Pages

Sunday, April 27, 2014

Not Bad Citer Rio 2

Semalam kami sekeluarga pi menonton citer Rio 2 kat cinema. Memang citer ni dah lama kuar tapi baru berkesempatan bawa anak-anak.

Memang mereka sungguh enjoy. Orang dewasa pun tak kurang juga minat dengan perjalanan cerita ini yang mengisahkan satu family burung yang mengembara ke hutan Amazon.

Banyak kisah yang menarik dan cabaran telah mereka tempuhi.

Friday, April 18, 2014

Jangan Lupa Masuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) untuk Claim Tax

Musim cukai sudah hampir pergi @30 April 2014 nanti. Tapi bagi mereka yang belum masuk SSPN-i patut masuk le bagi mengurangkan cukai pada tahun yang akan datang.

Setahun kita boleh dapat pelepasan cukai sebanyak RM6,000 bagi caruman bersih dalam SSPN-i. So carumlah untuk anak-anak. So just imagine kalau seseorang tu tergolong dalam pembayar cukai dalam kategori kadar 26%, so setiap ringgit kita carum dapatlah jimat cukai sebanyak 26%, so kalau simpan RM5,000 dapatlah pengurangan cukai sebanyak RM1,300.

Di samping itu, kadar dividen yang diberi adalah kompetitif, i.e. 4.25% pada tahun 2012. So maknanya maksimum dividen adalah lebih 30% jika kita campur penjimatan cukai pendapatan sehingga 26%.

Satu lagi yang bagus SSPN-i ni, kita boleh buat transaksi melalui internet dan boleh check penyata dalam internet juga. Mudah kan?

Macam saya dulu buka akaun di Maybank.

Wednesday, April 9, 2014

Dividen AHB Sebanyak 3.3% (Mac 2014)

Dividen untuk Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi setengah tahun berakhir 31 Mac 2014 telah diumumkan sebanyak 3.3%. Kadar ini lebih tinggi daripada kebiasaannya iaitu 3.25%.

Pembayaran akan dibuat pada 15 April 2014 ke dalam akaun bank bagi pelaburan menggunakan tunai manakala dikreditkan ke dalam Akaun 1 KWSP bagi pengeluaran bagi pelaburan menggunakan KWSP.

Saturday, April 5, 2014

Kertas Soalan Peperiksaan Sebenar UPSR Tahun-Tahun Lepas

Pagi tadi kami pergi ke kedai buku di Shah Alam, Syarikat Muda Osman di No. 27, Jalan Plumbum R7/R, Pusat Komersial Seksyen 7. Ianya bersebelahan dengan Secret Recipe dan juga Focus Point. Anyway nak tahu lebih lanjut boleh call 5513 0000.

Tujuan kami pi sana ialah untuk mencari kertas soalan peperiksaan sebenar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun-tahun yang lepas. Anyway harga buku ni adalah RM6.30 (Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris) manakala RM7.60 (Matematik / Sains).
Ni le buku Matematik. By the way, ianya mengumpulkan soalan-soalan dari tahun 2007-2013.
Ada juga analisis mengikut topik.
Memang soalan yang sebenar.
Yang bagusnya ada skema jawapan dan jalan kerja bagi subjek Matematik.
Alang-alang beli buku ni beli le buku latihan juga. So nak tahu lebih lanjut jangan lupa singgah di Syarikat Muda Osman (SMO) di Shah Alam untuk mencari soalan-soalan UPSR tahun lepas.