Pages

Tuesday, August 31, 2010

Ayam Tandoori

Ni le ayam tandoori, made in bazar Ramadan, kat taman melawati. Ayamnya yang garing dan rempahnya memang sedap. RM4 seketul or RM10 untuk 3 ketul. Rasanya harga berpatutan. Mengikut penjual, ayam seekor tu belah 4.

Takaful Raya Tune Money

Sekarang ni ada beberapa produk insurans dan juga takaful (Islamic insurance) yang ada di pasaran berkaitan dengan raya. Yang saya nak citer kat sini ialah from tune money, iaitu Tune Raya Takaful.

Ianya serendah RM10 bagi satu keluarga of 4 (ibu, bapa dan dua orang anak). Yang lebih daripada 2 anak ada tambahan berdasarkan skim mana yang kita ambil.

Table kat atas adalah ringkasan mengenai Tune Raya Takaful scheme. Sebagai contoh anda pilih skim 2 dan mempunyai keluarga of 6 termasuk 4 anak so jumlah keseluruhan yang perlu dibayar ialah RM25 (RM20 + RM5) sebab setiap tambahan anak dikenakan pembayaran RM2.50. Boleh rujuk FAQ dan Tune Raya Takaful untuk keterangan lanjut.

Kalau nak ambil perlindungan or guarantee each other sempena raya ni, saya cadangkan pilihlah takaful rather than conventional insurance. Sedikit info from Business Times untuk pemahaman yang lebih mendalam.

Selamat Hari Merdeka

Credit: afiqafiq

Selamat menyambut hari kemerdekaan buat Malaysia yang ke 53. Tema Hari Kemerdekaan tahun 2010 ialah 1Malaysia Menjana Transformasi.

Apa yang penting kita bekerjasama bagi membuat perubahan ke arah kebaikan untuk kebahagian bersama. Tiada satu pihak atau kaum atau kumpulan yang terpinggir dengan arus perdana. Ini sangat penting bagi menjamin kestabilan negara yang kita cintai.

Satu lagi kita perlu tahu erti kemerdekaan dan ianya bebas dari semua segi yang mana kita fikirkan tidak baik. Kita perlu bebas untuk berfikir secara tenang bagi menghasilkan output yang terbaik. Selamat hari merdeka.

Monday, August 30, 2010

Senarai Pemain Skuad Arsenal 2010/2011

Ni lah senarai pemain skuad arsenal bagi tahun 2010/2011. By the way, gambar ni diambil from website arsenal.

Inilah pengurus arsenal, Arsene Wenger. Wenger berasal dari Perancis dan mula bersama Arsenal pada tahun 1996, hampir 15 tahun. Antara kejayaan beliau adalah menang tiga kali liga inggeris, empat kali FA Cups dan empat kali Charity / Community Shields. Teringin betul kalau Arsenal dapat menjadi juara Liga Juara-Juara 2010/2011 nanti. Memang suka cara melatih pemain dan fokus pada pemain-pemain muda.

Inilah kapten Arsenal, iaitu Cesc Fabregas. Nasib baik bersama-sama dengan Arsenal tahun ini kerana sebelum ini dengar ura-ura yang beliau akan ke Barcelona. Telah bersama-sama Sepanyol bagi menjulang juara Piala Dunia 2010. Walaupun baru berumur 23 tahun, tugas sebagai kapten digalas dengan baik. Mula bersama-sama Arsenal sejak berumur 16 tahun dari Barcelona.

Telah menjaringkan 15 gol di Liga Perdana Inggeris 2009/2010. Memang salah seorang pemain yang disegani di peringkat antarabangsa.

Salah seorang penyerang Arsenal, Robin van Persie, memakai jersi bernombor 10. Pemain kelahiran Belanda ini mula menyertai Arsenal pada tahun 2004 from Feyenoord. Musim lepas menjaringkan 9 gol dan melumpuhkan Arsenal bagi mencapai juara liga disebabkan kecederaan. Pakar bagi goal taker / maker dan juga free kick. By the way, sebelum ni Dennis Bergkamp juga memakai jersi bernombor 10.

Seorang lagi striker, Marouane Chamakh baru sahaja bersama Arsenal pada 21 Mei 2010 from Bordeaux, France. Pemain yang berasal dari Perancis ini telah menjaringkan satu gol dalam liga Perdana Inggeris. Sejak dulu lagi Wenger berminat dengan kepantasan dan kelincahan Chamakh.

Pemain yang berasal dari England ini, Theo Walcott telah menjaringkan 4 gol. Sebagai seorang stiker, memang ianya menggerunkan pertahanan lawan. Walcott telah menjaringkan a hat-trick semasa Arsenal menang 6-0 menentang Blackpool.

Pemain tengah yang berasal dari Rusia ini telah mula bersama Arsenal pada tahun 2009. Andrey Arshavin, itulah namanya. Menjaringkan 10 gol musim lepas dan telah meledak masuk 2 gol musim ini. Dengan jaringan beliau telah memberi kemenangan kepada Arsenal 2-1 ke atas Blackburn pada perlawanan ke 3 musim ini.

Sebastien Squillaci, France baru sahaja dibwa masuk ke Arsenal pada 27 Ogos 2010. Pemain yang berusia 30 tahun ini adalah pemain squad France di Piala Dunia. Seorang central defender yang berpengalaman luas dan telah 36 kali bermain di perlawanan liga Juara-Juara dan 21 caps untuk France.

Pemain Belgium ini, Thomas Vermaelen adalah salah seorang pemain pertahanan. Walaupun posisinya di bahagian bawah, beliau telah menjaringkan 7 gol di peringkat liga perdana Inggeris pada musim 2009/2010. Tackling yang bagus dan juga boleh digunakan sebagai penyerang.

Manuel Almunia, Spain adalah penjaga gol utama bagi musim ini. Terkenal dengan penyelamat penalti. Telah bermain sebanyak 200 games bersama Arsenal. For the past 3 years bermain hampir 80% di dalam English Premier League.

Nelayan Ikan Bakar @Bazar Ramadan Taman Melawati

Weekend lepas pi bazar Ramadan kat Taman Melawati. Memang ramai betul, biasalah kat mana-mana pun penuh kan, nasib baik parking banyak kat area klinik melawati tu sebelah BP kalau tak silap.

Kat Nelayan Ikan Bakar ni memang kegeraman orang yang berkunjung kat sana. Maybe disebabkan lada dia tu. Biasanya beli ikan kembung or ikan cencaru. Harganya RM5-RM7 mengikut saiz. Cubalah memang sedap.

Tukar Duit Raya?

Hari tu ada pi tukar duit untuk raya. Mujurlah tak ramai lagi. Mudah aja, mintak borang then lepas isi ambil le nombor then tunggu giliran. Borangnya cukup senang, just isi nama dan nombor telefon serta denominasi dan jumlah nak tukar.

Mintak juga sampul raya tapi bank staff tu cakap belum ada lagi, tak kisah lah, janji dapat tukar duit untuk raya kan. Ingat lagi masa bebudak, rasanya kalau dapatRM1 tu kiranya banyak le, tapi sekarang ni nilai RM1 tu macam sikit aja.

So apa lagi jom tukar duit raya, tapi ingat, tak semestinya bila dah tukar kena habiskan semua, tak habis boleh juga guna kan, namanya duit.

esila

Adakah anda tahu apa itu esila? Ianya salah satu website Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Antara aplikasi di dalam esila ialah:
  • permohonan biasiswa politeknik
  • permohonan biasiswa dalam negara
  • permohonan biasiswa luar negara
  • permohonan biasiswa tajaan JPA/MARA

Terbaru ialah mengenai keputusan permohonan biasiswa di bawah program ijazah dalam negara tahun 2010 yang mana semakan boleh dibuat mulai 27 Ogos 2010 sehingga 3 September 2010. So kalau anda nak semak keputusan biasiswa ijazah dalam negara 2010, bolehlah lawati, esila.

Di samping itu di dalam laman web ni, ada juga pautan / link mygov, msc, portal eKL dan pemudah. So apa lagi, bagi yang berminat mengetahui lanjut, bolehlah lawati esila.

Sunday, August 29, 2010

Jadual Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (Timetable UEFA Champions League) 2010/2011

Update:
  • Jadual perlawanan peringkat 16 pasukan (credit: UEFA)




Previous Entry

UNDIAN LIGA JUARA-JUARA 2010/2011 (16 PASUKAN)

Bagi yang berminat, disertakan jadual perlawanan liga juara-juara (UEFA champions league's timetable) bagi 2010/2011. Jadual ni diambil kat uefa's website. Bagu kumpulan A hingga D, terdapat 2 pasukan from England iaitu Tottenham Hotspur (Kumpulan A) dan Manchester United (Kumpulan C).

Rasanya 8 teams yang akan meneruskan ke pusingan seterusnya bagi kumpulan A-D adalah:
  • Inter Milan
  • Werder Bremen
  • Lyonnais
  • Benfica
  • Valencia
  • Man Utd
  • Barcelona
  • Kobenhavn
Bagi kumpulan E to H, terdapat dua kelab inggeris iaitu Chelsea (Kumpulan F) dan Arsenal (Kumpulan H). Nampak gaya kumpulan G sangat sengit dan secara kasarnya saya rasa another 8 kelab yang akan join 8 kelab from A-D yang akan meneruskan ke pusingan 16 pasukan adalah:
  • Bayern Munich
  • Roma
  • Chelsea
  • Marseille
  • Real Madrid
  • Ajax
  • Arsenal
  • Shakhtar Donetsk
KEPUTUSAN TERKINI LIGA UEFA JUARA-JUARA EROPAH (9 DISEMBER 2010)

KEPUTUSAN TERKINI LIGA UEFA JUARA-JUARA EROPAH (25 NOVEMBER 2010)

KEPUTUSAN TERKINI LIGA UEFA JUARA-JUARA EROPAH (24 NOVEMBER 2010)

KEPUTUSAN TERKINI LIGA UEFA JUARA-JUARA EROPAH (4 NOVEMBER 2010)


KEPUTUSAN LIGA JUARA-JUARA (20 OKTOBER 2010)

Hidup Seorang Blogger II

Hidup seorang blogger. Inilah entri yang kedua antara syarat wajib contest hidup seorang blogger oleh denaihati. Memang sebagai blogger, bukannya glamour kan, tapi kekadangan, disebabkan oleh sikap sesetengah blogger, menyebabkan semua yang bergelar blogger ni tercalar. Itulah lumrah hidup, betul tak blogger kat luar?

I am sure ramai yang masih ingat mengenai kes mengutuk orang ternama, sampai jadi kes polis. Sebab itulah salah satu sebab mengapa aku jadi seorang blogger adalah untuk memberi image yang bersih kepada masyarakat yang kita semua boleh menyumbang ke arah kebaikan negara. Mengutarakan pandangan dan pendapat i.e. mengenai sesuatu isu, i.e. kes pembuangan bayi yang berleluasa sekarang ini. Memang kita patut mengetahui sebab utama mengapa kejadian ini berlaku, baru kita boleh kurangkan masalah hidup ini.

Bagi aku seorang blogger, di samping idea nak ditulis dan sikap, benda yang fisikal diperlukan adalah of course computer yang berinternet, scanner dan kamera / telefon berkamera. Itulah benda yang paling penting untuk hidup menjadi seorang blogger. Bagi anda pulak apa yang penting?

Segmen Kenali Blogger: relevan @relevan sokmo

Salam dan selamat pagi semua. Pada minggu ini segmen ini diteruskan lagi bersama relevan sokmo. Saya rasa namanya cukup dikenali di kalangan bloggers, maklumlah memang seorang yang rajin berjalan-jalan dan meninggalkan komen.

Blog ini mula bersiaran pada hari Rabu 16 April 2008 tapi dalam tahun tersebut hanya 3 entries dihasilkan. Selepas itu pada tahun 2009, memang aktif setelah 156 postings ditulis dan of course tahun ini sudah melebihi 350.

Berbalik pada entry pertama, memang simple dengan tulisan "ini blog kawan, ini kawan punya blog". Satu pengenalan yang baik.

Gambar ini diambil semasa sukaneka keluarga, memang cukup meriah apabila berkumpul dan berseronok bermain kan. Yang penting kita happy, hadiah tu belakang kira kan.
By the way, blog relevan sokmo ni banyak berkisarkan isu semasa dan relevan mengulas sesuatu isu mengikut perspectivenya. Memang quite interesting bagi yang menginginkan sesuatu yang berlainan dari suratkhabar. Contohnya, komputer 1Malaysia. Bacalah pandangannya mengenai komputer 1Malaysia

Sukan siapa tak suka kan. Lebih-lebih lagi badminton, memang sinonim dengan Malaysia. Menang kalah adat pertandingan kan. Yang unik isu dikupas dalam bentuk perbualan. So nak tahu isu semasa dan apa yang diperkatakan oleh orang ramai, selamat berkunjung ke relevan sokmo.

Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 2010/2011: Blackburn Rovers 1 vs Arsenal 2

Terkini:

Arsenal berjaya mendapat 3 mata penuh setelah keputusan berkesudahan Blackburn 1-2 Arsenal hasil jaringan Walcott (20) dan Arshavin (51). Tuan rumah, Blackburn mendapat satu gol di minit 27 hasil jaringan Mame Biram Diouf. Dengan keputusan ini Arsenal berjaya meraih 7 mata setelah bermain 3 games.

Secara keseluruhan Arsenal tidak bermain dengan begitu baik terutamanya di separuh masa pertama di mana hantaran tidak begitu kemas. Walau bagaimanapun, Blackburn bermain dengan agak kasar. Tetapi secara keseluruhan Blackburn bermain dengan begitu bersemangat dan serangan quite menggerunkan pertahanan Arsenal.

Credit: telegraph.co.uk

Lain-lain permainan:
  • Tottenham Hotspur 0-1 Wigan Athletic

  • Blackpool 2-2 Fulham

  • Chelsea 2-0 Stoke City

  • Wolverhampton Wanderers 1-1 Newcastle Utd

  • Manchester Utd 3-0 West Ham Utd

  • Bolton Wanderers 2-2 Birmingham City

  • Liverpool 1-0 West Bromwich Albion

  • Sunderland 1-0 Manchester City

  • Aston Villa 1-0 Everton

PREVIOUS ENTRY

Perlawanan ketiga bagi Blackburn dan Arsenal di dalam Liga Perdana Inggeris 2010/2011. Ianya akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN Channel 812 pada pukul 7.40 malam, 28 Ogos 2010 waktu Malaysia. Untuk keputusan terkini, ianya akan dikemaskini nanti.

Pada perlawanan kedua, Arsenal menang 6-0 menentang Blackpool manakala Blackburn pula kalah 1-2 kepada Birmingham.

Arsenal yang berada di kedudukan kedua liga dijangka meneruskan ketajaman permainan dan serangan. Antara pemain-pemain yang perlu diberi perhatian ialah Walcott yang menjaringkan hatrick sebelum ini, Chamakh, Persie, Fabregas dan Arshavin.

Bagi Blackburn pula yang berada di kedudukan ke 10 liga, dijangka akan bermain dengan penuh semangat setelah kalah perlawanan kedua dan juga mendapat kelebihan bermain di gelanggan sendiri, Ewood Park. Pada perlawanan pertama di Ewood Park, Balckburn menang 1-0 hasil jaringan Kalinic. Pemain-pemain Blackburn yang perlu kita fokus ialah penyerangnya, Nikola Kalinic dan pemain tengah, Steven Nzonzi.

Saturday, August 28, 2010

Mengapa Anda Berblogging?

Sekarang ni memang dah jadi trend kan, ramai betul orang berblogging. Tak tahu le kat Malaysia ni, dalam sehari berapa ramai blogger baru muncul. Mengikut kajiselidik, hampir 60% daripada blogger menyatakan mereka suka berblogging sebab ianya merupakan hobi dan hampir 20% disebabkan wang.

So bagi kawan-kawan semua, agaknya apakah motif utama kita berblogging. Bagi saya, rasanya sebab minat dan macam yang saya cakap sebelum ni, kalau ada dapat income kiranya sampingan ajalah.

Jom Undi Muzik Contest

Macam-macam yang dibuat bagi mengiklankan produk mereka kan. Terbaru munchy's melancarkan "mimic to the muzik contest". Dengan mengundi anda boleh membawa hadiah ipod touch. Ianya bermula from 19 Ogos 2010 hingga 2 September 2010.

Apa lagi, kalau bosan-bosan, tontonlah video dan undi di munchysmuzic. Macam=macam jenis video ada kat situ. Memang menyeronokkan tengok.

Najib Buka Puasa

Najib buka puasa. Yalah mesti ramai yang nak cari information kat mana our prime minister nak berbuka kan. Tapi yang peliknya kat google bila buat carian tu benda lain pulak yang keluar. Entry mengenai najib buka puasa ni saya dapat from amazingnara. Tak nak letak "gambar mengenai carian" tu kat sini. Sorry ya.

Adakah benda ni disengajakan ataupun penggunakan kata. Contohnya kalau anda search sharinginfoz google akan recommend sharinginfo. Kalau tak percaya cuba search. Tapi perkataan najib dengan xxxx, tu entahlah. Apa-apa pun, just my opinion, tak nak besarkan isu ni, kan tak pasal-pasal ada yang kena pulak. Tapi bila saya search "najib buka puasa", memang google dah tak suggest perkataan lain. Maybe google dah buang disebabkan benda ni sangat sensitif.

Friday, August 27, 2010

Dapat Top Innit

Dah lama rasanya tak dapat top spot kat innit ni. Tapi bila dapat memang seronok kerana pengunjung sentiasa masuk. Entry yang dapat menarik minat pembaca ialah rahsia 1,000 UV. By the time anda baca entry ni ianya sudah tiada sebab ianya bertahan sampai 24 jam aja. Tapi kalau click kat popular entry based on week or month maybe ada.

Tak kisah le, yang penting ada orang baca sama ada, direct, google, innit or tempat-tempat lain. So selamat hari minggu ya kawan-kawan semua.

Afiqah Jadi Emcee?

Gues what, Afiqah cakap dia akan jadi emcee masa graduation day nanti, kalau tak silap bulan October. So tanya le Afiqah, macam mana ceritanya. So dia cakap cikgu ada tanya sapa nak cakap "good afternoon" masa graduation day nanti. So Afiqah angkat tangan, sebab dia angkat tangan dulu so cikgu pilihlah dia.

Actually dua orang guna bahasa Inggeris dan dua orang bahasa Cina. Tak kisahlah yang penting kena berani, itu yang saya nak kan. Tak mahu takut-takut. Kalau tak berani pun kenalah confident dengan apa yang dibuat.

Apa Anda Nak Bajet 2011

Credit: 1malaysia

Sekarang ni kat blog 1malaysia ada buat tinjaun pendapat bagi bajet 2011 yang akan dibentangkan di parlimen nanti.

Pada pandangan saya, banyak benda yang boleh dibuat kan, maybe dengan mengurangkan cukai pendapatan individu. Ini dapat meningkatkan lagi produktiviti dan juga gaji bersih para pekerja. Ianya selari dengan meningkatkan pendapatan rakyat. Selain daripada itu maybe boleh tingkatkan pelepasan diri from currently RM8,000 kepada let say RM12,000 dan juga untuk anak RM1,000 seorang kepada RM3,000 seorang.

Di samping itu maybe kepada individu yang berpendapatan RM5,000 sebulan dikecualikan cukai dan kepada yang bergaji maybe lebih daripada RM15,000 sebulan naikkan cukai. Cukai untuk kereta import dikurangkan ke tahap yang mampu milik oleh kebanyakkan rakyat.

Bagi cukai rokok, sorry to say, mabe kena naikkan 100% bagi avoid mereka hisap rokok dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan ke atas kos-kos perubatan. Pasal arak dan judi, no comment as we know that these things are not good for people.

So apa lagi I am sure you have a lot of things to say. By the way kalau tak silap perbentangan bajet 2011 akan diadakan pada 15 Oktober 2010, Jumaat.

Undian Kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 (Draw for Champions League Group Stage)

KEPUTUSAN UNDIAN LIGA JUARA-JUARA 2010/2011 (16 PASUKAN)

KUMPULAN A

  • FC Internazionale Milano (ITA)
  • SV Werder Bremen (GER)
  • Tottenham Hotspur FC (ENG)
  • FC Twente (NED)

KUMPULAN B
  • Olympique Lyonnais (FRA)
  • SL Benfica (POR)
  • FC Schalke 04 (GER)
  • Hapoel Tel-Aviv FC (ISR)

KUMPULAN C
  • Manchester United FC (ENG)
  • Valencia CF (ESP)
  • Rangers FC (SCO)
  • Bursaspor (TUR)

KUMPULAN D
  • FC Barcelona (ESP)
  • Panathinaikos FC (GRE)
  • FC København (DEN)
  • FC Rubin Kazan (RUS)

KUMPULAN E
  • FC Bayern München (GER)
  • AS Roma (ITA)
  • FC Basel 1893 (SUI)
  • CFR 1907 Cluj (ROU)

KUMPULAN F
  • Chelsea FC (ENG)
  • Olympique de Marseille (FRA)
  • FC Spartak Moskva (RUS)
  • MÅ K Žilina (SVK)

KUMPULAN G
  • AC Milan (ITA)
  • Real Madrid CF (ESP)
  • AFC Ajax (NED)
  • AJ Auxerre (FRA)

KUMPULAN H
  • Arsenal FC (ENG)
  • FC Shakhtar Donetsk (UKR)
  • SC Braga (POR)
  • FK Partizan (SRB)


PREVIOUS ENTRY

Undian kumpulan liga juara-juara eropah 2010/2011 akan diadakan pada pukul 12.00 tengah malam nanti. Setiap kumpulan diletakkan di dalam 4 bekas berasingan dan cabutan akan dibuat dan akan dibahagikan kepada 8 GROUPS dan setiap kumpulan mempunyai 4 kelab dan setiap pasukan akan dipilih from each pot.

Bekas 1


Bekas 2

· Internazionale

· Barcelona

· Manchester United

· Chelsea

· Arsenal

· Bayern Munich

· Milan

· Lyon


· Werder Bremen

· Real Madrid

· Roma

· Shakhtar Donetsk

· Benfica

· Valencia

· Marseille

· Panathinaikos

Bekas 3


Bekas 4

· Tottenham Hotspur

· Rangers

· Ajax

· Schalke 04

· Basel

· Braga

· Copenhagen

· Spartak Moscow


· Hapoel Tel Aviv

· Twente

· Rubin Kazan

· Auxerre

· CFR Cluj

· Partizan

· Zilina

· Bursaspor



JADUAL PERLAWANAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH