Pages

Sunday, March 31, 2013

Pulut Mangga Paling Sedap di Kuala Lumpur?

Siapa suka pulut mangga? I am sure ramai yang sudah merasa pulut mangga ni. Anyway saya berpendapat makanan ni yang dijual di Suraya Seafood, Kampung Baru adalah antara yang paling sedap di Kuala Lumpur. Satu pinggan / bungkus dijual pada harga RM5.
Tengoklah pulut tu aja boleh menyebabkan kita terasa nak makan. Banya juga diaorang sediakan. Dalam beberapa jam ada dah hampir separuh habis.
Mangganya pula memang masak ranum, makan macam tu pun sedap, tak kira pulut or mangga.
Santan tidak dilupakan. Cukup pekat dan of course lemak.
Bagi yang nak tapau, mula-mula pulut diletak dalam bekas, then hirisan mangga sebanyak separuh diletakkan.
Then santan. Memang banyak juga santan, baru puas nak makan kan?
So bila nak makan, letak aja santan dan terus ngap. Bagi saya keseluruhan pulut mangga ni mengenai selera saya, memang saya sebelum ni penggemar pulut durian. Rating saya bagi 9.2 out of 10. Memang cukup perfect hidangan ini, dengan rasa lemak dan santan yang melimpah ruah serta mangga yang manis dan tak terlalu keras. Apa lagi, kalau singgah di Kampung Baru, jangan lupa cari pulut mangga di Suraya Seafood.
Afiqah yang first time makan pun cakap memang sedap. Beware, kalau makan banyak sangat nanti rasa mual, biasalah pulut ngan santan kan.

Saturday, March 30, 2013

Seronok Betul Anak-Anak Pi Kidzania

Sebelum ni saya ada tulis entri mengenai Apa Itu Kidzania? Sekarang ni jom kita terjah apa kanak-kanak boleh buat di Kidzania ya.
Bila dapat cek, boleh tunaikan terus kat bank ya tapi macam saya cakap kalau ramai sangat kat bank tak perlu le buang masa beratur kat situ, pi main terus then buka akaun later ya.
Hmmmm, bila dah buka akaun kat bank, dapatlah kad ATM, nanti bolehlah check kat ATM baki or boleh keluarkan kidzos, mata wang di Kidzania.
Ni le kidzos yang saya maksudkan. ada Z1, Z5, Z10 dan Z20. Hmmmm, Z50 or Z100 tak sure pula sebab tak pernah dapat. 
Mana nak pi ni, macam-macam tempat ada, pilihlah mana satu yang sesuai ya, mengikut kecenderungan anak-anak.
Inilah salah satu kerjaya yang diminati oleh anak-anak. Memang ramai betul yang beratur. Nasib baik tempat ni yang pertama kitaorang terjah.
Anyway kat setiap pintu kerjaya tu ada ditampal bendalah ni. Kiranya maklumat mengenai pekerjaan tersebut. Sebagai contoh pilot, maksimum kanak-kanak boleh sertai dalam satu masa adalah 10 orang. Masa yang dianggarkan untuk menyiapkan aktiviti tersebut adalah 15 minit. Make sure anak-anak berumur 4 tahun ke atas ya. Dan gaji yang dibayar adalah Z15, tengok baik-baik ya, ada tanda + depan Z15 tu maknanya gaji dibayar. Kalau yang - maknanya kita kena bayar untuk sertai aktiviti tu.

Satu lagi kat tanda ni ada citer apakah bentuk aktiviti yang akan dilakukan.


Macamni pula adalah aktiviti untuk membuat vitagen. Tengok tu yang ni kita kena bayar, i.e. -Z6.
Ooooo baru tahu begitu rupanya orang buat vitagen, memang nampak mudah kan.
Selepas melakukan aktiviti ni, kanak-kanak akan diberi vitagen yang mereka buat sendiri.
Ni pun aktiviti yang ramai sangat orang nak masuk. Apa lagi kalau tak bomba. Memang beratur ramai sangat. Yang seronok dapat naik kereta bomba yang akan mengelilingi tempat dan sampai kat satu tempat tu diaorang akan berhenti dan memadamkan api. Memang seronok sebab dapat pakai uniform bomba kan?
Hmmm, nak buat coklat ya. Hantam ajalah.
Dah banyak kidzos dapat so bolehlah pi bank lagi ya untuk deposit wang. Memang bijak juga pengurusan Kidzania ni, apabila kanak-kanak simpan kidzos kat sini so tak perlulah mereka print banyak kidzos. So duit tu akan direcyle le lebih kurang.

Tapi jangan risau, bila next time datang lagi sini, boleh keluarkan duit melalui ATM. My friend cakap diaorang dan anak-anak dah masuk 3 kali ke Kidzania. Memang kalau satu sesi tak sempat nak cuba semua pekerjaan, banyak sangat.

Kalau tak silap lebih 90 aktiviti ada kat sini. Nak jadi peguam ke, ahli silap mata ke, DJ ke, penghantar surat ke or macam-macam le.
Ni jadi engineer kat Telekom pula, anybody suka broadband?
Ni penghantar duit pula, kena dapatkan wang from beberapa tempat dan lepas tu dapat upah.
Kilang pembotolan air pun ada.
Bila jadi DJ diaorang akan bagi sekeping CD yang merekodkan perbualan anak-anak di dalam studio Hot.FM. Oppppssss, bukan hot.fm ya tapi hitz.fm.
Afiqah dan Danish ambil peluang juga untuk jadi polis tapi tak sempat nak ambil gambar Danish sebab tak sempat nak kejar.

Secara keseluruhan saya boleh katakan anak-anak memang enjoy datang sini. Kalau ada kesempatan kami akan mengunjungi lagi Kidzania ni.

Anyway kalau nak tahu mengenai Kidzania boleh baca kat "Tips dan Panduan untuk Melawat Kidzania".

Friday, March 29, 2013

Apa Itu Kidzania?

Cuti-cuti sekolah ni bawa anak-anak ke Kidzania OK jugakan? Apa itu Kidzania? Anyway ianya adalah lebih kurang "taman tema" untuk kanak-kanak yang boleh mengajar anak-anak mengenai pekerjaan. So anak-anak boleh jadi doktor, peguam, pilot, penghantar surat, bomba dan macam-macam lagi.

Ianya terletak di Curve NX, No. 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Memang berdekatan dengan IKEA. Kalau tak cukup parking kat Kidzania, boleh parking kat IKEA then jalan kaki aja, seberang jalan aja.
Masuk aja dalam bangunan Kidzania tu bolehlah terus beratur untuk beli tiket. Macam kaunter Airasia le pula. Kebetulan masa pergi tu tak ramai orang so baguslah.
Ni kadar bayaran dan juga waktu ianya beroperasi. Kalau cuti sekolah dan hari Sabtu memang ada dua sesi, iaitu 10 pagi-3 petang dan satu lagi 4 petang-9 malam. Kalau hari biasa 10 pagi-5 petang so ianya lebih 2 jam le.

Mengenai kadar masuk pula, kanak-kanak Malaysia adalah RM60 manakala dewasa Malaysia RM35. So untuk kami sekeluarga, bayaran masuk adalah RM190. Sekali-sekala OK le kan?
Lepas bayar dapatlah tiket. Kalau datang awal, lepas beli tiket tu, bolehlah lepak-lepak or makan kat MCD kat sebelah bangunan tu.
Anyway 30 minit dari masa dibuka, bolehlah beratur untuk persediaan masuk TAPI saya nasihatkan beratur awal sikit pun tak apa sebab takut ramai sangat. Memula masa beratur tu, tunjuk tiket masuk then diaorang akan pakaikan benda alah tag ni.
Yang datang ngan parents or penjaga pakai tag warna merah, tapi kalau nak suruh anak sahaja masuk then mak bapa tunggu kat luar tag biru akan dipakaikan. Yang satu tag colour hijau tak tahu pula saya apa benda.
Anyway 30 minit sebelum waktu operasi, diaorang akan bagi cek kepada anak-anak.
Ni le rupa cek. Setiap kanak-kanak akan dapat 50 kidzos. Cek ni boleh ditukar kepada wang kidzos yang mana boleh digunakan untuk membeli perkhidmatan ataupun barangan yang dijual kat sana. Sesetengah perkhidmatan kita kena bayar tapi kebanyakkan kita dibayar. Maknanya kalau kita kerja dapatlah gaji. Nanti saya akan citer dalam entri akan datang.
Selepas dapat cek kita kena naik atas untuk ke kaunter Imigresen, tingkat 5. So naiklah eskalator ya. Diaorang akan check le takut-takut ada yang bawa makanan ke.
So lepas selesai semua, boleh pi bank ya untuk cash out cek tu so dapatlah kidzos. Saya nasihatkan, tak perlu cash out terus cek masa masuk tu sebab ramai sangat orang so pi kerja dulu dapatkan duit. Then bila dah kurang orang kat bank bolehlah tunaikan cek. Satu lagi kalau nak buka akaun, make sure ada at least 50 kidzos then kalau tak silap untuk buka akaun dan dapatkan ATM, boleh dibuat selepas 2 jam sesi dibuka. Maknanya kalau masuk kul 4 petang, kul 6 petang baru boleh buka akaun ya.

Nanti saya akan ceritakan keadaan dalam Kidzania ni dan jenis-jenis pekerjaan yang boleh kita alami di Kidzania. Tunggu.

Update: Suka betul anak-anak kat Kidzania

Memang Bagus Hantar E-Filing Awal-Awal

Hari tu ada hantar e-filing untuk pendapatan tahun 2012. Tak sangka tak sampai 3 minggu dapat sms from Bank Islam yang menyatakan lebihan cukai pendapatan yang dibayar telah pun dikreditkan dalam akaun bank. Memang senang sekarang ni, LHDN just transfer aja jika dibandingkan dengan dahulu yang mana cek dihantar then kita kena bank-in pula.

Semakin hari semakin senang kan dengan adanya teknologi, apa yang penting kita manfaatkannya. So bagi yang belum hantar e-filing, apa kata buatlah secepat yang mungkin sebab kalau tunggu hingga akhir maknanya lambat le nak dapatkan refund ya.

Tuesday, March 26, 2013

Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan (BBDS) Dapat Pencen

Mengikut berita daripada BERNAMA, tujuh (7) badan berkanun diletakkan di bawah Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan (BBDS) iaitu:
  1. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
  2. Bank Simpanan Nasional (BSN)
  3. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  4. Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)
  5. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  6. Tabung Haji
  7. Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat)
Yang istimewanya BBDS ini akan menikmati:
  • Pencen
  • Pemberian imbuhan tetap perumahan
  • Pemberian bayaran sagu hati tamat perkhidmatan 
  • Penyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) majikan mengikut tempoh perkhidmatan
Pelaksanaan Dana Pencen ini ialah melalui jumlah potongan caruman KWSP dibahagi kepada dua  iaitu:
  • Separuh dimasukkan ke dalam caruman KWSP
  • Separuh lagi dicarum kepada Dana Pencen 
So bila bersara nanti akan dapat keluarkan caruman KWSP dan dapat juga pencen.

Sunday, March 24, 2013

Gerai The Red Warriors, Berhadapan Giant Batu Caves

 
Tengah hari tadi tengok rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) di TV3. Terpikat dengan satu gerai di berhadapan Giant, Batu Caves iaitu Gerai The Red Warriors (TRW) di Taman Samudera. So apa lagi, saya terus terjah ke sana.
Rupanya JJCM pi kat TRW di pada 21 Februari 2013 yang lepas. Actually gerai ni dah berapa kali saya perasan bila pi Giant tapi tak pernah pula singgah. 
Laksa dan laksam adalah antara makanan yang menjadi kegemaran di Kelantan. 
Hmmm, bihun ngan telur mata pun ada.
Apa agaknya dalam bungkusan ni. Sudah tentu nasi berlauk ayam.
Anyboday suka makan lompat tikam? Tak tahu le macam mana diaorang dapat nama makanan ni. 
Cekodok pisang pun ada.
 
Pisang goreng kalau makan selepas ianya dimasak memang sedap, maklumlah masih panas-panas kan.
Ini kat Kelantan diaorang panggil kaki ayam. Bukan diperbuat daripada kaki ayam ya tetapi ianya adalah ubi keledek yang dipotong halus dan digoreng dengan tepung.
Bagi kaki ayam ni, diaorang jual satu mangkuk RM1. Memang sedap dan ianya garing. Bagi pisang goreng pula, memang terbaik @RM1 untuk 3 keping.
Nasi berlauk ayam memang sedap ditambah pula dengan sambal lada, memang perfect. Alamak, tak tanya pula berapa harag nasi untuk satu bungkus ni.
Laksa ni memang terasa kepekatan kuah ikan, memang cukup sedap. Tak macam di sesetengah tempat yang mana kuahnya cair dan tak terasa sangat ikannya. Aa juga beli bihun tapi belum sempat nak rasa, anak dah makan habis, maknanya memang sedaplah.

So kalau nak rasa makan nasi berlauk ayam or laksam or laksa or pisang goreng or lompat tikam, apa kata singgah le di TRW Batu Caves ya.