Pages

Tuesday, February 25, 2014

Berapa Agaknya Dividen Bank Rakyat 2013

Dah lama rasanya tak menulis dalam blog ni. Maybe disebabkan kekeringan idea dan masa yang tidak mengizinkan. Saja aja tulis pasal dividen Bank Rakyat 2013. Bukannya apa, dalam beberapa hari lagi bulan Februari akan meninggalkan kita dan akan masuk bulan Mac pula. Kejap aja masa berlalu.

By the way, kemungkinan besar bulan Mac nanti, Bank Rakyat akan mengumumkan dividen bagi tahun kewangan 2013. Tunggu aja le ya. Mengikut rekod bagi 5 tahun yang lepas, kadar dividen yang diumumkan adalah sebanyak 15% melainkan sebanyak 16% bagi tahun 2012. Di samping itu, bagi tahun 2011 dan 2012, ada tambahan bonus saham masing-masing 5% dan 2%.

Terasa macam tahun 2013, dividen mungkin lebih tinggi dan bagilah bonus tambahan lagi banyak. Bukannya apa, nak tambah pelaburan saham Bank Rakyat ni memang susah sangat.

Friday, February 21, 2014

Betul Ke Transfer Melalui Internet Interbank Dapat Hari Sama?

Pagi tadi ada buat interbank funds transfer from Bank Islam tu Maybank melalui internet banking. Pada kebiasaannya kalau saya buat pemindahan wang pada hari bekerja, lebih kurang pukul 6.00 petang lebih dah dapat pada hari yang sama.

Yang peliknya sekarang ni dah pukul 9.00 malam, check dalam maybank2u, dana tu tak masuk lagi. So saya call le Bank Islam di nombor 03-2690 0900 pas tu diaorang cakap pemindahan tu dah berjaya dan nombor akaun tu memang betul. So diaorang suruh call Maybank pula.

So saya call le Maybank untuk mendapat kepastian di nombor 03-7844 3696. So customer service tu cakap memang betul, ianya sepatutnya masuk selepas pukul 6.00 petang tapi ianya sehingga pukul 11.59 malam. Oooooo macam tu pula. Then dia advise kalau tak masuk lagi esok kena contact Bank Islam.

Maklumlah caj pemindahan hanya 10 sen, apa yang kita boleh expect? Tapi wait a minute. Kita sebagai pengguna ada hak untuk bertanya kalau kita rasakan ianya tak betul.

Maybe ada yang pernah mengalami situasi macam saya apabila buat pemindahan wang.

Sunday, February 16, 2014

Dividen KWSP 6.35% Bagi Tahun 2013

Ramai rasanya tengah tunggu pengumuman mengenai kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2013. Anyway bagi mereka yang mempunyai i-akaun, bolehlah check kadar dividen bagi tahun 2013. Memang dah masuk dan kadarnya adalah sebanyak 6.35% bagi tahun 2013.

Kadar ini lebih tinggi jika dibandingkan dengan tahun 2012 iaitu 6.15% dan pada tahun 2011 iaitu 6.00%.
 Kadar dividen tahun 2013 @6.35% ini juga boleh dikatakan antara tertinggi semenjak tahun 2000. Kadar tertinggi yang pernah dicatat ialah pada tahun 1983-1987 iaitu 8.50%.

Astro Buat Nakal Lagi

Saya ada subscribe Astro Super Pack 1 yang mana yuran langganan adalah RM141 sebulan dan of course ianya adalah HD channel. Masalahnya, kondo yang saya tinggal ni tak support HD channel so tak bolehlah tengok cerita yang berHD. Tak dinafikan Super Pack ni lebih murah berbanding dengan kita langgan satu-satu channel, i.e. movie, sport, mustika, mini dan family.

Masalah sekarang ialah salah satu channel iaitu Astro One HD (channel 393) dulu boleh tengok melalui channel 393 memandangkan Astro ada bagi preview sampai semalam (14 Februari 2014) dan kini ianya sudah tiada lagi. Kalau nak tengok kena langgan Astro B.yond HD.

Saya memang dah langgan Astro B.yond HD cuma tak boleh tengok HD channel sebab kondo tak support. Call kondo pula dia cakap memang kalau nak tukar centralised receiver tu kos banyak menelan beribu-ribu lemon. So tersepit le kita sebagai customer.

Kalau sebelum ni Astro boleh bagi channel 393 tu apasal sekarang tak boleh. Maybe boleh consider dengan mengenakan bayaran bagi mereka yang nak subscribe dan tidak melanggan Astro HD manakala kepada yang dah melanggan channel HD tapi tak boleh tengok citer ni, bagi le free.

Saturday, February 15, 2014

Hukum melabur dalam ASB, ASN 'harus' tegas Jawatankuasa Fatwa

Sekarang ni timbul lagi mengenai isu halal, haram dan juga harus mengenai pelaburan di dalam ASB dan ASN. Semalam ada article mengenai perkara ini di dalam Berita Harian.

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan menegaskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah harus. Ini termasuk dividen dan bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim pelaburan itu."

Boleh juga baca kenyataan media. Secara ringkasnya:
  • Mengenai isu pelaburan ASB dan ASN yang sejak akhir-akhir ini menimbulkan keresahan kepada masyarakat awam berpunca daripada tindakan pihak-pihak tertentu menyebarkan bahawa Suruhanjaya Sekuriti mengatakan ASB dan ASN adalah tidak patuh syariah. Perkara pertama yang perlu difahami dalam isu ini ialah perbezaan peranan antara Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan pihak manakah yang diberi autoriti dalam mengeluarkan hukum di Malaysia.
  • Sepertimana semua sedia maklum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa sejak dari tahun 2008 telah pun membincangkan isu pelaburan dalam ASN dan ASB dan telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus. Keputusan yang dibuat ini adalah dengan melihat ruang lingkup yang luas bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar terhadap sosio ekonomi Umat Islam.
  • Di media sosial, blog-blog dan facebook, golongan yang mengakui sebagai ahli pakar ini cuba menimbulkan keresahan kepada masyarakat awam terhadap status ASN dan ASB dengan merujuk kepada surat yang dikeluarkan oleh SC tersebut. Isu pelaburan ASN dan ASB ini merupakan perkara ijtihadi, yang sememangnya akan mengundang polemik dan perdebatan jika semua pihak yang mendakwa sebagai ahli pakar mahu menegakkan pandangan masing-masing tanpa menghiraukan peranan pihak yang diberi autoriti dalam menentukan hukum.
  • Keputusan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa adalah berpandukan kepada Ijtihad Jama'i dan konsensus semua ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada para Mufti dan ahli-ahli pakar dalam bidang akidah, fiqh, hadith dan tafsir, muamalat dan sains, dan keputusan dibuat berdasarkan kajian pakar-pakar ekonomi Islam dan penjelasan terperinci oleh pihak pengurusan tertinggi PNB dan juga Majlis Penasihat Shariah PNB sendiri yang terdiri daripada pakar-pakar dan ulama berwibawa tanpa terikat dengan garis panduan atau metodologi badan lain yang jelas mempunyai fungsi yang berbeza.
Saya tak nak komen banyak mengenai perkara ini dan pandangan peribadi saya adalah saya sendiri memang tak simpan / melabur dalam ASB or ASN memandangkan saya tidak yakin mengenai status pelaburan yang mana sebahagian daripada dana dilaburkan di dalam kaunter yang berlandaskan riba. Boleh check Laporan Tahunan ASB 2012.
  • Hampir 1/4 daripada dana dilaburkan di dalam sektor kewangan (Maybank) dan juga Public Bank. Of course ada juga perbankan berlandaskan syariah di dalam kedua-dua bank ni.
  • Investment di dalam BAT pun ada walaupun nilainya tak sampai 1% tapi of course ianya berada di dalam top-20.
  • ASB memiliki lebih 40% saham dalam Maybank. RM25.6 billion daripada dana tersebut dilaburkan di dalam Maybank. Memang sungguh banyak.


  • Sehingga hujung tahun 2012. Jumlah pelabur di dalam ASB adalah 7.82 juta manakala jumlah keseluruhan pelaburan mereka adalah RM110.3 billion or purata RM14,000 seorang melabur dalam ni. Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2010, jumlah penduduk Malaysia adalah 28.6 juta or 27% daripada mereka melabur dalam ASB. So maknanya kalau tanya 10 orang, lebih 2 orang yang ada akaun dalam ASB.

Saya tak nak argue dengan sesiapa pun mengenai hal ini. Terpulanglah kepada diri masing-masing dan semoga kita dijauhkan daripada perkara-perkara yang shubhah (samar atau tidak jelas). Of course banyak lagi tempat yang kita boleh melabur i.e. Tabung Haji or Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Walaupun dividen atau pulangannya tak banyak tapi ianya memang kompetitif. Apa yang penting ketenangan. 

Tuesday, February 4, 2014

Memang Mudah Check Baki Tabung Haji Melalui Maybank2u

Memang senang betul untuk check baki dalam Tabung Haji melalui Maybank2u. Anyway sebelum boleh check tu kita kena link akaun Tabung Haji dengan akaun Maybank melalui ATM. Just pilih lain-lain then lepas tu pilih daftar Tabung Haji. Ingat ya, kena ada nombor akaun dan juga nombor siri buku Tabung Haji. Nak senang bawalah buku Tabung Haji sekali masa nak link ya.

Nak tahu lebih lanjut boleh check kat blog faridadam. Bila dah link, jom kita tengok cara untuk check baki melalui maybank2u ya.
Yang ni memang ramai yang familiar ya, make sure firstly pilih item "accounts & banking".
Lepas tu pilih le "transfers". Pelik juga apasal kena pilih item ni, entahlah maybank ni.
Seterusnya cari "Tabung Haji".
Then pilih pula "balance inquiry". Yalah kan nak check baki dalam akaun tabung haji. Kalau nak pindah wang boleh pilih "fund transfer" manakala nak daftar haji boleh pilih "Hajj registration". By the way, kos semasa untuk menunaikan haji adalah RM15,555 yang mana kita hanya perlu membayar RM9,980 since Tabung Haji sponsor RM5,575.

Anyway kita sambung citer pasal check balance kat Tabung Haji.
Setelah klik, keluarlah macam ni.
Since dalam akaun maybank ni saya link akaun Tabung Haji saya aja so ada satu le. Yang anak-anak punya, link akaun wifey.
So selepas pilih, keluarlah baki terkini. So senanglah nak checkl dividen Tabung Haji bagi tahun kewangan 2013. Tak perlu le update buku kat cawangan Tabung Haji or bank, boleh aja buat melalui maybank2u. Anyway boleh juga check kat ATM.

By the way, untuk pengetahuan, kita boleh link akaun Tabung Haji ni dengan beberapa bank sekaligus, macam saya ada link ngan Bank Islam dan juga Maybank.

Monday, February 3, 2014

Dah Beli Uniform Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Afiqah

Dua tahun lepas beli pakaian seragam Danish since dia masuk TKRS. Tadi pi beli uniform Afiqah pula. Kali ini untuk Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Since seminggu yang lepas anak pompuan ni asyik tanya bila nak beli uniform. Cakap kat dia mana le kedai buka memandangkan cuti panjang raya cina.

So pi le hari ni kat area Greenwood. Kat situ macam-macam jenis pakain seragam ada.Kami beli tudung, baju panjang dan juga seluar putih panjang.
Semua sekali RM66. Harga asal adalah RM68.70. Minta kurang tokey tu bagi RM67 so saya cakap RM65 aja le, last-last dia cakap RM66. OKlah, apa yang penting kita kena tawar-menawar. Rasa seronok apabila dapat kurangkan harga walaupun beberapa ringgit. It is not about money alone tapi satisfaction.

Sunday, February 2, 2014

Nasi Lemak Kini dan Sekarang dalam MAS @ Chef Wan

Baru-baru ini, tulisan oleh Chef Wan di dalam instagram beliau mengenai hidangan nasi lemak oleh MAS ketika beliau menaiki peswat ini from Kuala Lumpur to Bangkok, Thailand telah menarik perhatian banyak pihak.

Ni le tulisan Chef Wan:

"I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilik nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. Kita orang Malaysia sudah pasti la tahun akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey....what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm " Telanjang la" Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?"

Ni pula perbandingan nasi lemak dulu dan kini yang ditulis oleh astroawani.
Tahun 2010: Kuala Lumpur to Tokyo, Jepun.
April 2011: Amsterdam, Holland to Kuala Lumpur.
November 2011: Kota Kinabalu to Kuala Lumpur.
November 2013: Kuala Lumpur to Osaka, Jepun.

Saturday, February 1, 2014

Memang Sedap Cendawan Goreng

Hari tu masa pi pasar malam terlihat le satu gerai menjual cendawan goreng. Seriously, sebelum ni memang tak pernah cuba cendawan goreng sebab saya rasakan masakan macam ni pelik. Tapi bila cuba memang ternyata ianya sangat sedap especially yang panas-panas dan garing serta pedas.
Beginilah cendawan yang belum dimasak lagi. Putih murni aja cendwan ni.
Apabila digoreng ternyata baunya dan rupanya boleh menarik perhatian sesiapa sahaja.