Pages

Wednesday, June 30, 2010

Nak Cash Out My Earnings Ke Tak???

Inilah menjadi persoalannya. Dah hampir 9 bulan saya bersama nuffnang. Earnings kat dalam akaun sudah melebihi RM500. Gatal aja tangan nak tekan cash out button tapi entahlah rasa malas aja. Nak tunggu sampai bila pun tak tahu le.

Actually sekarang ni memang masa terbaik sebab hujung bulan tapi mood untuk claim tak ada lagi. Sabar ajalah, maybe anda pun menghadapi benda yang sama kan. Nak tekan atau tidak, itulah persoalannya.

Apa Alasan Tak Pergi Kerja Sebab Nak Tengok World Cup?

Credit: roghuzshy

Piala dunia dah nak masuk fasa seterusnya iaitu suku akhir. So agak-agaknya le, setelah world cup ke separuh akhir dan so on, games semua pada pukul 2.30 pagi. So agak-agaknya apa alasan yang akan diberi kepada majikan anda untuk tidak pergi kerja. Maklumlah game tu habis pukul 4.00am++, then kalau ada masa tambahan lagi le kan.

So apa kata kita sediakan awal-awal alasan bagi membolehkan kita menonton perlawanan kegemaran. Alamak, ni bukan nak mengajar buat benda tak baik ya. Just nak share sebab utama yang diberi oleh insan-insan seluruh dunia. By the way, benda alah ni saya dapat from the star yang beberapa minggu yang lepas. Jom check it out!
  • Sakit perut

  • Muntah

  • Sakit kepala / migrain

  • Pening dan suhu badan panas

  • Keracunan makanan

  • Kereta tak boleh nak start

  • Boiler rosak

  • Anak tak sihat

  • Sakit telinga / infection

  • Suami / isteri tak sihat so kena jaga anak-anak le

Tuesday, June 29, 2010

Jom Makan Kat Teppanyaki Jusco AEON AU2 Setiawangsa

Pernah tak anda cuba makanan kat Teppanyaki? Anyway, last weekend pi le kat AEON Jusco AU2 Setiawangsa. Ianya lebih kurang 8-10km from Wangsa Maju. Kat sana memang banyak kedai makan. Tapi kat mana pi nya nasi lemak antarabangsa? Dah tutup kot.

So kitaorang pi le cuba kat Teppanyaki, actually this is first time makan kat sana. Something different kan, maklumlah anda boleh tengok diaorang masak depan mata. So order le 2 set nasi+ayam.

Mula-mula diaorang ambil ayam yang mentah dan letakkan atas tempat untuk masak tu, then potong kecil-kecil pas tu letak le perasa so jadilah macam kat atas tu. Kira banyak juga portion dia.

Lepas masak ayam tu then diaorang masak sayur pulak, taugeh+kobis+carrot, tapi mak datuk banyak sungguh letak taugeh tu. Lepas masak then masukkan dalam pinggan bersama nasi dan ayam. For me ratingnya tak begitu bagus, maybe tak suka sangat masakan macam ni, maklumlah suka yang jenis ada kuah, so saya bagi 7.2 out of 10, so dapatlah B kalau mengikut rating exam. Terlupa nak cakap harga untuk set kat atas tu RM9.90.

So bagi yang anda biasa makan kat teppanyaki, apa pandangan anda?

Afiqah Gunting Rambut

Minggu lepas pi kedai gunting rambut sebab nak cut hair le takkan beli ikan kot. Yalah Afiqah cakap rambut beliau tak selesa so pi le kat area Wangsa Maju, sebelah ngan Alpha Angle, Jusco tu. Ianya terletak kat tingkat atas. Kat bawah tu ada kedai makan.

Piala Dunia 2010: Pasukan Yang Layak ke Pusingan Suku Akhir (8) dah Jadual Perlawanan

Memang quite interesting perlawanan piala dunia setakat ini. 8 pasukan yang menang di pusingan kedua akan bertanding ke pusingan seterusnya iaitu suku akhir yang akan bermula pada 10 malam, 2 Julai 2010 iaitu pada hari Jumaat nanti.

Berikut adalah senarai jadual perlawanan suku akhir yang melibatkan 8 negara:
  • Julai 2 @10 malam: Belanda 2 vs Brazil 1 - Astro

  • Julai 3 @2.30 pagi: Uruguay 4 vs Ghana 2 - TV1 dan Astro (sepakan penalti selepas terikat 1-1)

  • Julai 3 @ 10 malam: Germany 4 vs Argentina 0 - TV1 dan Astro

  • Julai 4 @ 2.30 pagi: Paraguay 0 vs Sepanyol 1 - Astro
________________________________________________________________

So far yang dah layak ialah Uruguay, Ghana, Germany dan Argentina. Empat pasukan yang bakal layak saya rasa, Belanda, Brazil, Jepun dan Spain (nampaknya saya punya tekaan 3 drp betul tapi jepun kalah dengan sepakan penalti 3-5 dengan Paraguay)!)

Apa-apa pun nak sangat tengok Argentina lawan Brazil di perlawanan akhir. Apa pandangan anda?

Monday, June 28, 2010

Takkan Benda Ni Pun Tak Boleh Fikir!!!

Cuba anda tengok betul-betul butan kat dalam lif ni. Apasal le ada manusia macam ni, pi tekan semua button. Tak ada orang pun dalam lif tu. Nak cakap budak-budak memang tak mungkin sebab memang tak sampai pun.

Hmm, tak tahu ke orang urgent ke, apa ke. Bukannya satu lif, dua-dua lif pun main tekan aja. Hmmmm, memang mentaliti macam ni susah le.

Sunday, June 27, 2010

Berapa Earnings Terbanyak From Nuffnang: Campaign, Buffered and Metered

Entry ni suka-suka ya, just nak share mengenai earnings from nuffnang. Yang pertama ialah normal earnings / campaign, iklan jenis ni keluar sekali-sekala le. Bukannya tetiap kali bukak blog ada, make sure anda pilih "show global cpc ads" under blog manager. So sepanjang saya bersama nuffnang hampir 9 bulan, paling banyak saya pernah dapat from iklan jenis ini ialah RM2.60. Pada kebiasaannya ianya sebanyak 25 sen.

Yang keduanya ialah buffered earnings, yang ni ianya selalu ada kat blog anda based on the number of view, contohnya, pengiklan akan menempatkan iklan tersebut sebanyak 100 kali sehari. Apabila sampai jumlah tersebut iklan akan berhenti dan esok ianya akan datang kembali sehinggalah tamat tempoh pengiklanan. Yang paling banyak setakat ini ialah RM33.52.


Yang terakhir ialah metered earnings yang mana asalnya buffered tapi dah habis tempoh ianya bertukar menjadi metered. So far paling banyak untuk iklan jenis ini ialah RM18.13.

Apa-apa pun tak kisahlah iklan apa-apa pun, janji main reason berblogging ialah untuk share apa yang kita tahu dengan orang lain. Kalau dapat earnings tu kiranya bonus le.

Jom Makan Kat Wira Seafood Restaurant @ Gombak Utara

Hari tu pi makan kat Restoran Wira Seafood yang terletak di Batu 8 1/2, Jalan Gombak Utara. Ni kiranya dinner le. Anyway kedai ni kalau tak silap bukak pukul 3.00 petang hingga 2.00 pagi. nak tahu lebih lanjut boleh call 012-6449996, itu phone number yang tertera kat resit.

Sorry le gambar tak clear ambil ngan handphone aja, anyway ni kueh tiew goreng @ RM4.00. Rasanya average, bolehlah kalau ikutkan rating saya bagi 7.3 out of 10. By the way, kalau nak parking memang banyak tempat kat sini. Kalau pi kat depan-depan lagi ada juga kedai makan tapi masalah dengan parking.

Yang ni memang favourite saya, nasi goreng daging merah @ RM4.50, bolehlah tahan so saya rasa dapatlah B or 7.1. Rasanya tak tahu nak citer apa mengenai masakan ni.

Ini sate yang diorder kat sebelah kedai tu. Satu cucuk 60 sen, kitaorang order 10 cucuk aja. Rasanya just OK, dapat 7.0 rating.

Ini keropok untuk Danish, memang kalau pi mana-mana nak jugak makan keropok. Aik??? Takkan keropok pun nak bagi rating kot, itu dah melampau. Apa-apa pun, air kat situ memang murah untuk tembikai ke, apple ke RM2.00 aja. Satu lagi di samping banyak parking area, tempat ni memang santai, environment memang saya suka, kalau bab tu, saya do not mind give B+ or 7.5 out of 10. So apa lagi kalau nak something different bolehlah cuba tapi jangan letak expectation tinggi sangat ya.

Segmen Kenali Blogger: Velasrizal@Akudansesuatuz

Apa khabar semua? Diharapkan semua sihat dan selamat bercuti. So segmen kita pada minggu ini diteruskan bersama another blogger, velasrizal @ akudansesuatuz. Tak sure sebab apa beliau pilih nama blog ni, sungguh menimbulkan berbagai persoalan.

By the way, beliau mula berblogging pada 14 Januari 2010 so dah 6 bulan yang lepas. Semasa entry ni ditulis jumlah pengikut beliau sudah melebihi 100 orang. Blog beliau banyak berkisar mengenai isu-isu semasa, hiburan dan banyak juga mengenai sukan terutamanya bola sepak.

Antara topik yang menarik dibincangkan ialah siswazah menggangur disebabkan lemah bahasa inggeris dan juga dominasi pelajar pompuan di IPT. memang ada juga kebenaran atas apa yang dibincangkan.

Yang ni income beliau berjumlah RM14.75 setelah sebulan joined nuffnang. not bad for the start. sekarang ni rasanya dah banyak le. Pernah juga dalam seminggu beliau memperoleh RM10.25. So kalau nak tahu tips bolehlah tanya beliau. mesti ada secret yang mana semua orang nak tahu.
Sebut aja bola sepak mesti ramai yang suka dan ada juga yang tak suka. kalau nak tahu jersi baru bolehlah tengok kat blog beliau sebagai contoh kat atas tu, jersey pasukan musim chelsea 2010/2011.

Yang ni satu lagi jersi pasukan barcelona musim 2010/2011. dari apa yang beliau tulis boleh disimpulkan bahawa beliau memang meminati bola sepak. kalau nak tahu siapa 10 pemain bintang football yang tidak beraksi di piala dunia 2010, bolehlah jenguk kat blog beliau.


So inilah tuan punya blog, i hope u do not mind letak your photo kat sini ya. apa lagi jom berkunjung kat akudansesuatuz.

Saturday, June 26, 2010

Piala Dunia 2010: Pusingan Kedua @ Uruguay 2 Korea Selatan 1

Keputusan berkesudahan Uruguay 2 South Korea 1. Nampaknya Uruguay berjaya melangkah ke pusingan suku akhir dan akan bertemu either Amerika Syarikat atau Ghana yang akan bermain pada pukul 2.30 pagi nanti, 27 June 2010 (Ahad).

Bagi saya mutu pengadilan pada perlawanan ini sangat teruk. Wolfgang Stark dari Germany banyak membuat kesilapan terutamanya tidak memberi sepakan penalti kepada Uruguay dan juga gagal mengesan bola yang ditangkap oleh penjaga gol Korea Selatan yang mana telah masuk di dalam gawang.

Apa-apa pun, Uruguay memang layak menang setelah dua goal telah dijaringkan oleh Luis Suarez. Sayang sekali buat Korea Selatan kerana tidak dapat ke pusingan seterusnya untuk mewakili Asia. Tak apa Jepun masih ada lagi akan melawan Paraguay pada 10 malam, 29 June 2010, Selasa.

Satu lagi nak puji permainan Korea Selatan pada separuh masa kedua.

Piala Dunia 2010: Jadual Perlawanan dan Keputusan Pusingan Kedua (2)

Perlawanan piala dunia peringkat kalah mati telah tamat pada pagi tadi. Pada hari ini, 26 June 2010, ianya akan diteruskan dengan pusingan kedua di mana 16 pasukan yang berada di tangga pertama dan kedua setiap kumpulan akan bersaing untuk mendapatkan tempat ke suku akhir, iaitu 8 negara yang menang.

Jom kita tengok jadual perlawanan tersebut:
  • June 26 (Sabtu) @ 10 malam: Uruguay 2 vs Korea Selatan 1 (TV1 & Astro)

  • June 27 (Ahad) @ 2.30 pagi: Amerika Syarikat 1 vs Ghana 2 (Astro)

  • June 27 (Ahad) @ 10 malam: Germany 4 vs England 1 (Astro)

  • June 28 (Isnin) @ 2.30 pagi: Argentina 3 vs Mexico 1 (TV1 & Astro)

  • June 28 (Isnin) @ 10 malam: Belanda 2 vs Slovakia 1 (TV1 & Astro)

  • June 29 (Selasa) @ 2.30 pagi: Brazil 3 vs Chile 0 (Astro)

  • June 29 (Selasa) @ 10 malam: Paraguay 5 vs Jepun 3 (Astro): Sepakan Penalti

  • June 30 (Rabu) @ 2.30 pagi: Spain 1 vs Portugal 0 (TV1 & Astro)
Memang semua tertunggu-tunggu dengan perlawanan ini. Tahniah kepada semua negara yang berjaya ke pusingan kedua terutamanya, South Korea dan Japan. Kali ini tak dapat tengok juara piala dunia sebanyak 4 kali iaitu, Itali dan juga France. Tapi kita ada juara dunia sebanyak 5 kali iaitu Brazil.

Pasukan manakah pilihan anda? Saya nak sangat tengok Argentina menang piala dunia kali ini. Maybe Argentina boleh berjumpa Brazil pada perlawanan akhir?

Jenis-Jenis Entry

Macam-macam entry orang tulis kat blog kan. Satu aja tujuan untuk menarik trafik. Bagi saya belasah aja, campur-campur. Dan tulis aja apa yang kita nak tulis, selagi ianya tak menyakitkan hati orang.

Nak tahu apa yang orang tulis jom layan:
  • Kisah peribadi, tak kisah le apa yang ditulis janji berkaitan dengan tuan rumah le, pi pasar ke, tension ngan exam ke, baru bangun tidur ke, sakit kaki ke, baru cat rumah ke, selipar putus le dan macam-macam lagi. Entry ni mudah sebab apa yang berlaku pada kita tulis aja tapi adakah ianya boleh memberikan hits yang tinggi?? kalau yang jenis ni saya suka baca kat icee-yah

  • Mengenai masakan, yang ni tokeynya ialah kakinakl. resepi memang banyak anda pilih le. sama ada anda review makanan di tempat yang anda beli or makan, mesti letak gambar kalau tak macam mana orang nak bayangkan. entry jenis ni saya rasa sesuai untuk dipublish pada pukul 12 tengah hari sebab mesti ramai yang lapar menunggu lunch.

  • Sukan. Sekarang ni sangat hot, yalah world cup. bukan hanya lelaki pompuan pun join sama. tak kisahlah nak bagi minit by minit update on piala dunia 2010 ataupun nak bagi keputusan akhir ataupun nak letak bintang kegemaran or jersi. nak tahu pasal jersi melawat le kat akudansesuatuz. memang macam-macam jersi ada kat situ.

  • Hiburan. Hmmmmm, akademi fantasia dah habis, tapi banyak benda lagi kita boleh update, mengenai citer ke, cinema, rancangan apa-apa yang menarik di tv ke, mengenai artis ke, sama ada gossip dan banyak lagi le. blog yang hiburan siapa lagi kalau tak beautifulnara.

  • Info-sharing berbentuk ekonomi dan duit, yang ni mengenai apa-apa yang boleh dikongsi. sebagai contoh, isu semasa, kenaikan harga minyak, bajet, rmk10. yang ni tanyalah matjoe dia memang pakar dalam bidang ni.
Actually banyak lagi tapi cukuplah setakat ni, nanti anda tambah ya. kan sharing is power. satu lagi entry yang macam mana anda suka?

Friday, June 25, 2010

Wish Me Luck, Guys... Thanks in Advance

Apa khabar semua my readers? Just nak cakap malam ni pukul 8.00 ada final paper untuk this semester. Paper Operations Management.

Harap wish me luck, OK. Actually ni baru semester kedua, ada lagi beberapa term lagi sebelum dapat MBA. Lepas habis malam ni so bolehlah rehat sikit, maklumlah nak bercuti setelah lebih 12 minggu attended lectures kan. Belum plan lagi nak pi mana.

Jom Makan Rotiboy Buttermilk Boy

Sebut aja rotiboy memang terbayangkan dengan baunya yang menusuk kalbu. Memang sedap kan. Yang biasa kita makan ialah yang original. Sekarang ni diaorang ada buat yang buttermilk boy dan juga blueberry cheeseboy.

Yang kat atas tu buttermilk boy. for me yang ni lagi sedap compared with yang original. Tapi kalau yang tak suka lemak2 sangat maybe better stick to yang original.

Anyway harga yang orginal ialah RM1.80, buttermilk boy RM2.00 dan yang blueberry cheeseboy RM2.20. So apa lagi jom layan rotiboy.

Cawangan Rotiboy:
  • Rotiboy Gurney Plaza
    Gurney Plaza, Penang

  • Rotiboy Queensbay Mall
    Queensbay, Penang

  • Rotiboy 1 Utama
    Bandar Utama, Selangor

  • Rotiboy Subang Parade
    Subang Jaya, Selangor

  • Rotiboy KLCC
    Kuala Lumpur City Center

  • Rotiboy Alamanda Putrajaya
    Putrajaya

  • Rotiboy Wangsa Walk
    Wangsa Maju, Selangor

  • Rotiboy Giant Kuala Terengganu
    Kuala Terengganu, Terengganu

  • Rotiboy Mesra Mall Kerteh
    Kerteh, Terengganu

  • Rotiboy East Coast Mall
    Kuantan, Kelantan

  • Rotiboy Tesco Ipoh
    Ipoh, Perak



    Sumber: rotiboy
Untuk cawangan terkini sila visit rotiboy's website.

Sukaneka Sekolah Danish

Semalam pi sekolah danish ada acara sukaneka. Ada juga ambil bahagian, memang happy betul especially dapat jadi johan.
Siap pakai topi ala-ala komando yang dibeli oleh nenek last time. Nak buat macam mana memang panas le juga.

Sempat beli nasi lemak kat kantin sekolah, oklah not bad for RM2.00 lauk ayam kan.

Ni masa ambil bahagian acara "tak sampai tanganku", entahlah apasal le pilih nama tu, memang meriah lebih-lebih lagi juruacara majlis, memang tak kering gusi.

Gambar ni paling saya suka sebab, terdapat elemen tolong-menolong antara satu sama lain, semangat kesukanan dan berpasukan. Yang pakai baju merah tu, Irham banyak membantu pasukan untuk menang. Yang lain memberi sokongan padu.

Bukannya senang nak bawa tiga biji bola sekaligus dah le tu siap pakai boot pulak kan. Tapi memang Danish dapat melakukan dengan baik.

Tengok tu memang susah nak balance bola sambil berjalan. Semua anggota badan memainkan peranan bagi melancarkan perjalanan.

Tapi jatuh juga, belasah aja. Nasib baik tak kutip kembali bola tu kalau tidak ianya melambatkan.

Memang semangat berpasukan, setelah diistiharkan pemenang pertama, mereka meraikan dengan penuh semangat. Tahniah again kepada Danish dan kawan-kawan. I am really happy to be there.

Thursday, June 24, 2010

Gaji Bawah RM4,000 dapat Pinjaman Penuh PTPTN

Mulai 1 Julai 2010, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memberi pinjaman penuh kepada pelajar IPT yang pendapatan bersih keluarga mereka RM4,000 dan ke bawah.

Langkah ini sangat bagus sebab, sekarang ni kos sara hidup semakin tinggi. So apa yang penting kat sini, bila dapat duit PTPTN gunalah sebaik yang mungkin.

Sumber: Berita Harian

Piala Dunia 2010: 16 Pasukan Yang Layak Ke Pusingan Kedua (2)

Ramai yang bercakap mengenai piala dunia 2010. Apa lagi kalau tak perlawanan bola sepak yang diikuti oleh ramai orang tak kira lelaki mahupun wanita. Pusingan kedua yang melibatkan 16 negara akan berlangsung pada 26 June 2010, sabtu pada pukul 10 malam. Memang ramai menantikan debaran world cup.

Negara yang layak adalah berdasarkan mereka yang berada pada tempat pertama dan kedua bagi setiap kumpulan. Jom kita tengok siapa yang dah layak setakat ini:

Kumpulan A:
Uruguay

Mexico

Kumpulan B:
Argentina

Korea Selatan

Kumpulan C:
Amerika Syarikat

England

Kumpulan D:
Germany

Ghana

Kumpulan E:
Belanda
Jepun

Kumpulan F:
Paraguay
Slovakia

Kumpulan G:
Brazil
Portugal

Kumpulan H:
Spain
Chile

JADUAL PERLAWANAN PUSINGAN KEDUA

Blog Cikepal Dah diPrivatekan?

Pernah tak anda melawat blog cikepal? Actually dah lama nak citer pasal benda ni. Tak berkesempatan. Anyway masuk hari tu dah tak boleh, rupa-rupanya cik epal kita dah privatekan blog beliau. Hmmmm memang sebelum ni hits beliau memang banyak rasanya lebih 1,000 sehari. Tapi entahlah apasal dia jadikan private.

Apa-apa pun, kita respect her decision. So tak kisahlah semua ada reason masing-masing kan. Apa yang penting buat apa yang kita suka as long as ianya tak melanggar undang-undang. Ada kelebihan dan keburukan kita private. contohnya dah private so orang-orang tertentu aja boleh masuk dan baca apa yang kita tulis. kekadang benda yang kita tulis tu terlalu peribadi so kita mesti make sure bukan semua orang boleh masuk. so keburukannya, hits akan kurang.

Wednesday, June 23, 2010

Jangan Tak Percaya, Dapat Award!, Thanks Azie

Thanks Azie for giving this award! Nak tahu inilah orangnya yang telah memberi award. Sorry cilok gambar kat your blog. Nanti tak letak ramai tertanya-tanya siapakan azie. Anyway, sebelum ni ada juga dapat awards from other bloggers tapi sorry ya sebab tak sempat nak buat. So kali ini for the first time nak citer pasal award ni. Inilah award "anugerah terhormat, top blogger 2010. Pencipta award ni adalah wanshah.

For me memang bagus kita beri-memberi kepada seseorang, boleh tambah kenalan di alam maya pas tu, dapat link antara satu sama lain. So berbalik kepada award ni. Just nak sambung pertanyaan yang diberi.
  1. Apa nama blog anda dan kenapa letak nama itu?
    Sharing is power, sebab bagi saya apa saja ilmu yang kita ada kalau boleh kongsi-kongsi le. No such thing is knowledge is power tapi sharing is power.

  2. Apa nama URL dan dari mana datangnya idea itu?
    sharinginfoz, yang ni berkait rapat dengan sharing is power, actually nak buat sharinginfo aja, tapi dah ada orang ambil so letak z kat belakang, ada commercial value sikit

  3. Apa method dalam penulisan anda?
    Dulu memang focus mengenai sharing on financial dan money tapi since blog dah gabung, macam-macam ada, i.e. sukan, hiburan, duit, kewangan, makan dan banyak le lagi.

  4. Pernah nak delete blog? Apa sebabnya?
    Tak terfikir pulak dan deleta, buat apa nak stop, blogging kan interesting

  5. Pernah ahli keluarga baca blog anda?
    Pernah, at least diaorang boleh tahu perkembangan terkini especially mengenai budak-budak. Maklumlah sekarang kan jadi orang KL

  6. Pandangan bila org cakap blog anda buruk?
    Buruk? Benda tu very subjective, apa-apa pun, aiman tak kisah.

  7. Tarikh lahir your blog?
    Hmmmmm, bila ya, masih baru lagi tak sampai setahun, senang citer bulan October 2009.

  8. Siapa orang pertama tahu mengenai kewujudan blog anda?
    Eyriqazz, beliau le orang yang bertanggungjawab memperkenalkan saya di dalam dunia blogging ni.

  9. Perasaan org bercakap mengenai blog anda di sekolah?
    Di sekolah, siapa le nak citer benda alah ni kat sekolah, tapi tempat saya belajar ni ada jugak orang citer, memang seronok apa.

  10. Tag orang seterusnya?
    eyriqazz, velasrizal, icee-yah, kancilbiru, maslina dan banyak lagi.

Susah Juga Nak Dapatkan Gula

Hari tu nak cari gula memang susah betul, pi dua buah kedai, diaorang cakap semuanya dah habis. Apa citer ni? Mesti harga nak naik baru ada. Entah apa-apa kan.

Pas tu pi le kat Uda Ocean (UO) jumpa le ngan gula tapi maksimum boleh beli 2 paket aja. No problem le, bukannya nak beli banyak2 pun, tengok tu gula tak banyak sangat.

Tuesday, June 22, 2010

Jom Nasi Ayam Masak Sendiri

Ni nak citer pasal nasi ayam, yang ni kiranya special le sebab masak sendiri kan. Sebelum ni banyak citer pasal makanan yang beli kat luar. Nak bagi resepi tak reti le, kalau nak tahu pasal resepi boleh tanya kakinakl.

Anyway ayam memang garing menjadi pujaan hatiku.

Yang ni nasi le, kalau ayam saja mana le sodap. Nama lagi nasi ayam kan. Ni letak sikit stok ayam baru rasa lemak-lemak sikit. entah betul ke nasi ayam rasa lemak. layan ajalah.

Tanpa kuah memang tak sedap kan tercekit le pulak. Ni kiranya bagi menambah lagi untuk menjadikannya sedap.

Yang ni memang pasti kena letak cili baru pedas sikit. actually pedas banyak. Apa-apa pun, makan masakan sendiri sedap apa. memang flexible pas tu pulak masak le apa yang kita suka. nak bagi rating? alamak tak payah le. janji makan sodap. he he he

Jual Susu Badan Online?

Macam-macam jenis manusia ada sekarang ni kan. Terbaru seorang ibu muda from London, Toni Ebdon, 26 menggunakan internet untuk menjual susu badan beliau. Harganya adalah RM72.47 bagi setiap botol 237 ml.

Yang peliknya pembeli susu tersebut adalah daripada golongan kaum lelaki dan bukannya pompuan. Pembeli lelaki menyatakan bahawa mereka minum susu wanita untuk mengekalkan kecergasan dan menjauhi penyakit.

Pelik tetapi memang itulah yang terjadi. Kalau le benda tu terjadi kat Malaysia, macam mana ya?

Monday, June 21, 2010

Mataku Silap Atau Carrefour Yang Silap?

Hari tu pi Carrefour Wangsa Maju, so nampaklah ada diskaun untuk susu dutch lady, kat tanda harga tu, untuk satu karton@12 kotak untuk RM51.48 selepas ditolak penjimatan / diskaun sebanyak RM6.00.

So maknanya harga asal untuk satu kotak ialah RM4.79 (RM51.48+RM6.00)/12.

Tapi tengok pulak kat bahagian rak, nampak benda alah ni. RM11 untuk 3 kotak@1 liter. Maknanya untuk satu kotak hanya RM3.67. So kalau beli 12 kotak baru RM44 (RM11X4). So kalau kat atas tu untuk satu karton ianya berharga RM51.48. Apasal berbeza pulak. Entah apa-apa le. So kalau nak beli tengok dulu ya..... betu ke pengiraan saya atau silap?

Dah Check Ke Penyata KWSP?

Mengikut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ianya telah mengedar 6.33 juta penyata ahli untuk tahun 2009. Di samping itu, terdapat juga kempen dalam bentuk iklan melalui tv dan radio dari 21 June hingga 11 Julai supaya ahli semak penyata mereka.

Penyata ni penting bagi membantu ahli tahu berapa jumlah wang ada bagi persaraan mereka kelak dan tengok dengan teliti just to confirm betul tak majikan bayar caruman dalam jumlah yang betul.

Ianya dihantar ke alamat yang didaftarkan dengan KWSP. So anda juga boleh menyemak kat kiosk KWSP ataupun melalui online. So apa lagi check jangan tak check ya.