Pages

Monday, September 30, 2013

Majlis Kahwin di Dewan Perdana Keramat

Semalam pergi ke majlis perkahwinan anak sepupu wife kat Dewan Perdana Keramat. Ianya tak jauh dari Keramat Mall dan berdekatan dengan stesen minyak Esso dan juga LRT Damai. 
Memang cantik betul dewan ni dan kat dalam ni kalau tak silap boleh memuatkan 1,000 tetamu. So tak risau le isu tak dapat tempat duduk.
Ni le tema untuk majlis perkahwinan ni.
Memang cukup meriah especially dengan paluan kompang dan juga nyanyian. 
Kiranya my son, Danish dan juga sepupunya, Aisyah jadi flowerboy dan flowergirl. Macam-macam le diaorang ni.
Afiqah pun nak bergambar juga.
Ni pula makanan yang saya ambil. Sedap juga nasi beriani ni. So begitulah kisah weekend kami menghadiri majlis perkahwinan di Dewan Perdana Keramat.

Sunday, September 29, 2013

Hantaran Kahwin Daripada RM20,000 Jadi RM1,000

Terbaca mengenai kisah perkahwinan di dalam akhbar Kosmo hari ini. Masa nak berkahwin, si lelaki ini berjumpa dengan keluarga si gadis yang mana hantaran sebanyak RM20,000 ditetapkan bagi perkahwinan. Just imagine, itu tak termasuk dengan kos kenduri dan macam-macam lagi. Kalau dicampur semua, rasanya at least RM30,000 hingga RM40,000 kot.

Memang tinggi betul kos untuk berkahwin sekarang. Just imagine, kalau tidak ada simpanan then berhutang sebanyak RM40,000 bagi tempoh 10 tahun, bayaran bulanan adalah sebanyak RM477. Memang banyak tu, then bila anak sekolah pun hutang tak habis lagi. Teruk kan zaman sekarang ni.

Anyway berbalik pada cerita di atas, si lelaki pun berjumpa dengan keluarga si gadis dan akhirnya setelah berbincang dan menyatakan tujuan sebenar perkahwinan, maka majlis secara ringkas diadakan dan hantaran sebanyak RM1,000 dipersetujui. Alhamdulillah setelah 15 tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak dan mereka tiada bebanan hutang.

So apa yang boleh kita ambil iktibar berkenaan kisah ini adalah PERMUDAHKAN URUSAN PERKAHWINAN DAN JANGAN BEBANKAN HIDUP MEREKA.

Apa pandangan semua mengenai kos perkahwinan sekarang ni?

Saturday, September 28, 2013

Jom Makan-Makan di Melur & Thyme di KLCC

Semalam kami telah meraikan salah seorang daripada member yang akan ke luar negara dan kiranya bercuti sementara waktu, so kami makan malam di Melur & Thyme yang bertempat di ground floor KLCC. Ianya berhadapan dengan Harrods Cafe.
By the way, ni le sedikit pemandangan di dalam Melur & Thyme. Kami difahamkan bahawa tempat makan ni tengah dalam proses untuk mendapatkan sijil halal JAKIM. Kiranya restoran ni adalah gabungan masakan timur dan barat, sama le dengan namanya yang menggabungkan bunga melur dan herba.
Apasal le setiap kali makan kat restoran kena ambil gambar tisu? Entahlah hantam ajalah. By the way, kami makan 8 orang dan kos keseluruhan adalah RM400++, tak ingat the exact amount. Untuk menu jom terjah.

Jom kita tengok sesetengah menu di sini. By the way, kami order makanan yang jenis tapas kiranya portionnya tak ada banyak sangat dan ianya didatangkan dengan roti atau nasi, pilihlah yang mana kita suka ya.

Tapas ni adalah bahasa Sepanyol yang bermaksud pembuka selera ataupun snek.
 Mini pizza ada, chicken wings pun ada, hmmmmm kiranya yang ringan-ringan le ni.
Ini adalah tapas untuk masakan timur. Bagi penggemar itik memang ini adalah tempatnya, saya difahamkan pemilik restoran ni ada buka restoran berkaitan dengan masakan itik yang popular di Damansara kot, entahlah lupa tempat mana pula.
Ini pula tapas yang jenis barat. 
Menu utama ada macam-macam kan sini.
Lastly, minuman. Opppsss, tak ambil pula pencuci mulut. Lain kali ajalah ya.
Inilah roti yang saya maksudkan tadi bagi hidangan tapas. Nasi tak payah le ya tunjuk tapi of course portionnya boleh tahan juga.
Ni kepak ayam diorder khas oleh Uncle R. Memang dia penggemar chicken wings @RM15. Memang boleh tahan juga rasanya dan ianya berlainan dengan kepak ayam yang selalu kita makan, disaluti dengan madu. dimasak secara deep fry dan tak terlalu garing dan ianya lembut. Nak bagi rating untuk makanan bukannya senang ya, hmmm let me think first. Oklah kepak ni saya bagi 7.6 out of 10. Tapi yang nyata lebih sedap jika dibandingkan dengan kepak ayam di restoran makanan segera. 
Yang ni pula adalah Queso de Mahon @RM19. Ianya adalah sejenis keju kambing yang mana digoreng dan diselaputi dengan breadcrumb. Yang ni saya tak boleh bagi komen sebab tak ingat pula saya rasa benda alah ni. Tapi yang nyata Untie I order buat kali kedua benda alah ni. Ianya nampak biasa aja, macam fish finger yang diselaputi oleh madu.
Ini saya tak tahu apa benda, memang saya makan benda alah ni. Abaikan le makanan ni.
Ni favourite saya malam tadi. lamb rosemary meatballs @RM23 (saiz besar). Memang sangat sedap especially sosnya yang pekat dan sungguh istimewa. Dagingnya yang sungguh lembut dimasak cukup sempurna. Saya bagi rating 8.5 out of 10 untuk benda alah ni.
Ni pula lamb kofta @RM15. Boleh tahan juga masakan ni. Ianya digoreng dan tak beza sangat dengan yang kat atas tu. For me, saya suka yang berkuah tapi ada juga orang lebih prefer yang ni. Anyway untuk yang ni saya bagi 8.0 out of 10.
Ni pula sticky asian style beef ribs @RM25 (saiz besar). Ianya diperap dengan herba Asia dan menggunakan homemade sos. Rasanya boleh tahan sedap dan lembut. Tapi for me yang ni biasa-biasa aja. So 7.4 le saya bagi rating.
Yang ni pula Gambas in Salsa @RM25 (saiz besar). Ianya adalah udang harimau yang dimasak dengan sos plancha. Ianya tak pedas dan udangnya apabila dimasak tak garing, Hmmmm, kalau anda penggemar udang memang makan kat sini tak boleh disamakan dengan makan kat Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor. Saya bagi rating 7.4 untuk udang ni.
Ni adalah sate itik @RM19 (saiz besar). Memang ianya dimasak cukup sempurna walaupun dalam gambar ni tak nampak sangat. Walaupun saya bukan penggemar itik tapi masakan ni membuatkan saya ingin cuba dan nyata ianya tidak mengecewakan. Tak rasa sangat daging itik. 
Apabila dicicah dengan kuah kacang memang perfect le. Untuk itu saya bagi rating 7.8 untuk itik ni.
Ni pula mushroom yang dimasak dengan butter. Sorry le gambar ni diambil setelah ianya dah nak habis. Harganya RM21 (saiz besar). Boleh tahan rasanya nak sedap. Rating 8.1.
Last adalah mini smoked salmon pizza @RM15, menggunakan mozzarella. Ianya kecil dan lembut dan cheesenya memang banyak. So 7.8 sesuai untuk makanan ni.

Secara keseluruhan boleh tahan juga makan kat sini dan yang penting ialah the moment yang kitaorang enjoy kat sini dengan sahabat-sahabat. Oklah guys, sampai jumpa lagi ada kerja yang perlu diselesaikan hari ini. Jumpa lagi.

Wednesday, September 25, 2013

Hadiah Biasa-Biasa Untuk Wife

Sempena birthday wife baru-baru ini, belilah hadiah bag. Dah buntu tak tahu nak beli apa kan. Then tambah spec. Yalah kalau bawa kereta waktu panas dan silau bolehlah pakai kan. 
Actually masa nak beli tu, ada tiga pilihan beg, last-last ambil yang colour hitam+cream.

Selamat Hari Jadi Sayang

Sekarang ni bulan September so ianya adalah hari lahir wife tersayang. So belilah wifey sebuah kek.
Memang kek ni adalah sinonim dengan hari jadi, perkahwinan or apa-apa majlis le. Kebetulan, wife nak makan kek coklat so belilah, lagipun anak-anak pun suka dengan kek ni. Anak apa lagi cakap beli kek sedap untuk mummy ya. Macam le masa birthday anak-anak beli kek yang tak sedap, macam-macam karenah anak kecil.
Ingatkan kayu, rupa-rupanya coklat, memang sedap juga kepingan ni.
Since tak nak anak jealous so ambil le gambar Afiqah potong kek. Anyway nak ucapkan selamat menyambut hari lahir buat isteri tersayang. We love you so much.

Saturday, September 21, 2013

Kos Bercuti di Kuantan (2H1M)

Baru-baru ini, kami sekeluarga pergi ke Kuantan menghadiri majlis perkahwinan kawan. So kiranya sempat le "bercuti" di sana walaupun hanya untuk 2 hari 1 malam.

Secara kasarnya perbelanjaan untuk bercuti ke sana adalah lebih kurang RM550. OKlah kan. Jom kita tengok pecahan perbelanjaan:
  • Makanan adalah perbelanjaan yang paling tinggi iaitu RM181. Antara tempat makan adalah Ana Ikan Bakar Petai. Ketam masak telur masin memang sangat sedap, maybe next time kalau pi sana, mesti cuba lagi masakan ni. Di samping makan kat sana, kami juga singgah kat Kuantan Parade makan kat Rasamas. By the way, shopping centre yang besar kat sana adalah East Coast Mall.
  • Perbelanjaan yang kedua terbesar adalah penginapan @RM165. Kami stay kat Hotel Seasons View, boleh tahan juga hotel ni memandangkan ianya baru dan terletak di tengah bandar. Tak sure le berapa bintang, belasah aja.
  • Seterusnya petrol yang mana kalau tak silap lebih  kurang RM100. 
  • Yang seronok adalah pi bermain dan lepas penyu kat laut. Memang cukup menyeronokkan. Seekor anak penyu dikenakan bayaran sebanyak RM5, so kami ambil 6 ekor penyu so RM30. Tapi kat pusat penetasan penyu tu bagi 10 ekor, so puas le anak-anak bermain dengan penyu.
So begitulah sedikit perkongsian mengenai kos bagi percutian di Kuantan untuk 2 Hari 1 Malam.

Friday, September 20, 2013

Mudah Mesra Betul Afiqah dengan Auntie A dan E

Semasa di Kuantan baru-baru ini pergi majlis perkahwinan Uncle K, my daughter, Afiqah sempat le jumpa dengan kawan-kawan pejabat. Memang cepat mesra betul Afiqah dengan Auntie A dan Auntie K. Tengoklah diaorang bergambar macam dah lama kenal.
Entah apa yang Afiqah suruh Auntie E buat, terpaksa le layan karenah Afiqah. Hmmm, pas tu masa on the way pi Bentong dari Kuantan, tidur aja dalam kereta Afiqah ni, memang letih le.
Ni bergambar lagi, hmmmmm, macam adik-beradik pulak. Apa-apa pun, thanks Auntie A dan Auntie E kerana layan Afiqah masa majlis perkahwinan Uncle K di Kuantan baru-baru ini.

Wednesday, September 18, 2013

Selesa Juga Hotel Seasons View Kuantan

Semasa dok kat Kuantan baru-baru ini, kami menginap di Hotel Seasons View yang terletak di tengah bandar. Ianya tidak jauh dari Kuantan Parade.
Jangan risau, tempat parking banyak disediakan khas untuk penginap hotel.
Anyway alamat Seasons View adalah A22, Lorong Haji Abdul Rahman 1. Boleh call 09-51622828 untuk maklumat lanjut.
Inilah rate yang ditawarkan serendah RM98 hingga RM228. Anyway kami ambil yang family superior @RM165 termasuk tax, so oklah untuk 4 orang. Sarapan pun untuk 4 orang.
Jom kita masuk dulu.
Oppsss terlupa nak cakap yang hotel ni ada wifi so janganlah risau ya, manalah tahu kot-kot broadband dah cecah limit.
Ni adalah saluran yang disediakan. Nasib baik ada sport channel so malam tu dapatlah tengok game Arsenal vs Sunderland yang mana Arsenal menang selesa 3-1. Seronok gak tengok jaringan Giroud dibantu oleh pemain yang baru sahaja dibeli, siapa lagi kalau tak Ozil.
Ni le TVnya, walaupun tak flat screen, oklah janji dapat tengok. Lagipun bila bercuti takkan nak lepak depan TV aja kan.
Biliknya memang luas, puas hati dan ada 2 katil queen size. Cukuplah untuk kami 4 beranak.
Ada juga kettle dan air mineral disediakan.
Almari untuk letak pakaian.
Aircond, OK.
Peti sejuk bersaiz kecil ada disediakan tapi macam tak cukup power aja, tak sejuk sangat walaupun dah cuba pulas. Nasib baik keropok yang dibeli kat Cherating OK lagi.

Anak-anak memang enjoy sakan main dengan penyu di Cherating.
Bilik mandi OK juga.
Takkan nak komen pada sinki kot.
Memandangan bilik ni untuk 4 orang so towel pun ada 4 le. Secara keseluruhan saya berpandangan hotel ni OK dengan harga tak sampai RM200 dan sarapan disediakan. Jangan lupa kalau perlukan sejadah or iron, call diaorang untuk hantar. Tapi macam mana le telefon tu tak berfungsi, masa nak check out baru berbunyi telefon tu.