apa-apa pun, kita cuba secara yang baik untuk mengelakkan daripada ambil loan yang tak perlu dan kurangkan perbelanjaan apa yang boleh. Apa-apa pun, wang bukan segalanya kan tapi dengan wang hidup kita boleh smooth sikit kan. Buatlah yang terbaik yang penting spend within your means or berbelanja mengikut kemampuan.

Apa lagi komen jangan tak komen.

Tuesday, March 22, 2016

Dividen Bank Rakyat 13% Bagi Tahun Kewangan 2015

Hari ini Bank Rakyat telah mengumumkan dividen sebanyak 13% bagi tahun kewangan 2015. Even dividen kali ini lebih rendah jika dibandingkan dengan sebelum ini iaitu 15%, bagi saya ianya cukup bagus. So boleh check terus le ya dalam akaun masing-masing kerana ianya telah pun dikreditkan.

Monday, March 14, 2016

Dah Dapat Tax Refund 2015

Tak sampai 2 minggu setelah saya buat e-filing pada 1 Mac 2016 yang lepas, hari ni dapat notification daripada bank Islam yang mana refund LHDN telah dikreditkan dalam akaun Bank Islam saya.

Memang cepat betul, sebab tu saya suka buat e-filing ni awal-awal lagi setelah ianya dibuka dan dapat Borang EA daripada majikan.

Anyway saya jangkakan nanti LHDN akan minta sebahagian daripada jumlah yang dikembalikan memandangkan ada income pada tahun 2014 yang baru saya istiharkan. Ini disebabkan tempat saya kerja tu, cuti yang kita tak gunakan dapat ditukar dengan wang tunai. So wang tunai tersebut adalah tertakluk kepada cukai pendapatan. 


Tuesday, March 8, 2016

Suitability Assessment Outcome (Hasil Pentaksiran Kesesuaian) Public Mutual

Sekarang ini saya bercadang untuk masuk kembali unit trust Public Mutual setelah berhenti sebelum ini pada tahun 2013. Sekarang ini sebelum masuk kita kena isi borang "Suitability Assessment". So saya pilih yang risiko paling tinggi iaitu 5 so bolehlah masuk dalam mana-mana dana. Tapi of course bila masuk menggunakan dana KWSP tak semua fund yang kita boleh masuk.

Nanti saya akan share berapa banyak yang saya masuk dan dana apakah yang bakal saya beli. Tunggu le ya. Apa-apa pun bagi yang telah masuk unit trust menggunakan dana KWSP, apa kata share sikit macam mana performancenya.

Tuesday, March 1, 2016

Dah Hantar Cukai Taksiran 2015 @E-Filing

Hari ni e-filing untuk cukai pendapatan sudah dibuka. So apa lagi saya baru sahaja hantar untuk taksiran 2015. Memang tahun lepas pun bukak aja saya terus hantar. Kalau hantar awal so dapatlah awal refund. Macam bagi taksiran 2014, tak sampai dua minggu lebihan dikredit dalam akaun bank kita.

So apa lagi, bagi yang tak hantar boleh visit website LHDN. macam biasa tarikh terakhir untuk hantar ialah 30 April 2016.