Pages

Monday, January 31, 2011

Harga Minyak @Petrol RON97 Naik Lagi 10 Sen Seliter to RM2.50 Lagi (1 Februari 2011)

Sebelum ini petrol RON97 naik 10 sen kepada RM2.40 pada awal bulan Januari 2011. Kini, bermula 1 Februari 2011, ianya akan naik lagi sebanyak 10 sen kepada RM2.50. Itulah laporan thestar, "RON97 petrol up 10 sen to RM2.50, sources say".

Boleh juga baca pandangan bloggers:
  • myvitrd: RON97 naik 10 sen lagi tengah malam ini

  • akudansesuatuz: harga terkini @semasa RON97 1 Februari 2011. Naik 10 sen lagi

Redmummy Dapat Income Hampir RM15,000 Sebulan in Januari 2011: Jom Tengok Tips

Memang betul redmummy dapat hampir RM15,000 pendapatan from blogging, iaitu nuffnang dan churpchurp. Memang banyak kan, ianya bukan untuk setahun tapi untuk sebulan. Rasanya kalau saya nak dapat banyak tu untuk setahun pun memang sangat susah.

Tengoklah income from nuffnang aja dah lebih RM12,000.

Manakala ngan churpchurp pula lebih RM1,500.

So macam mana nak dapat income sebanyak ini?:
  • Blog nicely, jangan kutuk orang

  • Kerja kuat bagi mengejar hits

  • Jangan kedekut dengan readers, ada rezeki share-share le
Nak tahu lagi tips, jom terjah.

Jadual Perlawanan Piala FA 2010/2011 (Pusingan ke-5)

Inilah Piala FA yang menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak. Cabutan telah dibuat bagi menentukan lawan masing-masing.

Mengikut ESPN, perlawanan pusingan ke-5 yang melibatkan 16 pasukan akan bertemu pada 19 Februari 2011 seperti berikut:
  • Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan bertemu pasukan bukan liga, Crawley Town (yang mana pasukan pertama bukan dalam liga dalam masa 17 tahun). Bermain di Old Trafford dan dengan Crawley Town rasanya tidak menjadi masalah besar untuk Man Utd meneruskan ke perlawanan suku akhir (8 pasukan)

  • Arsenal akan berkunjung ke Leyton Orient, pasukan yang bermain di League One. Arsenal juga rasanya mempunyai peluang yang cerah untuk menang jika dilihat dengan banyak pemain-pemain yang berwibawa dan Arsene Wenger mempunyai pilihan
Kita nantikan pada 19 Februari nanti, pasukan yang mana bakal melangkah ke pusingan seterusnya.

Join Churp Churp Dapat Duit

Sekarang anda boleh buat duit dengan churpchurp? Setelah 6 bulan join churpchurp earnings ada le lebih kurang RM40.00. Walaupun tak banyak, it is OK kan, lagipun for fun aja. Senang aja nak join:
  1. Login laman web churpchurp

  2. Lepas tu click button "signup" then isi butiran i.e. e-mail address, password, alamat, IC dan sebagainya

  3. Then, dalam tu anda boleh mula share kempen @iklan melalui e-mail ke, facebook ke, twitter ke, blog ke or apa-apa le

  4. Income dikira iaitu setiap unique click dari link yang kita promote dapat RM0.20, so bila dah cukup RM100, bolehlah cashout

  5. So apa lagi bagi yang mempunyai ramai followers atau friends, jom join churpchurp
Ini adalah contoh earnings yang saya dapat.

Sunday, January 30, 2011

Arsenal Menang 2-1 Menentang Huddersfield Town (Pusingan Ke-4 Piala FA): 30 Januari 2011

Arsenal menang 2-1 menentang Huddersfield Town dalam pusingan ke-4 Piala FA yang berlangsung malam ini, 30 Januari 2011. Pusingan ke-5 (16 pasukan) akan berlangsung pada 19 atau 20 Februari 2011 nanti.

Pada perlawanan menentang Huddersfield Town, Arsenal mendahului dengan sepakan Nicklas Bendtner terkena pemain Huddersfield, Peter Clarke dan GOL buat Arsenal pada minit ke-22. Sebelum tamat separuh masa pertama, pemain Arsenal, Sebastien Squillaci dilayangkan kad merah akibat kekasaran yang dilakukan dan Arsenal bermain dengan 10 orang.

Pemain Huddersfield, Alan Lee akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit yang ke-66 setelah sebelum itu mendapat beberapa percubaan.

Pemain gantian Arsenal, Cesc Fabregas dimasukkan menggantikan Abou Diaby pada 20 minit terakhir menjaringkan penalti pada minit yang ke-86. Keputusan kekal Arsenal 2-1 Huddersfield Town sehingga tamat permainan.

Keputusan Pilihanraya Dun Tenang N5, Johor (30 Januari 2011): BN Menang

Keputusan pilihanraya Dun Tenang N5, Johor sudah diumumkan sebentar tadi. Barisan Nasional menang dengan majoriti 3,707 undi mengalahkan calon PAS. Untuk keterangan lanjut boleh lawati:
  • Berita Harian: DUN Tenang, BN menang majoriti besar 3,707 undi

  • The Star: BN wins Tenang State seat by 3,707 votes
Tahniah diucapkan kepada calon BN yang menang pilihanraya Dun Tenang N5, Johor dan apa yang penting dapat berbakti dan berkhidmat untuk rakyat dengan sebaik yang mungkin. Jadikan ianya sebagai amanah.

Mengapa Protes @Tunjuk Perasaan Berlaku di Mesir @Egypt

credit: al-jazeera

Dalam masa lebih kurang seminggu yang lepas dan sampai sekarang, protest @tunjuk perasaan masih berlaku di Mesir @Egypt. Mengikut kosmo, lebih 74 orang maut dan lebih 2,000 orang cedera.

Mengapa keadaan ini berlaku? Rakyat Mesir tidak berpuas hati dengan pentadbiran presiden, Hosni Mubarak yang mana keadaan ekonomi terutamanya kemiskinan, pengganguran dan corruption berlaku setelah Hosni Mubarak memerintah lebih dari 30 tahun.

Mengikut al-jazeera, pada hari Jumaat (28 Januari 2011), talian internet dan telefon mengalami gangguan. Dari segi ekonomi @kewangan, pasaran saham di Arab Saudi menjunam lebih 6%, pada hari Sabtu dan emas naik lebih kurang 2% pada hari Jumaat dan ianya kenaikan tertinggi dalam masa 8 minggu.

Apa-apa pun, kita harap krisis ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik tanpa penumpahan darah yang lebih ramai.

Segmen Kenali Blogger: zura @merry go round

Salam dan selamat tengah hari. Hari ini, minggu yang ke-39, segmen ini diteruskan bersama zura @merry go round. Agak-agakna zura ni suka main merry go round masa kecil. By the way, blog zura bermula sejak Januari 2009 lagi, memang lama juga le. Tapi sebelum tu, nak minta maaf le sebab copy gambar-gambar dalam blognya.

Suka dengan entry ni, rasanya ramai yang mengalami situasi ini semasa nak parking kereta. Bayangkan kita dah tunggu, tetiba aja ada orang nak songlap parking tu, bengang le juga, tapi nak gaduh kan buang masa aja, buat dek aja le.

Memang zura ini suka masuk contest. Bagus juga masuk kan, di samping dapat mengenali lebih dekat bloggers lain, kalau nasib baik menang le kan.

Apa benda ni, macam pelik aja. Inilah resepi yang orang tak pernah buat, ianya dodol goreng. Macam-macam benda orang goreng sekarang kan, cendawan le, aiskrim le, apa kata kita goreng belacan mungkin sedap kot.

Sebut aja bloggers memang tak terlepas dengan join the largest advertising company kat asia pasifik, iaitu nuffnang. Tengok tu banyak betul iklan kat blog zura. Kalau nak mengenali lebih dekat jom terjah merry go round.

Kelantan Juara @Johan Piala Sumbangsih 2011 Buat Pertama Kali & Keputusan Penuh Liga Super 2011

Tahniah buat Kelantan setelah menang 2-0 melawan Selangor dalam Piala Sumbangsih 2011. Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha dengan sepakan penalti yang tenang dan satu lagi gol oleh kapten Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi. Therefore, Kelantan berjaya bergelar juara @johan Piala Sumbangsih buat pertama kali.

Lebih menggembirakan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat dianugerahkan pemain terbaik pada malam ini.

Permainan secara keseluruhan menghiburkan walaupun terdapat insiden yang kurang baik apabila penonton membaling mercun ke padang yang menyebabkan pengadil terpaksa memberhentikan permainan lebih 5 minit.

Apa-apa pun, semoga permainan bola sepak tempatan lebih baik di masa akan datang dan penonton-penonton tidak begitu beremosi.

Di atas adalah keputusan penuh Liga Super 2011 yang berlangsung hari ini, 29 Januari 2011.

Saturday, January 29, 2011

Live Keputusan Terkini Kelantan vs Selangor: Piala Sumbangsih (29 Januari 2011)

Update (KELANTAN 2-0 SELANGOR): (Keputusan penuh Liga Super 2011)
Live Keputusan Terkini Kelantan vs Selangor: Piala Sumbangsih (29 Januari 2011):
  • PERMAINAN SUDAH TAMAT DENGAN KELANTAN MENANG 2-0 MENENTANG SELANGOR SETELAH SHAHRUL IDLAN DAN BADHRI MENJARINGKAN GOL

  • Sekarang sudah 2 minit di dalam masa tambahan, Kelantan bermain passing

  • Tinggal lagi 5 minit permainan, nampaknya Selangor terus berusaha untuk mendapatkan gol pertama. Setelah Sritharan masuk, terdapat juga perubahan positif dari segi serangan Selangor

  • 80": Sritharan membuat percubaan tapi dapat diselamatkan baik oleh Fahmi

  • 78": Amri Yahyah (Selangor) dibawa keluar dan diganti oleh Sritharan maybe disebabkan performance yang tidak baik terutamanya bila bola hilang di dalam kawalan dan Amri tidak mengambil inisiatif untuk mengejar

  • 76": Mohd Badhri dibawa keluar akibat kecederaan

  • 74": Mohd Badhri menjaringkan gol dengan tendangan percuma dengan lencongan yang cantik terus ke gawang gol

  • 66": Hardi dikeluarkan dan dibawa kepada Fazilidin, maybe disebabkan Hardi tidak dapat mengawal emosi

  • 65": Rembatan kuat Safee Sali dapat diselamatkan oleh Fahmi

  • Mohd Hardi (Selangor) jatuh akibat lompatan dan marah kepada pengadil kerana complaint sebab pengadil tidak memberhentikan permainan

  • Permainan diteruskan dan syabas kepada pengadil yang tegas dalam mengendalikan perlawanan malam ini

  • Permainan dihentikan sudah lima minit. Di scoreboard terdapat tulisan "Permainan dihentikan akibat baalingan objek ke padang"

  • 62": Pengadil memanggil assistance kerana balingan mercun ke padang. Permainan dihentikan seketika dan jika berterusan, kemungkinan permainan dihentikan

  • 57": Pemain Kelantan, Danial Fadzley dibawa keluar menggantikan Khairul Izwan

  • 51": Percubaan Safee Sali yang terlepas perangkap offside tidak begitu kuat dapat ditangkap kemas oleh Fahmi. Hantaran tersebut dibuat oleh Amri Yahyah. Memang itulah kelebihan Safee Sali, hantaran cantik diperlukan untuk membuat percubaan

  • Separuh masa kedua baru aja bermula dengan Safiq Rahim dibawa keluar bagi pertukaran akibat kecederaan dan diganti dengan Fitri Shazwan

  • 45": Tendangan jauh Hardi (Selangor) tersasar dan permainan separuh masa tamat dengan kedudukan Kelantan 1-0 Selangor. Jumpa lagi dalam masa 15 minit

  • 39": Tak sangka pancaran laser ke atas penjaga gol Kelantan, Fahmi, pihak bekuasa perlu memastikan ini tak berlaku lagi

  • 37": Solihin dijatuhkan di luar kotak penalti dan free kick diambil oleh pemain Kelantan melepasi palang

  • 34": Tandukan cantik Safee Sali berjaya menewaskan penjaga gol Kelantan, Fahmi tetapi terkena palang gol

  • 31": Daudsu telah dilayangkan kad kuning akibat kekasaran ke atas Gunalan, so far 4 pemain menerima kad kuning

  • 30": Sudah dua kali pemain-pemain Kelantan berjaya membuat perangkap offside

  • 27": Shahrul Idlan gagal untuk memberi impak yang tinggi setelah beliau "dikepung" oleh 5 pemain Selangor dan tiada pemain Kelantan yang membantu

  • So far dapat dilihat Solihin yang dibawa masuk from Negeri Sembilan banyak membantu Kelantan merobek pertahanan Selangor

  • Penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF, Safee Sali belum dapat bola yang cantik bagi diterjemahkan kepada jaringan

  • 18": Mohd Shakir dilayangkan kad kuning akibat kekasaran ke atas pemain Selangor

  • 17": Pemain lebih rancak sekarang ini dengan Selangor menggandakan tetapi mudah ditangkap oleh Khairul Fahmi

  • 13": Shakir menyelamatkan tandukan pemain Selangor, kalau tidak keputusan seri

  • 11": Counter attack from Selangor dapat diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan

  • 10": Safiq dilayangkan kad kuning setelah membuat terjahan kuat ala kungfu kepada pemain Kelantan

  • 8": Shahrul Idlan dengan tenang menewaskan penjaga gol Selangor, Mohd Iqbal. Kedudukan Kelantan 1-0 Selangor

  • 7": Mohd Nurul dijatuhkan di dalam petak penalti oleh Razman (Selangor). Kad kuning dilayangkan dan sepakan penalti dihadiahkan kepada Kelantan

  • Setelah 4 minit permainan, nampaknya Kelantan banyak membuat hantaran dan cubaan yang baik

  • 2": Sepakan percuma di luar kotak penalti oleh Mohd Badri sedikit tersasar. Pembukaan menarik oleh skuad Kelantan

  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan Kelantan memakai jersi putih dengan petak merah manakala Selangor pula merah kuning. Senarai pemain-pemain bagi Kelantan dan Selangor seperti di bawah





Previous Entry

credit: ammboi

I am sure ramai yang tak sabar untuk mengetahui secara live keputusan terkini perlawanan Piala Sumbangsih di antara Kelantan vs Selangor yang akan memulakan perlawanan pada pukul 8.45 malam ini, 29 Januari 2011. Siaran langsung @live boleh diikuti di Astro Arena @channel 801 bermula 8.30 malam dan juga TV1 pada pukul 8.40 malam.

Kalau tak ada apa-apa halangan, saya akan update untuk perkembangan terkini. Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Shah Alam. Sukar diramalkan pasukan mana yang akan menang kerana mereka mempunyai kelebihan masing-masing.

KELANTAN
  • Kehilangan banyak pemain-pemain stars i.e. Akmal Rizal, Hairuddin, Azizi, Indra Putra dan Nor Farhan

  • Kemasukan pemain-pemain yang berpengalaman bagi menguatkan pasukan i.e. Khalid Jamlus dan Wan Rohaimi

  • Pengurus pasukan, Sathianathan letak jawatan setelah digantung 6 bulan oleh FAM tetapi Karathu mengambil alih peranan tersebut

  • Mempunyai pemain-pemain yang mempamerkan aksi cemerlang di Piala Suzuki AFF yang lepas iaitu penjaga gol, Khairul Fahmi dan penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha

  • Penyokong yang memberi semangat yang kuat dalam setiap perlawanan
SELANGOR
  • Mempunyai ramai pemain kebangsaan yang bermain dengan cemerlang i.e. Safee Sali, Safiq Rahim, Amri Yahyah, Amirul Hadi, Asraruddin dan Razman Roslan

  • Rekod permainan lebih berpihak kepada Kelantan yang mana dalam 4 perlawanan terdahulu Selangor seri 3 kali dan kalah sekali

  • Bermain di gelanggan sendiri boleh memberi kelebihan kepada Selangor
Kita nantikan keputusan terkini secara live di Astro Arena malam ini.

Jadual Perlawanan Liga Super 29 Januari 2011

Perlawanan Liga Super 2011 akan bermula pada hari ini, 29 Januari 2011 dan berakhir pada 30 Julai 2011 di antara 14 pasukan. Sudah pasti perlawanan yang sangat ditunggu-tunggukan ialah di antara Selangor dan Kelantan iaitu pertemuan ini juga sebagai perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah.

Di samping itu perlawanan-perlawanan lain yang tidak juga kurang hebatnya adalah:
  • Kedah vs T-Team

  • Negeri Sembilan vs Harimau Muda A
Agak-agaknya pasukan mana yang akan muncul juara Liga Super 2011, adakah Kelantan? Selangor? Kedah? Negeri Sembilan? T-Team? Sama-sama le kita tunggu setelah 26 perlawanan tamat nanti.

Dividen @Bonus Tabung Haji Sebanyak 5.5% Tahun 2010

Mengikut Berita Harian, Tabung Haji mengumumkan dividen @bonus sebanyak 5.5% bagi tahun kewangan 2010. Dividen tahun 2010 adalah lebih baik jika dibandingkan dengan 5.0% pada tahun 2009.

Pengiraan dividen adalah berdasarkan baki simpanan terendah bulanan sepanjang tahun kewangan berkaitan. Baki terendah bulanan bermaksud baki simpanan selepas mengambil kira pergerakan urusniaga simpanan dan pengeluaran setiap bulan.

Bagi 13 tahun yang kebelakangan, purata dividen adalah sebanyak 5.25% dan yang paling tinggi ialah pada tahun 1998 dan 1999 iaitu sebanyak 8.0% dan terendah pada tahun 2001 iaitu 3.25%. By the way, pada tahun 2007, dividen sebanyak 7% termasuk 2% adalah dividen khas.

Friday, January 28, 2011

Jenama Kereta Yang Paling Hot 2010 di Malaysia

Just nak share mengenai jenama kereta yang paling top kat Malaysia pada tahun 2010. Mengikut thestar, Perodua masih berada di tangga teratas sebagai kereta paling laris di Malaysia iaitu sebanyak 188,641 ataupun 31.2% dari keseluruhan kereta yang dijual.

Nombor dua adalah kereta Proton yang mana market share mereka telah jatuh from 27.6% kepada 26%. Nampaknya Proton kena buat something kalau tak, Perodua akan terus menjauhkan diri. Maybe tak boleh nak lawan dari segi harga aja, kena improve more on quality, customer service, image dan macam-macam lagi.

Bagi kereta non-national pula, Toyota, Honda dan Nissan mencatat 28.2%. Not bad juga, tetapi saya percaya kalau harganya lebih murah nanti, maybe pada tahun 2015 dengan mengenalan AFTA, lebih ramai lagi yang akan membeli kereta bukan nasional, i.e. Vios, City dan Livina.

Apa pandangan mengenai harga minyak @petrol diapungkan mengikut harga pasaran dan harga kereta masih "dikawal"?

Ada Blog, Jom Tambah Duit Dengan HeartBeat



Pernah dengar tak mengenai heartbeat? Ianya salah satu dari syarikat yang menjual pelbagai hadiah seperti mugs, t-shirts, photo frame, cushions dan macam-macam lagi. Di samping itu, bagi yang mempunyai blog atau website boleh juga mengiklankan site ini @affiliate bagi menjana pendapatan.

Jangan risau bagi mereka yang letak iklan nuffnang kerana heartbeat ini tidak akan menjejaskan status glitterati anda. Macam mana nak register dengan heartbeat, jom check it out:
  • Masuk site heartbeat


  • Then click seperti di atas yang berada di sebelah atas kiri website

  • Then click create account dan isi maklumat

  • Selepas selesai click "MY HB! Affiliate"

  • Pas tu click icon "Get A Code" dan settle

  • Kat bawah ni cara-cara yang boleh dibuat untuk mendapatkan income
  • Sebagai contoh anda akan dapat RM2 jika ada orang mendaftar heartbeat|Affiliate, 15% of total purchase melalui refferal purchase dan 4 sen setiap genuine click. Bila cukup RM50 boleh cashout
So apa lagi, jom daftar heartbeat.

Nasi Berlauk Ayam di Gerai Nur FZ @Taman Melawati Kuala Lumpur

Jom kita makan nasi berlauk ayam di Nur FZ. Ianya terletak di Taman Melawati tak jauh dari Ziemil Corner. Kalau masuk simpang selepas keluar dari Petronas, ianya sebelah kiri dan berhadapan dengan Ziemil Corner. In addition, ianya terletak sebelah 7-11. Memang sedap, ada timun dan juga sambal lada. Ratingnya ialah 8.5 out of 10 pada harga hanya RM3.50 satu pinggan.

Tengok tu macam-macam lauk ada di gerai Nur FZ ni. Selain dari nasi berlauk, sajian lain adalah nasi lemak, nasi kerabu dan juga nasi dagang. Kalau tak silap ianya dibuka setiap hari from 8.00 pagi hingga 4.00 petang. So apa lagi, cuba jangan tak cuba.

Thursday, January 27, 2011

Kedudukan Terkini Liga Perdana Inggeris EPL BPL 2010/2011: 27 Januari 2011

Credit: ESPN

Inilah kedudukan terkini sehingga 27 Januari 2011, Liga Perdana Inggeris EPL BPL 2010/2011:
  • Manchester United masih mengekalkan status pendahulu liga setelah bermain 23 perlawanan dan masih memang rekod tanpa kalah. Adakah Man Utd berjaya menyamai rekod yang dipegang oleh Arsenal pada musim 2004/2005?

  • Arsenal pencabar terdekat Man Utd mencatat 26 mata iaitu 5 mata di belakang mampu memberi tekanan kepada pendahulu sekiranya bermain dengan lebih consistent terutamanya setelah Robin Van Persie sembuh dari kecederaan. Gandingan mantap Van Persie-Fabregas-Walcott. Dalam 4 perlawanan sebelum ini (Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Piala Liga), Persie menjaringkan 6 gol, Walcott dan Fabregas masing-masing satu gol. Yang penting semangat berpasukan

  • Manchester City yang bermain lebih satu game berada di tangga ke-3 dengan perbezaan satu mata compared with Arsenal

  • Liverpool yang diurus oleh Kenny Dalglish berjaya berada di tangga ke-7 dan kalau permainan lebih consistent tak mustahil mereka akan berada di dalam 5 pasukan teratas sehingga habis musim ini
Apa-apa pun, masih ada baki 14 or 15 permainan lagi iaitu 40% daripada 38 perlawanan sebelum kita dapat mengetahui pasukan mana yang berjaya merangkul Juara Liga Perdana Inggeris EPL BPL 2010/2011.

Saya Mahu Sponsored Post dari Eyriqazz.Com

Salam dan selamat pagi. Memang betul saya mahu sponsored post dari Eyriqazz.com. I am sure ramai yang mengenali bro eyriqazz yang tengah naik sekarang. Di samping itu, eyriqazz yang terkenal dengan trademark, banyak menang contest dan juga banyak dapat sponsored post / advertorial jobs from nuffnang. Yang bagusnya eyriqazz ingin berkongsi kegembiraannya dengan orang lain.

Inilah secara ringkas syarat-syarat from eyriqazz:
  • Buat satu entry bertajuk "saya mahu sponsored post dari Eyriqazz.com" dan sertakan sebab kenapa nak sponsored post tu

  • Letak gambar GTO kat atas tu

  • 10 entries terpilih akan mendapat job dan akan dibayar RM30 cash / top up

  • Tinggal permalink kat entry tersebut

  • Tarikh tutup ialah 28 Februari 2011
So inilah sebab saya mahu sponsored post dari Eyriqazz.com:
  • Nak merasai pengalaman menulis "sponsored post"

  • Berkongsi dengan pembaca mengenai sesuatu isu / tugasan dengan cara yang paling mudah difahami

  • Mempelbagaikan kaedah dan cara penulisan bagi menarik minat lebih ramai orang lagi membaca blog dan seterusnya menaikkan status dunia blogging
So apa lagi jom join, contest bro eyriqazz ni.

Wednesday, January 26, 2011

Bila Boleh Cashout Earnings @Churp Churp Ni?

Rasanya ramai yang tahu mengenai churpchurp ni, iaitu adik beradik nuffnang. Ianya salah satu channel pengiklanan. Yang uniknya chupchurp ni, kita boleh share dekat facebook ke, e-mail ke, blog ke, twitter dan macam-macam lagi.

Dah lupa dah berapa lama berkecimpung dalam churpchurp ni. So far earnings from churpchurp ni just above RM40, tak sure le bila agaknya boleh cashout kerana minimum adalah RM100. Apa-apa pun, for fun kan, interest first, people second and money later. So kalau yang nak daftar, jom churpchurp now.

Arsenal Melangkah Ke Final: Menang 3-0 Menentang Ipswich Town (Piala Liga)

credit: telegraph.co.uk

Arsenal bakal menjulang piala musim ini setelah menunggu lima tahun tanpa sebarang kejuaraan setelah menang bergaya 3-0 menentang Ipswich Town di separuh akhir Piala Liga seond leg. Dengan keputusan ini, Arsenal melangkah ke final dengan aggregate 3-1 setelah kalah 0-1 di pusingan pertama.

Gol-gol Arsenal dijaringkan oleh:
  • Nicklas Bendtner (61")

  • Laurent Koscielny (64")

  • Cesc Fabregas (77")
Dalam perlawanan final nanti yang dijadualkan pada 27 Februari 2011, Arsenal bakal bertemu either Birmingham City ataupun West Ham United.

Keputusan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada hari ini, 26 Januari 2011 adalah:
  • Blackpool 2-3 Manchester United
    • Blackpool (Craig Cathcart, DJ Champbell)
    • Man Utd (Dimitar Berbatov: 2 gol, Javier Hernandez)

  • Wigan 1-2 Aston Villa
    • Wigan (James McCarthy)
    • Aston Villa (Gabriel Agbonlahor, Ashley Young: penalti)

Tuesday, January 25, 2011

Cantik Tak Rak Buku Tiger Ni?

Last weekend pi Jusco Wangsa Maju nak tertarik dengan rak buku ni. Kebetulan, perlukan benda alah ni. Dengan colournya yang menarik pasti kanak-kanak menyukainya.

Actually rak buku ni combination of normal rak yang tiga level yang diperbuat dari kayu yang berwarna putih dan oren. Rak ni boleh diperoleh @RM34.00 dan of course kita kena pasang sendiri, tak susah sangat, perlu screwdriver aja.

Di samping itu, aktiviti ini boleh merapatkan hubungan kekeluargaan yang mana anak-anak boleh tolong sekali. Apabila siap mereka rasa happy.

Yang ni ialah "kotak" kain yang boleh dilipat dan kat Jusco tu kalau tak silap ada corak lain satu lagi iaitu rabbit. By the way, benda alah ni @RM12 satu. Boleh dijadikan hiasan dan at the same time berfungsi sebagai "drawer".

So inilah pandangan dari atas. So kos untuk satu set rak buku ngan "drawer" ini ialah RM70.

Monday, January 24, 2011

Problem Ngan Virus Sudah Selesai, Thanks Kaspersky Consultant

Pagi tadi ada buat entry mengenai komputer diserang virus. Secara ringkasnya macam mana boleh kena virus attack sedangkan ada perlindungan anti-virus Kaspersky.

So call le Kaspersky consultant then dia suruh remove file tu tapi tak dapat "access denied". Pas tu suruh guna "system restore" pun tak boleh then cuba click kaspersky pun tak boleh. Memang program tu sudah disable functions.

Untuk makluman, actually perisian /software "Spyware Protection" tu adalah sejenis fake anti-virus yang mana telah didownload dalam komputer. So lepas tu benda alah tu, masukkan virus dan suruh kita indirectly beli anti-virus syarikat mereka le.

By the way, anti-virus yang sedia ada dalam komputer i.e. macam in my case kaspersky telah disable oleh "Spyware Protection".

So setelah mencuba beberapa teknik delete file or program "nakal" ni, so kaspersky consultant suruh guna delete melalui "safe mode". Caranya adalah:
  • Tekan button start (sebelah bawah kiri): Windows 7
  • Lepas tu restart komputer
  • Immediately lepas restart tu tekan banyak kali, F8
  • Then black screen keluar
  • Pilih safe mode
  • Icon desktop jadi besar then carilah file yang nak didelete tu, i.e. in my case "defender"
  • So berjaya delete then scan "Start full scan"
  • Tengok tu ada lebih 5 viruses / trojans yang menyerang
Tu le caranya, good to have you back, kaspersky. So kesimpulannya:
  • Jangan lawat blog or website yang boleh "mengacau" your computer. Tak kira le famous mana blog tu. Maybe ramai gak yang mengalami benda alah ni

  • Tak tahu kenalah tanya yang tahu ya, cuba gak cari dalam internet tapi tak begitu faham sebab ianya quite technical juga. So call le customer service / consultant anti-virus

  • Jangan lupa dalam komputer kena ada protection, anti-virus yang terkini, so far kaspersky tak ada masalah

  • Jangan download perisian yang anda tidak begitu confident sebab ditakuti ada "hidden agenda"
Maybe anda boleh tambah lagi langkah-langkah untuk mengelakkan serangan virus / malware / trojan ni.

Komputer Diserang Virus

UPDATE: Problem virus sudah selesai


Buka komputer pagi tadi, then masuk internet so selepas masuk satu blog yang famous tu, then tetiba je diserang oleh virus. By the way, sekarang ni guna laptop. Yang peliknya, komputer tu memang ada guna anti-virus kaspersky internet security 2010 tapi dah renew guna 2011. Laptop ni guna yang 2011.

Kat komputer tu, spyware protection (defender) scan dan banyak files dah kena, so nak buka mozilla firefox tak boleh, paint tak boleh, anti-virus kaspersky pun tak boleh, entahlah tak tahu nak buat macam mana. Yang peliknya, internet explorer boleh pula buka.

Antara virus yang sudah masuk antaranya adalah:

Takkan nak register "spyware protection" kot since dah ada anti-virus. Apa-apa pun, kepada yang pernah mengalami, maybe would like to share something. Thanks in advance.

Sunday, January 23, 2011

Keputusan Live Lee Chong Wei vs Taufik Hidayah: Final @Akhir Kejohanan Proton Terbuka Badminton Malaysia 2011 (23 Januari 2011)


Update: Lee Chong Wei menang menentang Taufik Hidayah dalam masa 37 minit dengan 21-8 dan 21-17. Tahniah diucapkan kepada Lee Chong Wei di atas kemenangan tersebut dan semoga mencapai lebih banyak lagi kemenangan pada masa yang akan datang.

Previous Entry
I am sure ramai yang tak sabar untuk tengok keputusan live pertandingan badminton akhir @final Kejohanan Proton Terbuka Badminton Malaysia 2011 pada hari ini, 23 Januari 2011 terutamanya perseorangan lelaki antara Lee Chong Wei (Malaysia) vs Taufik Hidayah (Indonesia).

Perlawanan akhir boleh diikuti secara live di TV1 dan Astro (channel 801: Arena, 811: Astro SuperSport dan 831:Astro SuperSport HD) bermula pukul 2.00 petang tadi sehingga berakhirnya semua finals, i.e. beregu campuran, beregu wanita, beregu lelaki, perseorangan wanita dan perseorangan lelaki.

Semasa entry ini ditulis pada pukul 4.15 petang, keputusan adalah seperti berikut:
  • Beregu Campuran
    • He Hanbin dan Ma Jin (China) mengalahkan Tao Jiaming dan Tian Qing (China) dengan 21-13, 13-21 dan 21-16 dalam masa 1 jam 3 minit

  • Beregu Lelaki
    • Chai Biao dan Guo Zhendong (China) mengalahkan Mads Conrads-Petersen dan Jonas Rasmussen (Denmark) dengan 21-16 dan 21-14 dalam masa 40 minit
Selepas ini, pertandingan untuk perseorangan wanita seterusnya beregu wanita dan akhirnya perseorangan lelaki antara Lee Chong Wei (Malaysia) vs Taufik Hidayah (Indonesia). Mengikut pertandingan lepas, Lee Chong Wei memenangi 10 manakala Taufik sebanyak 6 kali.

Untuk hari ini, China sudah menjadi JUARA dua kali iaitu beregu campuran dan beregu lelaki. Selepas ini pun, bagi perseorangan wanita dan beregu wanita pun sudah pasti milik China juga kerana ianya antara pemain-pemain China. Yang satu lagi or game yang ke-5 untuk hari ini antara Malaysia ataupun Indonesia.

Kita saksikan nanti keputusan secara live di TV1 ataupun Astro. Anda juga boleh mengikuti keputusan terkini di sini.