Pages

Saturday, July 31, 2010

Gambar Isteri Imam Muda Asyraf, Nurhusna Yusof dan Imam Muda Hizbur, Liliyana Hasanah Yudi

Ramai betul yang berminat dengan imam muda ni dan juga isteri imam muda asyraf, Nurhusna Yusof dan isteri imam muda hizbur, Liliyana Hasanah Yudi. Oleh sebab itu, di sini saya letak beberapa keping gambar.

Ini semasa pertama kali setelah memasuki rancangan pencarian Imam Muda, asyraf dan isterinya berjumpa. Kiranya hampir 10 minggu diaorang tak berjumpa.

Kelihatan begitu ceria imam muda asyraf dan isterinya Nurhusna Yusof yang datang from Pulau Pinang menjemput beliau ke kampung halaman.

Yang ni gambar setelah menyelesaikan tugasan di kampung halaman dan perpisahan sementara waktu lagi bagi meneruskan cabaran seterusnya.

Tidak seperti imam muda asyraf, imam muda hizbur balik ke kampung halaman di Baling tanpa diiringi oleh isterinya, Liliyana Hasanah Yudi. Of course seperti pasangan lain, boleh dilihat kemesraan mereka, saling pandang memandang antara satu sama lain.

Memang pakaian yang sedondon. Semoga berbahagia sehingga ke akhirat. Itulah impian setiap pasangan, bukan hanya di dunia, bukan sehingga akhir hayat tetapi untuk selama-lamanya.

Ini sebelum perpisahan buat sementara waktu bagi meneruskan cabaran seterusnya.

Tahniah diucapkan kepada Imam Muda Asyraf, Imam Muda Hizbur, semua Imam Muda, tenaga pengajar (pengetua dan mentor) dan semua yang telah menjayakan rancangan ini. Semoga imam-imam muda ini dapat menjadi contoh terutamanya kepada golongan-golongan muda sekarang kerana pada masa ini cabaran sangat kuat dan banyak kes-kes yang melibatkan moral negatif melandai Malaysia sekarang.

Keputusan Penuh Terkini TM Liga Super (Latest Full Super League Results): 31 Julai 2010

UPDATE (KEPUTUSAN TAMAT PERLAWANAN)
  • Selangor 2 vs Terengganu 0 (Selangor dinobatkan JUARA LIGA SUPER)

  • Negeri Sembilan 5 vs Pahang 0

  • Kuala Lumpur 0 vs KL Plus 2

  • Perak 1 vs Kedah 0

  • Pulau Pinang 0 vs Perlis 0

  • T-Team 5 vs Johor 0

  • Johor FC 1 vs Kelantan 3

Hari ini, 31 Julai 2010 adalah hari sangat penting bagi perlawanan bola sepak liga super. Ianya kemungkinan akan menentukan juara liga super. Semua pasukan telah bermain 24 perlawanan dan tinggal 2 lagi games sebelum berakhirnya liga super musim ini.

Selangor mendahului liga dengan mengumpul 60 mata dan memerlukan 3 lagi mata untuk bergelar juara manakala Kelantan yang memunggut 55 mata tidak mengaku kalah dan mengharapkan Selangor kalah dan Kelantan menang bagi memberi peluang mereka bersaing merebut takhta liga.

Sehingga sebelum perlawanan yang akan berlangsung pada pukul 8.45 malam, kedudukan terkini liga super adalah seperti kat bawah.

Rekod Online: Imam Muda di Sharinginfoz's Blog

Memang ramai betul yang berminat dengan imam muda yang pertama kali konsep atau rancangan realiti berdasarkan agama diterbitkan oleh astro. Sewaktu entry ni ditulis jumlah peminat "kelab imam muda di facebook" hampir mencecah 55,000 orang. Memang banyak kan.

By the way, memang ramai gak yang masuk dalam blog ni untuk melihat update imam muda. Selepas keputusan diumumkan, ada 40 orang online pada satu masa dan ianya bagi saya satu pencapaian yang baik. Sebelum ni paling banyak pun bawah 20 semasa liga super.

Imam Muda Astro Oasis Final: Imam Muda Asyraf Juara, Imam Muda Hizbur Naib

UPDATE:

IMAM MUDA ASYRAF MENJADI JUARA BAGI PROGRAM IMAM MUDA DAN IMAM MUDA HIZBUR NAIB JOHAN. Alhamdulillah, kerajaan Arab Saudi dengan hati yang mulia telah menganugerahkan biasiswa melanjutkan pengajian di Arab Saudi kepada semua 10 peserta.

Setelah melakukan tugasan di kampung halaman, IM Asyraf telah mendahului IM Hizbur tetapi markah tidak diketahui. Markah keseluruhan adalah 50% bagi tugasan di kampung halaman dan 50% bagi tugasan malam ini.

Imam muda Asyraf bersama isteri, Nurhusna Yusof (pelajar Universiti 0f Malaya UM), 23 tahun, ketika beliau pertama kali bertemu isterinya setelah brminggu-minggu di Imam Muda. Banyak aktiviti dilakukan di kampung beliau di Pulau Pinang. Beliau mengharapkan doa ibu-bapa terus menerus bagi berjaya di dalam kehidupan.

Imam Muda Hizbur bersama isteri, Liliyana Hasanah Yudi, 23 tahun di kampungnya di Baling, Kedah. Beliau telah menyampaikan khutbah di kampungnya dan sebelum ini tak terfikir pun untuk berbuat demikian.

Hadiah (antaranya):

Pertama:
  • Kereta Exora
  • Wang tunai RM20,000
  • Menjadi imam di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan
  • Pakej pelancongan di Indonesia
  • Menunaikan haji dan umrah
  • Biasiswa melanjutkan pelajaran di Arab Saudi
  • Telefon iphone
  • Komputer apple iMac

Kedua:
  • Wang tunai RM15,000
  • Pakej pelancongan di Indonesia
  • Menunaikan umrah
  • Biasiswa melanjutkan pelajaran di Arab Saudi
  • Telefon iphone
  • Komputer apple iMac




Hari ini, Jumaat @30 Julai 2010 dan malam ini pukul 9 nanti adalah final bagi mereka berdua bagi menentukan siapakah juara imam muda yang pertama kali diadakan. Bagi mengetahui biodata hizbur dan asyraf bolehlah tengok kat sini ya.

So jangan lupa saksikan ya.

Friday, July 30, 2010

Jom Makan Hotdog Masak Sendiri

Oklah waktu lunch dah nak dekat kan. So apa menu untuk makan hari ni? Hmmm, apa kata kita makan burger ke, hotdog ke pulak. Memang comot kan, tapi rasanya tak le secomot OM Burger kan....

Tudung Mana Satu Pilihan Anda?

Bagi yang pakai tudung sure kekadang menghadapi masalah mengenai cara pemakaian tudung kan? Yalah sekarang ni kan macam-macam trend / ikutan. Berikut nak share mengenai trend masa kini mengenai pemakaian.

Yang ni sure ramai yang kenal kan, siapa lagi kalau tak Ekin. Alah isteri mawi tu. Beliau menjadi duta ariani @ jakel, rasanya ramai yang beli tudung ariani setelah lihat cara beliau pakai. Actually tudung jenis ni memang mudah, tak payah nak letak pin ke nak kemaskan betul-betul sebab anda just saut aja. Done.

Kedua cara pemakaian oleh wardina. Cara beliau ialah lilt kat bahagian belakang kepala. yang ni rumit sikit kan. tapi yang penting pemakainya rasa confident dan santai.

Yang ni pelik sikit tapi percayalah ramai juga yang ikut cara ini kan. siapa tak kenal dengan yuna or yunalis zarai. ramai remaja yang ikut stail beliau. Yang diperlukan ialah selendang panjang dan juga anak tudung. So pakai anak kat dalam pas yang selendang panjang tu kat luar.

Last sekali yang saya nak kongsi ialah cara bienda. Yang ni macam lain daripada yang lain kan kat Malaysia. Yang ni diikat macam sanggul pulak.

So memang banyak lagi cara, apa lagi comment time.

Thursday, July 29, 2010

HR Steak House @Kampung Baru

Jom kali ini kita makan kat HR Steak House, No. 56, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Tempat ni memang famous bagi penggemar steak, chicken chop, lamp chop dan yang seumpama dengannya.

Kalau nak pi sini, lepas aja masjid, beberapa meter lepas tu jumpa le restoran ni sebelah kiri iaitu berhadapan dengan wisma hijrah.

Macam biasa air memang not bad dan murah @RM2.00 segelas. Besar pulak gelas tu.

Yang ni ialah chicken grilled @RM7.50, ada roti 2 keping dan juga jagung. Kuahnya sedikit masin dan ayamnya memang cukup tender, just nice for me. Jagungnya tak begitu fresh but that's fine. Overall I think this meal boleh bagi rating of 8.4 out of 10.

Menu seterusnya ialah chicken chop @RM6.50. Ada fries, kentang putar dan juga coselaw. Ayam memang garing kat luar dan kat dalam memang lembut juga. Kentang memang sedap, sebab crunchy tapi I still suka yang grilled. Memang murahlah kan, keseluruhan 8.3.

Yang ni my daughter's favourite, mushroom soup @RM3.50 dan garlic bread @RM2.50. Supnya memang sedap sebab pekat dan apa ya, sedap le. Tapi roti ni sedikit keras. Lebih suka kalau ianya garing rather than hard. Anyway untuk sup bolehlah bagi 8.3 dan roti 7.9.
So untuk menu kat atas tambah fries, just over RM30.00. Memang berbaloi dan perlu cuba. Secara keseluruhan dapat A- @8.3 for this restaurant dan environmentnya not bad dan kalau nak datang baik pi before 7 sebab takut susah nak parking. Service cepat juga even ramai orang datang.

Keputusan Cabutan Bertuah: Sharinginfoz's Giveaway

Pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyertai cabutan bertuah "sharinginfoz's giveaway" yang diadakan semalam dan berjaya menarik 21 penyertaan (22 comments from 21 bloggers since eelobor comments 2 kali).
Seperti yang dimaklumkan cabutan ini diadakan secara rawak menggunakan random.org. So saya ingin mengumumkan bahawa peserta bertuah adalah yang memberi komen yang ke 15. Siapakah orang tersebut?
Ianya adalah elissmie dengan komen "wah bagusnya kalo buku tu milik ku: )". Tahniah kepada elissmie. Beliau telah dihubungi melalui e-mail dan blog.

Wednesday, July 28, 2010

Keputusan Penuh Terkini TM Liga Super (Latest Full Super League Results): 28 Julai 2010


KEPUTUSAN TERKINI (TAMAT PERLAWANAN)
  • T-Team 1 vs Selangor 2

  • Kelantan 4 vs KL Plus 1

  • Johor 0 vs Johor FC 5

  • Kedah 3 vs Pahang 0

  • Pulau Pinang 0 vs Negeri Sembilan 3

  • Perak 0 vs Kuala Lumpur 1
Hari ini, Rabu 28 Julai 2010 ada 6 perlawanan bola sepak TM Liga Super. Semua perlawanan akan dimulakan pada pukul 8.45 malam ini. Semalam satu perlawanan berkesudahan Terengganu 4 vs Perlis 2.

Setakat sebelum perlawanan ini, semua pasukan telah bermain 23 games dan ada 3 (atau 2 atau 1) lagi perlawanan sebelum juara liga dapat kita ketahui kecuali Terengganu dan Perlis telah bermain 24 perlawanan. Selangor telah mengumpul 57 mata dan diikuti oleh Kelantan dengan 52 mata. Oleh sebab itu penentuan juara liga super adalah di antara Selangor dan Kelantan walaupun di dalam kertas Selangor mempunyai kelebihan disebabkan mempunyai kelebihan 5 mata tetapi apa-apa pun boleh jadi di dalam bola sepak.

Maknanya untuk menjadi juara liga, Selangor perlu 5 mata from baki 3 perlawanan. Ini bermakna Selangor perlu menang 2 perlawanan atau 1 menang 2 seri,

Kedudukan terkini (di ambil from kosmo) liga super setakat sebelum permainan malam nanti.

Giveaway: 300 Hadis Bimbingan

Salam dan selamat sejahtera. Sempena kedatangan bulan Ramadhan, hari ini nak buat "giveaway" buat kali pertama setelah berblogging selama hampir 10 bulan. Hadiahnya adalah sebuah buku bertajuk "300 hadis bimbingan" oleh zahazan mohamed dan ahmad hasan mohd. nazam.

Senang aja, apa yang perlu anda buat ialah tinggalkan komen kat comment box dan seorang pemenang akan dipilih secara rawak. The last comment hendaklah dibuat sebelum 12 tengah malam ini dan pemenang bertuah akan dihubungi kelak melalui e-mail bagi tujuan penghantaran hadiah. By the way, hadiah hanya akan dihantar kepada yang mempunyai alamat di Malaysia. Kalau tak ada alamat kat Malaysia, pemenang lain akan dipilih.

Ingat ya, last comment sebelum hari ini, 28 Julai 2010, pukul 12.00 tengah malam.

Nak Jahit Badge Sekolah Pun Tak Boleh?

Hari tu pi le kedai jahit nak suruh jahit badge sekolah untuk baju Danish. Tapi semuanya tak nak ambil sebab dah nak dekat raya. Apa benda ni, bukannya lama sangat tak sampai pun 5 minit. Hmmm, nak buat macam mana dah mereka in demand sekarang ni. Bukannya mintak tolong dengan air liur aja.

Susah betul kan, apa lagi letak gam UHU pun OK juga.

Apa Boleh Dipelajari Dengan Penulisan Anak

Ni adalah essay yang ditulis oleh my daughter, afiqah yang berumur 6 tahun. Yang ni ditulis semalam tapi date nya untuk hari ini. Biasanya budak2 ni dia akan cakap benda dari hati mereka so boleh dikatakan secara jujur. So yang kita boleh pelajari ialah:
  • Afiqah suka makan egg sandwich

  • Dia nak beli botol susu untuk baby toy

  • Her mummy loves her and she loves her too

  • Abang Afiqah, Danish "naughty" dan sedih sebab Afiqah dapat 100% (entah bila pulak dapat 100% ni)

  • Bapanya (tuan punya blog ni le) suka main komputer (betul ke?)

Tuesday, July 27, 2010

Harga Setem, Pos dan Bungkusan Baru Bermula 1 Julai 2010

Berkuatkuasa 1 Julai 2010, kadar pos domestik dan caj pos daftar telah diubah / dinaikkan seperti di bawah.

Kalau tak silap bagi surat / mel biasa sehingga 20 gram, sebelum ini adalah 30 sen dan bermula Julai 2010, ianya dinaikkan kepada 60 sen. Bagi bungkusan sehingga 2 kilogram pula, sebelum ini adalah RM3.50 dan sekarang ni dah RM7.00.

Memang ianya akan memberi kesan kepada pengguna terutamanya yang menjalankan perniagaan online dan maybe kepada yang membuat "giveaway" dalam blog tu perlu mengambil kira kos ini. Sebagai contoh, bagi yang membuat peraduan, sebelum ini kos untuk penghantaran untuk 10 hadiah ialah RM35 then apabila berlaku kenaikan ini, ianya akan menjadi RM70 (10 X RM7).

Apa-apa pun, saya berpendapat ianya adalah wajar kerana kadar sebelum ini adalah sudah berzaman dan dengan kenaikan ini gaji posmen dapat dinaikkan kerana sebelum ini gaji mereka sangat rendah jika dibandingkan dengan sektor lain. So, produktiviti posmen juga perlu dinaikkan. Apa pandangan anda?

Sumber: Mohdzaid

Jom Hari Usahawan Sekolah Danish

Weekend lepas pergi ke sekolah Danish ada jualan sambil kumpul dana untuk sekolah so ada le hari usahawan. Rasanya bagus juga. Yalah sekolah perlukan dana yang secukupnya bagio menjalankan aktiviti sekolah kan.


Tengok tu memang ramai yang datang. Actually banyak gerai yang ada terutamanya gerai jual makanan dan minuman, ada burger, nasi lemak, bihun, jagung, durian dan macam-macam lagi. Di samping itu, ada gak rumah hantu, persembahan murid-murid.

Hmmmm tunjuk gambar nasi lemak aja le. Teringat masa dulu-dulu mintak duit ngan parents untuk beli kupon sempena hari usahawan kan.

Ilmu Keduitan Bagi Kanak-Kanak

Hari ni nak citer pasal meningkatkan pengetahuan kanak-kanak mengenai duit @ kewangan. Article ni saya dapat from majalah Jusco @ Pearl edisi May 2010. Memang penting kita terapkan nilai-nilai perancangan kewangan di awal usia. Nanti bila besar tak ada le masalah sangat kan. Berikut adalah saranan yang boleh digunapakai:
  1. Faham mengenai bajet
    Memang budak-budak ni perkataan bajet mesti rasa pelik kan. Manalah diaorang pernah dengar mengenainya. Yang senang, kita citer mengenai berapa yang dapat dan berapa yang dibelanjakan. Maybe boleh tanamkan sifat suka menabung then bila tabung dah penuh pi le ban untuk simpan duit.

  2. Simpan untuk kecemasan
    Bila budak2 dah besar, mesti nak toys, buku dan permainan lain kan. So kena suruh simpan kalau diaorang nak beli something. Contohnya nak beli remote car yang berharga RM30, so pandai-pandai le anak2 simpan ya. Maybe boleh gunakan elaun atau duit sekolah yang lebih.

  3. Kerja kuat untuk dapatkan duit
    Tak ada benda yang free dalam dunia ni kan. tapi jangan le pulak suruh anak anda kerja kat luar ke, panjat bangunan ke, itu bukan maksudnya. Suruhlah dia tolong mengemas rumah ke, bilik tidur ke, lepas tu bagi le imbuhan

  4. Jadilah pengguna yang bijak
    Yang ni suruh anak-anak bandingkan harga dan kualiti dulu sebelum beli something. Di samping itu ajar mengenai benda yang perlu dan benda yang tak perlu. Bagilah logik kalau tak kanak2 susah nak faham nanti
Mesti anda lagi banyak idea kan. apa lagi tambah jangan malu-malu.

Monday, July 26, 2010

Akhirnya Mengaku Kalah, Baru Cashout

Setelah bersama-sama Nuffnang selama lebih kurang 10 bulan, pagi tadi saya telah mengambil keputusan untuk cashout the earnings. So dalam akaun sekarang tak ada apa-apa, so nanti nuffnang bolehlah bagi buffered earnings ads ya. Apa-apa pun aiman tak kisah. Kalau nak tahu berapa jumlahnya nanti bila dapat cheque saya inform le ya.

So setelah tekan cashout button tu terima le e-mail from nuffnang.

"Dear Nuffnanger,

You are receiving this message because you have just cashed out your Nuffnang earnings (RMXXX) for the first time.


Please note that a cheque will be sent with the following payee name: XXXXX.


Please note that the Payee Name on any cheques for individuals should be the full name according to their ICs or passports.

Should a cheque be issued to an incomplete name, the recipient will not be able to bank in that cheque due to this reason. Kindly contact our helpdesk at
http://helpdesk.nuffnang.com.my if you would like to change the payee name.

Please also note that a transaction fee of RM 1 will be applied against every request.


The time it takes to process your request differs according to your Glitterati status. Please see http://www.nuffnang.com.my/exclusive-program for details.

If you have any questions, please contact us at our Helpdesk."

Jom Tengok Anak-Anak Belajar

Jom kita tengok Danish tengah belajar. Entahlah sebagai anak lelaki rasanya susah sikit in term of nak suruh dia belajar. Kena cakap banayk kali baru dia buat. Tapi kalau tengok tv atau komputer kejap aja.

Lain pulak dengan anak pompuan, Afiqah ni tak perlu nak suruh, dia tahu sendiri. Rasanya macam tu kot perbezaan anak lelaki dan pompuan. Apa pandangan anda?

Sunday, July 25, 2010

Jom Giant Contest-Collect & Win (Tarikh Tamat 5 Ogos 2010)

Jom kali ini apa kata kita masuk contest giant sempena ulang tahun yang ke 66. Dah lama kan giant sudah menjual barangan yang berpatutan kepada rakyat Malaysia kan. By the way peraduan ini sudah bermula dari 25 June dan ianya akan tamat pada 5 Ogos 2010.

Hadiah utama adalah proton exora dan hadiah lain-lain termasuk proton persona, tv dan juga giant voucher.

So untuk layak anda kena spend at least RM50, kalau tak silap dalam satu resit. Pas tu anda masuk page ni, then isikan maklumat detail mengenai diri anda dan juga butir-butir pembelian seperti yang didapati di dalam giant online contest receipt yang diberi bersama resit pembelian.

By the way, anda diberi 30 saat untuk mengumpul seberapa banyak nilai barangan yang anda boleh. Make sure kawal baik-baik trolley tu dan kumpul le barangan yang mahal, i.e. tv ke, microwave ke.

Inilah rupanya game tu, memang menyeronokkan, alah suka-suka aja. tengok tu barangan jatuh macam tu aja tak sempat nak masukkan dalam troli, takkan nak kumpul biskut aja, harganya tak sampai RM10, ambil le yang mahal2 ya.

Selepas 30 saat, dapatlah RM2,650.15. Memang tak banyak. By the way, tak sure pulak anda boleh campur sekali jumlah, let say minggu ni anda main satu game then minggu depan anda main lagi. Apa-apa pun yang paling banyak setakat article ni ditulis adalah RM9,979.45. Memang jauhlah.

Apa-apa pun sebagai pengguna yang bijak, baca terlebih dahulu syarat-syarat contest sebelum anda masuk ya.

Segmen Kenali Blogger: anastasyea @disebalik kanta coklat

Jom kali ini segmen kenali blogger bersama anastasyea @di sebalik kanta coklat. Actually anastasyea sudah lama berblogging rasanya dah hampir dua tahun tapi beberapa bulan yang lepas sudah mempunyai domain.com. So kiranya dah upgrade le ya.

Tak sure berapa ramai followers beliau tapi inilah antara pengikut-pengikut setia beliau. Memang tak dinafikan beliau sangat aktif dalam dunia blog ni. Memang selalu update entry. Ada saja yang baru sama ada kisah hidup, tips, mengenai sukan, cerita mengenai nuffnang dan macam-macam lagi.

Inilah anak beliau @nur zahirah. Cantik nama yang diberikan, sedang menggayakan baju baru.

Dengan nuffnang memang aktif, tengoklah banyak betul buffered earnings (BE) yang beliau dapat, mesti earnings banyak ni. Kalau nak tips jangan lupa rajin-rajinlah melawat blog beliau ya. Dan kat situ ada antaranya cara macam mana nak letak ads in between the post.

Benda lain selain daripada tips blog, ada juga beliau tulis entry mengenai susah nak collect hutang. Memang tepat sekali, kita pulak rasa malu kan.

Cerita mengenai personal yang ni menrik juga bila beliau share yang kempunan nak makan nasi lemak. So apa lagi jangan lupa lawat blog anastasyea.